Pengertian hari kiamat
Hari kiamat ialah hari yang dikeluarkan manusia dari
kubur mereka dengan perintah Allah SWT untuk pembalasan. Maka sesiapa yang baik
akan mendapat nikmat dan siapa yang jahat akan diazab
Allah SWT berfirman dalam surah al-maarij ( المعارج)ayat
43
Pada hari mereka segera keluar dari kubur
masing-masing menuju ke padang mahsyar dengan keadaan seolah-olah mereka
berkejaran ke tempat berhala-berhala yang mereka sembah dahulu
Nama-nama hari kiamat
Hari kiamat disebut dengan pelbagai nama di dalam
al-Quran.
1) hari kiamat
Allah SWT berfirman dalam surah al-Qiyamah القيامة: Aku bersumpah dengan hari kiamat
2) al-qariah (القارعة)
hari yang menggemparkan. Apakah dia hari yang
menggemparkan itu
3) hari perhitungan
Firman Allah SWT dalam surah sad ص:
sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan beroleh azab yang
berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu
4) Hari pembalasan
Firman Allah SWT dalam surah infitar الانفطار : dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah ditempatkan di
dalam neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita dengan bakaran neraka itu
pada hari pembalasan
5) al-tommah (hari bencana) الطامة
Firman Allah SWT dalam surah al-naziat النازعات : maka
apabila datang hari yang bencananya amat besar
6) al-waqiah الواقعة
Firman Allah SWT dalam surah al--waqiah: apabila
berlaku hari kiamat itu
7) al-Haqqah ( saat yang tetap berlaku) الحاقة
Firman Allahh SWT dalam surah al-Haqqah: saat yang
tetap berlaku tiu, apakahhia sifat dan lkeadaan saat yang tetap berlaku itu
8) al-sokhah (suara jetiang yang dahsyat) الصاخة
Firman Allah SWT dalam surah abasa: kemudian ingatlah
keadaan yang berlaku apabila datang jeritan yang dahsyat
9) al-Ghashiah( huru hara yang meliputi) الغاشية
Firman Allah SWT dalam surah al-Ghashiah: Sudah sampaikah
kepada kamu wahai Muhammad perihal hari kiamat yang huru haranya meliputi
Disalinsiar daripada buku RUKUN IMAN terjemahan ust dr
abdul basit abd rahman sg durian