1)
PENGENALAN
Agama candu masyarakat. Inilah ungkapan Karl Marx
yang selalu dicanang orang. Candu sememangnya diketahui ramai sebagai sesuatu
yang memabukkan sementara agama pula dilihat sebagai suatu yang kudus.
Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan agama sebagai candu masyarakat? Apakah
sebenarnya yang ingin diutarakan oleh Marx. Kertas kerja ini akan menghuraikan
secara ringkas pengertian berkenaan di samping mengemukakan pandangan
pengkritik Marx. Sebelum itu, akan dihuraikan biografi ringkas dan pandangan
Marx terhadap agama secara umum
2) BIOGRAFI RINGKAS KARL MARX
Pendidikan awalnya bermula di rumah
sehingga umurnya 13 tahun. Kemudian beliau ke Gymnasium Trier dan setelah
lulus, Marx melanjutkan pelajarannya di Universiti Bonn dalam fakulti
undang-undang. Beliau tidak berjaya di sini lalu ayahnya memaksa Marx untuk
belajar di Universiti Friedrich-Wilhems di Berlin. (http://en.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx)
Di
Berlin Marx banyak menulis tentang puisi dan makna kehidupan dengan menggunakan
ungkapan-ungkapan teologi. Minatnya mula mengarah kepada falsafah dan menyertai
kelab Young Hegelian, kelab yang menggunakan metodologi dialektika Hegel
sebagai senjata untuk mengkritik politik dan agama pada waktu itu (ibid)
Marx
menyambung pengajiannya di University Jena dan mendapat ijazah kedoktoran. ketika
berusia 23 tahun. Tamat belajar Marx bertugas di pejabah akhbar. Kemudiannya di
atas tekanan daripada pihak pemerintah, Marx berpindah ke Paris dan mendirikan
rumahtangga.
Semasa
berada di Paris Marx bertemu dengan tokoh-tokoh sosialis serta berkenalan rapat
dengan Friedrich Engels. Tempohnya di Paris menjadikannya seorang sosialis.
Terdapat 3 karya penting yang ditulisnya semasa berada di Peranchis. Pertamanya
Philosophical and Economic Manuscripts
yang dikarang pada 1884. Sementara penulisannya yang kedua berjudul The Holy Family (sebahagian tulisannya
ditulis oleh Engels) dan ketiga naskah usahasama bersama Engels yang bertajuk The German Idealogy (1846) (http://www.spartacus.schoolnet.co.uk/)
Pada
1845 Marx berpindah ke Brussel kerana dihalau oleh pemerintah Peranchis di atas
permintaan Prussia. Di Belgium, Marx dan Engels menulis The Comunist manifesto yang disifatkan sebagai karyanya yang paling
terkenal
Seterusnya pada 1848
Marx diusir sekali lagi dan berpindah ke London dan menghabiskan sisa-sisa
hidupnya di sana. (http://id.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx)
3) KARL MARX DALAM THE INTELECTUAL
Karl
Marx merupakan seorang pemikir yang disanjung oleh aktivis kiri. Para
pengikutnya menggelarnya sebagai seorang pejuang sejati atau hero yang membela
kaum buruh dan mereka yang tertindas
Walau
bagaimanapun Paul Johnson dalam bukunya The
Intelectual menjelaskan bahawa Marx seorang yang pemarah dan tidak mampu
menguruskan kehidupannya dengan sempurna. Ketika bergelar pelajar, dia sering
membazir dan menghabiskan wang yang dikirim oleh ayahnya bahkan selalu meminta
duit lebih walaupun ayahnya tidak mempunyai wang. Ketika ayahnya meninggal
dunia, Marx tidak menghadiri majlis pengebumiannya. Setelah ayahnya meninggal,
Marx bergantung hidup kepada ibunya yang janda (http://el-zaila.blogspot.com)
Karl
Marx juga seorang penganggur dan tidak pernah serius mencari kerja. Dia pernah
berkerja di syarikta penerbitan milik Moses Hess, seorang pengkagum Marx.
Kehidupannya susah bahkan ketikda hidup dalam buangan di England, rakan baiknya
Engels yang menyara hidupnya. Buku tersebut juga menyebut Marx seorang pemabuk
dan perokok tegar. Rumah dan bilik tidurnya kotor. Marx juga pernah melakukan
keganasan rumahtangga sehingga pernah dipanggil mengadap polis. Hidupnya tidak
teratur (http://el-zaila.blogspot.com)
4)
PANDANGAN UMUM MARX TERHADAP AGAMA
Apabila berbicara tentang kritikan Marx terhadap
agama, kita tidak dapat lari daripada turut berbicara tentang 2 orang tokoh
yang sangat mempengaruhi Marx. Mereka ialah Friedrich Hegel (1770-1831) dan
Ludwig Feuerbach (1804-1872).
Hegel berpendapat bahawa Allah
mengungkapkan diriNya dalam kesedaran manusia. Manusia memiliki autonomi dan
kebebasan pada dirinya namun kebebasan itu mempunyai reailiti yang tersirat.
Hegel menegaskan bahawa Allah yang diimani oleh manusia merupakan kerja roh
semesta. Manusia kemudiannya dilihat sebagai wayang yang memiliki kesedaran,
pengertian atau makna dan kemahuan sendiri sedangkan tok dalangnya adalah roh
semesta itu. Secara eksistensial, manusia itu ada dan bertindak dari
dirinya sendiri. Namun
pelaku yang sebenarnya adalah Roh Semesta itu
sendiri. (http://yornesofm.blogspot.com/)
Sementara tokoh yang kedua ialah Feuerbach. Bagi Feuerbach
Allah merupakan suatu yang abstrak, ciptaan fikiran manusia. Manusia dapat
memahami dirinya sendiri. Justeru itu, tiada sesuatu yang lain di luar manusia.
Beliau juga berpendapat bahawa agama muncul dari sifat ego manusia itu sendiri.
Tegasnya lagi bahawa manusia beragama bukannya atas dasar keimanan, namun di
atas dasar ego atau kemahuan. Ringkasnya Feuerbach mengatakan bahawa agama
hanyalah sebuah fantasi manusia untuk mencapai kesejahteraan. (ibid)
Karl Marx pula menolak pendekatan Hegel terhadap agama. Ia
sependapat dengan Feuerbach bahawa manusia yang mencipta agama, bukan
sebaliknya. Bagi Marx, manusia merasakan dirinya terpencil atau terasing
disebabkan pelbagai persoalan tentang
penderitaan dan kemelaratan yang tidak mampu dijawab lalu membawa
pengasingan dirinya kepada agama. Justeru itu cara hidup beragama sebenarnya
merupakan produk dari proses pemencilan dirinya sendiri (ibid)
5) AGAMA SEBAGAI CANDU MASYARAKAT
Marx
pernah menulis dalam Toward the Critique
of Hegel's Philosophy of Right yang dikarangnya pada tahun 1844, bahawa
agama adalah candu masyarakat. Ini ialah pendapat Marx muda. Kata-katanya ini
menimbulkan polemik dan menjadi tajuk perdebatan yang panjang
Jika diteliti, pendapat ini berpunca daripada
pengalaman Marx yang melihat pemimpin dan gereja eropah menindas rakyat dengan
menggunakan agama. Mereka bukan sahaja menjadi penyokong kuat kepada kerajaan
yang menindas, bahkan mereka juga turut meracuni pemikiran rakyat supaya pasrah
dan reda dengan keadaan mereka yang ditindas. (http://matamin02.blogspot.com,
http://atheism.about.com/)
Golongan
agama juga mengajar penganutnya supaya pasrah dan reda dengan kemelaratan hidup
dan sebagai balasannya mereka akan mendapat kenikmatan selepas mati dan beroleh
syurga. Justeru itu, masyarakat bawahan yang selama ini hidup melarat dan tertindas
menjadi pasif dan tidak berkeinginan untuk mengubah taraf hidup mereka. Itulah
puncanya Marx mengatakan agama sebagai candu rakyat. (http://fajrulislam.wordpress.com)
Sementara
itu, golongan kelas atas pula mengeksploitasi kelas bawah dengan menggunakan
agama. Ini kerana agama mengajar penganutnya (kelas bawah) seupaya sentiasa
berpuas hati dengan kemelaratan serta reda dengan kesusahan dan taraf hidup.
Ini ditambah pula dengan tawaran syurga dan kenikmatan hidup selepas mati jika
bersabar dan pasrah. (http://atheism.about.com/)
Marx juga menyifatkan agama seperti candu yang
memberi kelegaan dan keseronokan sementara kepada pengisapnya. Seperti
penghisap candu, mereka akan dapat merasakan kepuasan atau keseronokan dan
melupakan sementara masalah-masalah hidup yang mereka hadapi. Apabila kesan
candu itu hilang, mereka akan kembali ke dunia realiti dan berhadapan dengan
masalah yang mereka hadapi seperti kemiskinan dan kemelaratan hidup dan
sebagainya. Tegasnya, candu hanya memberikan kepuasan sementara dan realiti
masalah yang dihadapi sebenarnya tetap wujud bahkan mungkin bertambah. (http://filsafat.kompasiana.com,
http://atheism.about.com/)
Agama
dalam fahaman Marx tidak memberi jalan keluar kepada semua permasalahan hidup
manusia. Permasalahan hidup di sini ialah masalah yang melibatkan peningkatan
taraf hidup dan kesejahteraan manusia secara material. Agama mengajar
penganutnya supaya sentiasa bersabar dan bersedia menanggung penderitaan
daripada menyuruh penganutnya berusaha membaiki dan mengubah keadaan hidup
mereka yang menderita. Agama dalam masalah ini cenderung meninggalkan usaha
manusia untuk berkerja keras memperbaiki taraf hidupnya di dunia dan sentiasa
menjanjikan kenikmatan hidup mereka sesudah mati. Lama-kelamaan manusia yang
tertindas ini menjadi tidak produktif dan sentiasa berfikir (atau berkhayal)
tentang nikmat hidup sesudah mati. Kesemua ini telah menjadikan agama
membiarkan manusia yang telah pun sengsara dan tertindas kekal dalam keadaan
berikut dan mereka menerima apa sahaja walaupun mereka berada dalam keadaan
menderita. Agama mengajak orang untuk berani menanggungnya karena sikap
menanggung itu sendiri dipandang sebagai keutamaan. Justeru untuk melepaskan
diri daripada penderitaan hidup, manusia akan mengalihkan tumpuan kepada agama
tanpa memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki taraf hidup merreka. Inilah yang
disifatkan oleh Marx sebagai candu kerana ianya memberi keseronokan sementara
sahaja (http://fajrulislam.wordpress.com/
http://atheism.about.com/)
Menurut
Marx lagi, agama merupakan tanda keterasingan manusia daripada realiti
hidup. Orang-orang yang beragama
mempunyai perasaan takut dan sangat cemas tentang suatu jawapan yang belum atau
tidak pasti tentang hakikat manusia. Agama dilihat sebagai suatu penderitaan
yang berpunca daripada protes terhadap kesusahan dan kemelaratan hidup (http://euroninila.hubpages.com/,
http://diglotting.com/)
Marx
berpendapat bahawa sebelum manusia dapat mencapai kebahagiaan sejati, agama
mestilah dihapuskan kerana agama menjadi suatu kebahagiaan sementara bagi
mereka yang tertindas. Walau bagaimanapun agama tidak dapat dihapuskan kerana
agama merupakan suatu produk sosial kecuali dengan terlebih dahulu menghapuskan
keadaan sosial tersebut. Marx juga yakin bahawa agama tidak mempunyai masa
depan kerana baginya agama bukanlah naluri manusia yang ingin beragama tetapi
hanyalah merupakan produk dari lingkungan dan persekitaran sosial manusia.
Pendapat Marx ini merujuk kepada tesis Feurbach yang ketujuh bahawa sentiment
agama itu merupakan suatu produk sosial (http://diglotting.com,
http://el-zaila.blogspot.com/ )
6) KRITIKAN TERHADAP PANDANGAN MARX
Secara
ringkasnya terdapat 3 poin penting kritikan karl Marx terhadap agama. Justeru
itu bahagian ini akan memberi tumpuan kepada 3 isi penting ini sahaja iaitu
agama sebagai produk sosial manusia, menyebabkan manusia tidak produktif dan
pasif serta tidak mampu menjadi penyelesai kepada masalah manusia
1)
agama merupakan produk sosial manusia.
Secara
ringkasnya agama boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu agama semitik dan bukan
semitik. Agama semitik seperti yahudi, kristian dan Islam bukanlah merupakan
hasil jalur pemikiran manusia yang berinteraksi dengan zaman. Walau
bagaimanapun agama-agama semitik terdedah kepada tafsiran manusia yang
mempunyai kepentingan peribadi. Justeru setiap tafsiran terhadap agama mestilah
dihalakan kepada ahlinya dan melalui sumbernya yang sah. Walau pun mungkin ada
agama yang boleh dianggap sebagai idealogi, namun tidak semestinya itu
mencerminkan kesemua agama sebagai produk sosial. Ringkasnya Marx tidak melihat
keseluruhan agama sebagai pusat kajiannya.
2)
agama menyebabkan manusia menjadi tidak produktif dan pasif
Islam
merupakan agama yang berbeza dengan kristian. Islam bukan hanya mempunyai
ibadat-ibadat yang dikatakan ritual agama, bahkan Islam mempunyai system
ekonomi, sistem jenayah, tort, dan sebagainya. Islam juga menyeru penganutnya
supaya bertebaran di muka bumi mencari rezeki. Jelasnya Islam menentang
pengangguran dan kemiskinan. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyuruh usmat
Islam keluar berkerja mencari rezeki
Namun
tidak dinafikan terdapat sebahagian penganut Islam yang malas berkerja dan
berfikiran negatif dan pasif. Mereka juga menyerahkan nasibnya semata-mata
kepada Tuhan tanpa berusaha memperbaiki nasib mereka. Mereka kadang-kadang akan
menyalahtafsirkan ayat-ayat Quran untuk membenarkan tidakan mereka. Perbuatan
mereka ini tidak boleh dijadikan hujah bahawa Islam merupakan agama yang
menyeru penganutnya supaya pasrah dan reda dengan tidak berusaha.
Weber
juga mengkritik marx di dalam bukunya kerana setelah dibuat pemerhatian,
kawasan yang dihuni ramai golongan kristian protestan lebih maju dan mempunyai
taraf hidup yang lebih tinggi berbanding kawasan yang ramai penganutnya bukan
protestan. Justeru itu, pandangan Marx bahawa agama menyebabkan manusia menjadi
tidak proaktif tidak tepat kerana kelihatan pengamatannya berpusatkan kepada
Katolik. (http://subalternholic.blogspot.com)
3)
agama bukannya penyelesai kepada masalah manusia.
kemungkinan
besar apa yang disebut oleh Marx itu merujuk kepada agama yang dominan di
sekitarnya dan pada zamannya. Ini ditambah pula dengan segolongan elitis agama
yang mengambil kesempatan di atas nama agama untuk menindas golongan bawahan. Marx
terlupa bahawa Islam pernah menjadi sebuah empayar yang menyatukan pelbagai
bangsa dan menjadi penyelesai kepada masalah manusia
Kesimpulannya
penilaian yang dilakukan Marx terhadap agama tidaklah menyeluruh sementara
pemusatan kajiannya lebih kepada agama kristian Katolik. Marx juga melakukan
kritkannya berpaksikan kepada faktor ekonomi semata-mata. Justeru itu beliau
gagal melihat kemunculan agama sebagai suatu faktor kekuatan yang mendorong
kepada berlakunya transformasi sosial sepertimana kemunculan agama kristian
sebagai reaksi terhadap pemerintahan rom yang zalim. Selain itu, analisanya
terhadap agama tidak boleh dilakukan kepada agama yang tidak mempercayai adanya
kehidupan selepas mati. (http://filsafat.kompasiana.com)
7) BANTAHAN WEBER TERHADAP MARX
Pandangan
Marx bahawa agama sebagai candu dan tempat pelarian (melarikan diri atau
melupakan masalah) dibantah oleh Max Weber dalam bukunya Protestan Ethic and Spirit Of Capitalism. Beliau menjelaskan bahawa
ada perbezaan di antara kehidupan penganut kristian Katolik dan Protestan.
Setelah melakukan penelitian, Weber merumuskan bahawa tempat atau kawasan yang
sebahagian besar penduduknya Protestan mempunyai taraf kehidupan yang lebih
baik berbanding tempat yang penduduknya tidak beragama kristian Protestan. (http://subalternholic.blogspot.com)
Weber
juga menjelaskan bahawa sebuah agama juga mempunyai nila-nilai positif
kapitalisme. Contohnya ungkapan Benjamin Franklin yang masyhur bahawa waktu
atau masa ialah wang. Ungkapan ini sebenarnya merupakan suatu semangat atau
nilai kapitalis yang muncul di dalam Protestan dan ia telah menjadi suatu
bentuk motivasi kepada manusia untuk berusaha dan berkerja keras mencari rezeki
(wang). Ungkapan ini sebenarnya bukanlah suatu anak kunci yang menjamin
kebahagiaan di dunia tetapi menjadi suatu etika yang khusus yang memberi kesan
ekonomi yang besar kepada penganut Protestan. Para penganut Protestan percaya
bahawa kejayaan atau kegagalan hidup di dunia menjadi cermin kejayaan atau
kegagalan manusia tersebut selepas mati. Selain itu, konsep berjimat cermat,
disiplin, jujur dan selainnya menjadi etika yang mesti diamalkan oleh seorang Protestan
(ibid)
Kesimpulannya,
dapatlah dirumuskan bahawa Weber menjelaskan kesesuaian dan peranan agama dalam
meningkatkan kualiti dan taraf hidup manusia. Dogma-dogma agama menjadi faktor
penting dalam membentuk dan mengembangkan taraf ekonomi para kapitalis.
Tuntaasnya kapitalis bukan hanya bergantung kepada logic, namun juga kepada
dogma agama yang ada (Weber, M. 1992. Etika Protestan dan Spirit Kapitalisme.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar)
8) PENUTUP
Secara
keseluruhannya, perkataan Marx bahawa agama merupakan candu masyarakat harus
dlihat dan dihayati sebagai suatu hasil pemikiran Marx yang hidup dalam suasana
dan zaman yang berbeza dengan hari ini. Ia merupakan hasil kritis Marx
menghadapi kelesuan dan ketakutan manusia pada zaman itu untuk berfikir secara
rasional dan kritis yang melihat sebagai perjuangan untuk meningkatkan taraf
kehidupan sebagai suatu yang sia-sia. Justeru itu, Marx lebih melihat isu ini
sebagai isu yang berpusatkan kenyataan dan realiti masyarakat bukannya suatu
isu yang mempersoalkan perkara pokok dalam agama.
Walau
bagaimanapun tidak semua yang Marx katakan itu sesuai untuk kita umat manusia
di nusantara khasnya yang beragama Islam. Apa yang boleh disimpulkan ialah
pemikiran Marx kalaulah bermanfaat sekalipun lebih merupakan preskripsi ubat
untuk menghadapi penyakit masyarakatnya dan pada zamannya. Realitinya banyak
ramalan dan andaian Marx agak tersasar dan tidak menepati sasarannya
RUJUKAN
Weber,
M. 1992. Etika Protestan dan Spirit Kapitalisme. Yogyakarta: Pustaka Pelajar
http://id.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx (24/01/2013)
http://fajrulislam.wordpress.com/2010/11/14/pemikiran-karl-marx-tentang-materialisme-dan-agama/
(25/01/2013)
http://www.spartacus.schoolnet.co.uk
(27/01/2013)