Selasa, 29 Ogos 2023

intisari surah alNasr

Kadang2 bila kita baca AQ (terutama bila faham Arabic Dan pernah belajar tafsir), kita akan terkesan dgn beberapa ayat atau surah. Kadang2 bila terbaca ayat2 tertentu, rasa sayu Dan hiba terutama apabila memikirkan kita selepas Mati.

Antara yg selalu melintas di hati ialah intisari surah alnasr. Antara surah yg terakhir diturunkan. Surah yg memberitahu Nabi apabila pertolongan Allah tiba, bangsa Arab akan berduyun-duyun bersyahadat Dan mengakui kenabian Nabi kita Muhammad SAW.

Nabi dipulau, dicerca, dihina, dituduh sebagai gila Dan ahli sihir, akhirnya dengan pertolongan Allah, semua tu diganti dengan kemenangan. Islam mula bersinar di bumi hijaz.

 Justeru itu, apabila tiba hari kemenangan itu, perbanyakkanlah tasbih Dan istighfarlah kepada Allah.

Dalam satu riwayat, Umar pernah bertanya ibn Abbas ttg surah ini (ibn Abbas Masih muda ketika itu) apakah pendapat beliau ttg surah ini. Kata ibn Abbas, kemungkinan masa kewafatan baginda SAW sudah hampir tiba. Kerana kemenangan telah pun menjelma, tugas baginda pon dah berakhir.

Justeru, marilah sama2 kita perbanyakkan tasbih dan istighfar.