Sabtu, 1 Februari 2014

draf ceramah kanak-kanak (maulidurrasul)



makan nasi di kedai mama
  nasi kerabu berlaukkan hati
izinkan hamba membuka kata
  bicara tentang cinta nabi

para hadiri sekalian, sempena hari sambutan maulidurrasul ini, terlebih dahulu marilah kita berselawat ke atas junjungan kita nabi Muhammad SW:

(selawat) ................

tuan-tuan sekalian, taukah betapa besarnya pahala kita berselawat. ya...pahala selawat cukup besar.dalam satu hadis Nabi SAb bersabda:

sesiapa yang berselawa padaku sekali, Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 kali.

ya tuan, 10 kali, saya ulang lagi, 10 kali tuan, lumayankan. kalau nama kita disebut orang besar di hadapan orang ramai sekali pun sudah kembang hidung kita kanb. barangkali bukan setakat hidung yang kembang, kita pun akan rasa melayang, tak lalu makan berhari-hari. puncanya kerana nama kita dipuji orang di khalayk ramai. bagaimana kalau nama kita disebut-sebut oleh Allah SWT, 10 kali setiap kali kita berselawat? dipuji olehNYA dihapadan makhluk makhluk lain di alam ini. pastinya kita rasa gembira yang amat sangat mengalahkan dato nikah kahwin yang tidak mahu membasuh tangannya kerana bersalam dengan puspa wangi dalam filem musang berjanggut. tuan -tuan ingat tak cerita tu?

tuan tuan sekalian, soalnya bagaimanakah caranya untuk kita menyayangi dan mencintai Rasul kita selain daripada selawat? apakah perlu kita membina tugu peringatan cinta sebagaimana terbinanya Taj Mahal di India yang menjai lambang cinta agung Syah Jehan terhadap isterinya Mumtaz? atau perlukah kita menulis sepanduk WE LOVE MUHAMMAD kemudian kita arakkannya di sekitar jalan sambil berarak? apakah cukup dengan itu semua?

tuan tuan sekalian, nak berarak, beraraklah, nak bina bangunan monumental, binalah asalkan ianya tidak membazir. namun ada sesuatu yang lebih penting daripada itu, iaitu sama-samalh kita beramal dengan sunnah nabi dalam hidup kita. apakah yang dimaksudkan dengan sunnah nabi?

tuan tuan, sunnah nabi ertinya apa sahaqja yang nabi buat, nabi sebut dan ucap, akhlak nabi dan adapa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. sunnah nabi ni banyak. kita ambil yang mudah jer iaitu menuntut ilmu. sabda Nabi SAW

menuntut ilmu adalah satu kefarduan kepada seiap orang islam (hadis)

dalam konteks kita sebagai pelajar sekolah rendah, kita boleh beramal dengan hadis ini dengan cara sentiasa belajar bersungguh sungguh . kita juga hendaklah selalu hadir ke sekolah. kalau pihak sekolah merancang dan mengadakan aktiviti aktiviti tertentu seperti kelas tambahan, aktiviti sukan dan sebagainya, marilah kita sama sama hadir dan memeriahkannya.

akhir kata, marilah kita sama-sama merealisasikan cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan menuntut ilmu dan hadir ke sekolah. jadikan ponteng sifar sebagai tanda cinta kita kepada Baginda SAW.

tuan -tuan yang saya hormati, sebelum saya mengundur diri, ingin sekali saya tanya kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan, apakah kita benar-benar cinta kepada Rasulullah SAW? APAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG KEPADA NABI MUHAMMAD SAW? kalau jawapannya ya, marilah kita buktikan dengan amal kiata.

(selawat).....................
..............................

apa yang baik daripada Allah Taala, apa yang tidak baik daripada diri saya sendiri....

........
wassalam