7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah…. (2)
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah
Mereka berkasih sayang bukan kerana kepentingan dunia, harta atau kedudukan, tetapi semata-mata kerana agama dan mencari keredaan Allah. Persaudaraan itu kekal ketika bersama mahupun ketika berjauhan. Persahabatan itu akan terus dibina walaupun tanpa paku dan crown samada di bahu atau pun di dad aKadang2 kita rapat dengan seseorang kerana ada kepentingan, kerana seseorang tu ada kuasa untuk menganugerahkan pangkat, kedudukan mahupun kebendaan kepada kita. Kalaulah kita rapat kerana kepentingan sebegini, itu tak dikira.
Banyak juga ambo dengar kisah seseorang yang berpangkat besar, apabila bersara nyanyiannya yang dahulu merdu umpama buluh perindu dah bertukar menjadi lolongan anjing kurap yang buruk kepala berulat nyuk nyak nyuk nyak.
5. Lelaki yang menolak ajakan zina
Seorang lelaki diajak melakukan maksiat oleh wanita yang cantik, berkedudukan dan mempunyai pengaruh, namun dia menolak dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah." Wanita tersebut disebut mempunyai kecantikan dan kedudukan kerana keadaan itu menjadikan godaan lebih besar. Namun, rasa takut kepada Allah mengatasi hawa nafsunya. Kiranya lelaki ni menolak ajakan zina bukan kerana takut kantoi dengan penguatkuasa, tapi kerana takutkan Allah.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi
Seseorang lelaki yang memberikan sedekah dengan penuh keikhlasan sehingga diumpamakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Ini merupakan kiasan kepada betapa bersungguh-sungguhnya dia menyembunyikan amal daripada manusia agar terhindar daripada riak. Kalau zaman skang ni maybe kitab oleh sebut umpama derma tanpa ada live tiktok atau live FB kot. Yang penting ialah keikhlasan kepada Allah
Walau bagaimanapun, Syariat juga membenarkan sedekah dilakukan secara terbuka jika bertujuan menggalakkan orang lain bersedekah dan tidak menimbulkan riak. Contoh lain ialah seperti menyampaikan sumbangan bagi pihak penderma atau tabungan awam. Contohnya kita buat crowd funding (yg legal punya) then kita buat majlis penyampaian, semua ni untuk tujuan rekod dan eviden. Yang ni lain la.
7. Orang yang mengingati Allah lalu menangis
Seseorang yang mengingati kebesaran Allah, ingat nikmat dan seksaan Allah, hari pertemuan denganNya dan hisab di akhirat ketika bersendirian sehingga air matanya mengalir kerana takut dan khusyuk kepada Allah. Menangis ketika bersendirian menunjukkan keikhlasan kerana jauh daripada sifat menunjuk-nunjuk.
Yang ni susah nak dapat namun cubalah usaha. Kalau kita buat kat depan orang ramai, bimbang ada perasaan nak buat menunjuk-nunjuk, nanti semuanya akan jadi sia-sia. Maybe juga kita buat2 menangis kerana takutkan Allah di depan orang ramai supaya dikatakan kita seorang ulama besar, sedangkan itu semua riak. Semua tu akan sia-sia.
Hadis ini menyebut tujuh golongan, namun ia bukan takat 7 ni sahaja. Kiranya tak terhad pada 7 ni je. Dalam hadis2 lain ada juga sebut mereka yang mendapat naungan Allah seperti orang yang orang yang memberi kelonggaran kepada penghutang yang susah dan beberapa golongan lain.
Buat akhirnya, kita tilikla diri kita. Ada ker tak beberapa sifat kita dalam 7 golongan ni. Maybe kita tak dapat nak masuk dalam kesemua senarai 7 golongan ni. Kalau tak dapat 7, cubalah semak moga ada termasuk walau pun tidak kesemuanya. Moga Allah permudahakan segala amal kita dan memasukkan kita semua ke dalam syurga dengan rahmatNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan