Kenangan Kaherah (21)
ORBIT
Selain rumah sewa ambo, ada juga rumah tertentu yang menjadi port atau pusat untuk segala macam pertemuan. Biasanya rumah yang selalu jadi tempat berkumpul adalah rumah yang besar, luas dan tuan rumah jenis tak cerewet. Kalau tuan rumah yang cerewet susah juga kami nak keluar masuk shaqah. Ambo biasa berkumpul di shaqah orbit. Kebetulannya kesemua penghuni di shaqah orbit ni satu batch dan satu kuliah, so mudah kami nak sembang atau buat study group.
Ambo tak pasti kenapa dinamakan orbit. Kalau tak silap imarah tempat kami berkumpul ada perkataan orbit di papan tanda kat depan imarah. Ambo dah lupa papan tanda tu untuk apa. Shaqah kami ni berada di groundfloor, ada tiga bilik, satu bilik air dengan pemanas air elektrik dan dapur. Dalam imarah kami ni, ada lagi beberapa shaqah yang dihuni oleh pelajar msia. Ada yang dihuni oleh akhawat dan ada rumah yang disewa oleh pelajar kita yang dah berkahwin.
Memandangkan shaqah kami berada di groundloor, maka lampu dibuka 24 jam. Kami hanya tutup lampu bila tidur (pasang lampu kecil) atau ketika kami semua meninggalkan shaqah. Kalau dok dalam rumah, siang dan malam tiada beza kerana rumah kami tiada balkoni dan tak nampak matahari. Biasanya kalau nak jemur pakaian, dah ada tempat di luar jendela jer. Jendela kat sini jenis 2 lapis. Kayu dan cermin. Lapisan luar dibuat daripapada kayu, ada lubang angin. Sementara lapisan dalam merupakan lapisan cermin sepenuhnya. Kalau musim sejuk biasanya kami akan tutup kedua2 lapisan jendela. Kalau musim panas kekadang kami akan buka lapisan cermin tu tapi memandangkan shaqah orbit ni berada di groundfloor, kami sentiasa menutup jendela. Kat belakang shaqah kami ada rumah atau bilik bawwab (penjaga bangunan, macam pengawal keselamatan).
Shaqah orbit ni masuk jer akan terus jumpa dapur yang agak luas. Sesekali ada waktu terluang ada jer projek kami kat dapur. Ada la 2 3 kali kami buat roti canai. Masa nak buat tu takder sapa pun yang tahu atau pandai, tapi kami cuba agak2 buat camana. So apa sahaja bahan yang kami rasa patut digaul dan uli bersama, kami buat jer. Kadang tu tak jadi. Entah camana tepung yang diuli tu esoknya keras. Kalau nak makan agaknya buleh tercabut gigi palsu. Kalau kunyah tu sampai lenguh rahang sekalipun tepung tu masih keras takleh nak telan. Kami tak putus asa, beli lagi gandum dan cuba uli dan buat. Masa nak uli tu ada yang cakap kena tambah air, then uli. Kemudian ada yang cakap kena tambah gula dan garam, so kami tambah. Entah apa apa yang kami rasa patut digaul dan diuli bersama tepung semuanya kami masukkan. Ada sesekali roti canai jadi macam lempeng. Ada jadi cekodok. Akhirnya jadi juga roti canai tapi jenis roti canai tarik pulak sebab nak tebar tak pandai. Kami letakkan gandum yang diuli di atas meja bulat, kami heret dan tarik jer belah tepi supaya jadi terbuka dan besar. Tak kisahlah yang penting kami makan sama-sama walaupun keras, tak jadi dan sebagainya. Susah juga rupanya buat dengan tak berguru ni.
Shaqah kami juga dekat dengan kedai Misr wa Sudan (Mesir Sudan) yang terletak di jalan besar. So kadang tu malam2 kami masih senang nak cari bekalan makanan kat kedai berkenaan. Memula dengar nama Mesir Sudan, ada kalangan kami rasa pelik dok ingatkan Kaherah ni dah dekat dengan sempadan Sudan. Rasanya jarak Kaherah dengan Sudan masih jauh (jarak sebenar hampir 900-1000KM). Sebabnya selalu dengar senior dok sebut nak ke Mesir Sudan. Rupanya Mesir Sudan tu merujuk nama kedai (Super Market Misr wa al-Sudan). Ambo tak pasti kenapa dinamakan demikian. Mungkin kedai tu asalnya dibuka secara usahasama oleh orang Mesir dan Sudan, entahlah. Super market di ditutup agak lewat pada masa tu. Biasanya kalau musim sejuk dalam jam 10 malam (isyak jam 6) kedai dah ditutup. Tapi kami masih buleh membeli kat situ. Biasanya kami akan dapatkan bekalan macam daging, ayam, susu, tourshiy, lensyun, roti dan sebagainya.
Penghuni asal shaqah ni ada 5 orang. Shukri al-hafiz yang sebilik dengan Sedi Jeli. Fadil dan Nasir dalam satu bilik terbesar serta Matli dalam satu bilik kecil. Bilk Fadil dan Nasir tu agak luas. Biasanya kat situlah kami sembang.
Nasir ni banyak kemahiran tangan. Beliau cukup suka benda melibatkan kemahiran tangan. Ambo masih ingat beliau beli radio kat kedai Atabah, dibukanya kemudian leraikan dan periksa satu persatu komponen elektronik kat dalam. Bila ditanya, katanya semua barang original, takder komponen tiruan. Masa kami tinggalkan msia dulu kumpulan nasyid macam raihan, brothers, Rabbani, hijaz dan rusydan mula popular. Ada geng kami yang siap bawa pita kaset kumpulan nasyid. So si nasir nilah yang sambung wayar speaker letak kat dapur. Dibelinya wayar kat kedai arab, beli speaker dan alatan lain lalu disambungnya kat dapur yang berjarak dalam 20 atau 30 kaki. So kalau memasak tu sambil mendengar alunan rabani, rusydan dan sebagainya. Kadang tu kalau lampu tak menyala, nak ubah kedudukan lampu, nak buat lampu atas meja membaca dan sebagainya dia buat sendiri jer. Begitu juga komputer, kalau komponen PC yang berselerak kat atas lantai tu mmg takder kerja orang lain. Kalau bab kemahiran ni dia pakar rujuk kami.
Fadil pula selalu bersama buku. Hampir semua buku kuliah penuh dengan contengan dan nota kecil. Ada yang warna biru, hitam dan merah. Nak tidur pun pegang buku sambil tertidur tindih buku atau buku tindih dia. Kalau musim sejuk tu, siap pakai baju sejuk dan berstokin tebal sambil bertarbus, masuk dalam selimut lingkup dan baca kat dalam tu. Sekali tengok macam khemah bergerak sambil bunyi suara orang dok ulangkaji. Macam2 gaya kami belajar terutama masa semester pertama musim sejuk. Sememangnya kegagalan di kaherah ni cukup menakutkan
Sebelah bilik besar Fadil-nasir ialah bilik Sedi dan Shukri. Bersetentang dengan bilik air. Ambo masih ingat ketika kami masih terlalu asing dengan kota Kaherah, kami ternampak iklan Restoran China di Masakin Uthman. So kami menapak dari Orbit ke Masakin Uthman. Restoran tu dok bawah bangunan dengan tempat makan terbuka. Kami pesan sup ayam. Memula rasa pelik juga bila dengar orang China cakap arab. Kami pula masih junor, rasanya baru 2 minggu kat kaherah. Rasa macam ayam cakap dengan itik jer. tapi penjual China muslim tu agak fasih cuma ada perkataan tertentu kami terpaksa beri perhatian. Dapatlah merasa makan sup ayam malam tu. Rupanya ayam tu dicincang halus dan dimasukkan bersama hirisan timun batang yang banyak. Cari punya cari ayam tak jumpa, penuh dengan timun. Camtu rupanya masakan China. Ambo masih ingat masa nak hadapi exam AQ, beliau hafaz juzuk hafalan kami dengan cukup teliti. Sampaikan dia dapat baca dari bawah muka surat ke atas secara rawak. Tebuk ayat kat atas, dapat disambungnya, tebuk kat bawah, juga dapat disambungnya. Memang power ingatan dan hafalannya
Matli Dan Shukri pula merupakan classmate ambo kat SEMUARA lagi. Shukri seorang penghafal AQ lepasan Kubang Bujuk. So setiap malam lepas maghrib atau lepas isyak rutin beliau ialah mengulang hafalan AQ. Ambo dapat lihat kehidupan seorang al-hafiz, bukan sebarangan orang yang nak kekalkan ingatan terhadap AQ dalam dada ni. Beliau selalu bersama AQ cetakan quran Majid yang dibawa dari msia lagi. Ambo tanya kenapa tak guna AQ mushaf Uthmani cetakan Saudi. Cetakannya cantik dan senang nak baca jika dibandingkan dengan cetakan majid. Beliau jawab masa kami hafal AQ dulu, kami guna AQ cetakan Majid. So kami tak buleh sewenangnya nak ubah AQ sebab masa menghafal, kami akan cuba bayangkan atau screen picture muka surat yang kami hafal dalam kepala. Kami akan bayangkan ayat tu terletak samada di sebelah muka surat kiri atau kanan. Juga samada ayat tu berada di bawah atau di atas. Sampai camtu sekali rupanya orang yang hafal AQ ni. itu sebab biasanya geng al-hafiz akan menghafaz AQ cetakan yang sama.
Masa kami nak berangkat ke Kaherah, pihak YIK akan beritahu cara nak transfer duit. Antara cara yang popular ialah buka akaun di Hong Kong & Shanghai Bank kat Kota Bharu dan pastikan bawa kad ATM. Kad ATM tu kami dapat guna di cawangan Egyptian British Bank di Kaherah. Masa tu kadar tukaran lebih kurang 100USD bersamaan 480 pound Egypt (kadar sentiasa berubah). Masa 2 atau 3 bulan pertama di Kaherah. Kad ATM Matli ada masalah. Entah cip takleh nak baca ke apa. Terpaksa berjimat dulu 2 3 bulan sebelum ayah beliau buat kad ATM baru dan hantar ke tempat kami. Begitulah kehidupan kami, cuba untuk harungi segala keperitan bersama di rantau orang
Memandangkan ambo, Shukri dan Matli dari satu sekolah maka biasanya merekalah yang menjadi penghubung kami dengan kawan2 SEMUARA di Malaysia. Ada yang berutus surat dan melaporkan perkembangan politik (masa tu reformasi pertama Anwar Ibrahim), sukan dan keadaan terkini kawan2 lama kami. Ada kawan SEMUARA yang menyambung pengajian ke Lembah Pantai selepas STPM. Ada yang masuk politeknik dan mara. Ada yang dah berkerja dan berumahtangga. Ada juga kawan kami yang berkahwin sambil bergelar mahasiswi.
Memandangkan kami semua satu batch, sekapal, shaqah orbit ni menjadi tumpuan juga kawan2 yang datang dari Muhafazah untuk bermalam. Biasanya kalau nak buat urusan passport, visa, pengesahan pelajar, mohon biasiswa atau pinjaman, orbit nilah yang menjadi tempat tumpuan bermalam. Kat sini jugalah pusat ulangkaji kami. Nak bincang apa2 pasal kuliah pagi tadi. Kat sinilah kami berkumpul, bergelak ketawa dan menangis bersama mengharungi cabaran dan liku kota kaherah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan