Jumaat, 7 Ogos 2009

Lagenda hilang Rahmaniah.......sebuah kenangan (2)


sambungan..............
Mengikut citer kak** lg masa kat Rahmaniah dulu, adik ipar mudir (AJ) berkenan padanya. So AJ ni hantar surat kat kak**. Surat tu diambil oleh orang lain, orang lain ni yang tolong balas utk kak** tanpa pengetahuan kak**. Ada sekali tu AJ panggil kak** ke rumah guru(rumah abang iparnya) yg berdekatan dgn asrama perempuan. AJ ckp abang ipar n kakaknya ada bersama. Masa tu hari jumaat.So kak** pun ke rumah guru berseorangan. Masuk je ke dalam rumah AJ pegang bahu kak** dengan muka marah. AJ cakap kau ni kak** dok layan laki lain sedangkan kau berutus surat dengan aku. Tergamam kak** tidak tahu menahu benda tu sambil merayu dan meminta supaya benda ni diselesaikan dengan baik. Kalau nak betul2 silalah ke rumah, kita buat cara beradat. Kak** selamat masa tu, tapi benda tu tak terhenti takat tu. Then suatu hari mudir panggil kak** ke biliknya nak kirakan kak** dgn adik iparnya AJ. Dia tanya kak** nak betul2 ke kat AJ. Kak** ckp tak nak walau pun sedikit. Mudir tak puas hati, tanya kalau x nak kenapa dok berutus surat sampai 12 kpg surat, ada yang mudir dah baca. Kak** nafikan tulisan dalam surat tu tulisan dia. Kak** salin artikel dalam paper, so mudir tgk tulisan kak** lain, tak sama dgn tulisan kat dalam surat tu. Isu tu terhenti kat situ, tapi AJ pernah sekat kak** lepas kejadian tu dan ckp……aku akan pastikan takder lelaki yang mengahwini awak, awak takkan bahagia sampai bila2 .

Aku tanya kak** camana life dier skang, dia jawab dia rasa tenang sekarang. Namun perasaan terkilan masih ada tapi dia tetap reda dengan ketentuanNYA. Sekarang, hidupnya boleh dikatakan agak senang. Kak** sekarang menjadi tumpuan masyarakat. Kalau ada baby menangis, bawa ke rumah kak** minta kak** ikhtiarkan. Kalau ada yang nak mengurut, kak** boleh cuba tolong. Apa yang ada dalam kepalanya, keredaan suaminya dan keredaan Allah. Keluarga menjadi keutamaannya.

Kekawan yang sekampung n sekelas yang cemburu dengannya, ada yang meniaga di pasar malam, ada yang entah hilang ke mana namun kak** dah tak peduli, kak** bahagia dengan kehidupan sekarang. Bagi kak** rumah tempat dier mendidik n membesarkan anak-anaknya itulah segala2nya. Itulah kehidupannya sekarang. Mudir yang pernah menengkingnya dulu, kalau jumpa je kekawan sekampung or sebatch kak** selalu tanya di mana n camana kak** sekarang n sempat berpesan...minta maaf bebanyak atas apa yang berlaku dulu. Cikgu disiplin masa tu bila jer jumpa kak** sekarang segan nak jumpa kak**, dia pernah cakap pada kak** lepas kejadian tu...saya silap kerana tidak mempertahankan awak dulu.


Buat kak**, semoga bahagia dengan kehidupan sekarang, bersama suami n anak2 penyeri hidup. Sabarlah atas apa yang berlaku dulu, pasti ada hikmatnya. Usah ditangiskan waktu belajar kak** yang hilang, usah dikesalkan cita-cita dan angan-angan kak** yang tak kesampaian. Usah dikesalkan maruah kak** yang tercemar hanya kerana khabar angin suatu waktu dahulu yang kemudiannya terbukti tidak berasas. Maybe selepas ni, anak2 kak** akan menyambung cita2 kak** dalam bidang pengajian hingga ke peringkat tertinggi. Setiap sesuatu ada hikmatnya.

Sempat aku tanya lagi kak**, tak nak kembali ke Rahmaniah ke kalau kami buat majlis reunion, pantas kak** jawab, tak nak kembali lagi. Kak** tak pernah lagi ke Rahmaniah sejak kak** terundur dari situ. Biarlah wajah2 yang pernah melukakan hatinya dulu telah tiada, namun bangunan, tiang-tiang, lorong-lorong semuanya masih berpuaka, mengingatkan kak** kepada setiap kesukaran dan kepahitannya di situ. Anak-anak kak** pun kak** tak galakkan ke situ, pergilah ke tempat lain yg tidak memerlukan kak** membuka semula lembaran fitnah yg menimpa kak** selama ni.

Kami balik dengan bas, sampai jam 3 pagi di cabang Bkt *****. Suami kak** dah siap menunggu dengan keretanya. Aku lak dalam 330 pg sampai di cabang rumah abang aku kat Seri Guchil. Really cerita kak** banyak bermain di minda aku. Banyak persoalan dalam kepala aku yang berstatus misteri dah pun terjawab. Yang pasti, kita akan sentiasa diuji. Kak** adalah contoh seorang perempuan yang diuji dengan kecantikan. Bagaikan mahsuri, kecantikannya menjadi punca kematiannya. Begitu juga kak**, kecantikannya menjadi punca fitnah yang membunuh jiwanya selama ini. Ironinya, pemergian aku ke Langkawi secara tidak sengaja menyingkap semula sebuah lagenda, lagenda yang hilang.....aku namakannya sebagai lagenda hilang Rahmaniah.

Tiada ulasan: