Jumaat, 16 Januari 2026

Bisikan Nabi SAW kepada anaknya Fatimah ra

BINGKISAN SEBELUM TIDUR

Bisikan Nabi SAW kepada anaknya Fatimah ra

 

Ada satu hadis tentang bisikan Nabi SAW kepada anaknya Fatimah ra. Kisah ni berlaku semasa Baginda SAW dah mula gering;

 

Secara ringkasnya, Ummul Mukminin Aisyah ra menyebut bahawa Fatimah datang kepadanya dengan cara berjalan yang menyerupai perjalanan Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku semasa Nabi SAW sakit membawa kepada kewafatan Baginda SAW.

 

Apabila Nabi SAW melihatnya, baginda berkata kepadanya, "Selamat datang, anakku." Nabi SAW menyambut kedatangan anaknya Fatimah dengan cara yang paling baik

 

Kemudian baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau kirinya. Lalu Baginda SAW berbisik kepada anaknya. Then Fatimah menangis. So isteri Nabi SAW, Aisyah berkata kepadanya, "Mengapa kamu menangis?" Fatimah tidak menjawab. Kemudian Nabi SAW sekali lagi berbisik kepada Fatimah. Kali ni Fatimah ketawa

 

Aisyah berkata dengan hairan “Aku tidak pernah melihat kegembiraan seperti kegembiraan yang aku lihat hari ini, kerana ia adalah kegembiraan yang hampir dengan kesedihan”. So Aisyah ra bertanya kepada Fatimah apa yang telah diberitahu oleh Nabi SAW kepadanya. Fatima menjawab, "Aku tidak akan membocorkan rahsia Rasulullah SAW."

 

Then apabila Baginda SAW wafat, Aisyah ra mengulangi soalan ini kepada Fatimah ra. Fatima ra menjawab bahawa Baginda SAW telah memberitahuku Jibril datang membaca AQ bersamaku sekali khatam pada setiap tahun. Namun kali ini Jibril datang dan baca AQ bersama Nabi SAW sampai khatam sebanyak 2 kali

 

Nabi SAW menjelaskan bahawa ini merupakan tanda kewafatannya pada tahun ini. Nabi SAW juga bersabda kepada Fatimah bahawa engkaulah orang pertama daripada ahli keluargaku yang akan menyusuliku (meninggal sejurus kewafatan baginda SAW). Perkara inilah yang membuatnya menangis

 

Then Nabi SAW bersabda lagi kepadanya, “Tidakkah engkau gembira menjadi pemimpin ahli syurga atau wanita-wanita mukmin?” Fatimah ketawa ketika mendengar berita gembira ini daripada Nabi SAW

 

Daripada hadis ni ada beberapa perkara penting. Yang pertama ialah Jibril datang baca AQ dengan Nabi SAW sebanyak 2 kali pada tahun tu. Kiranya benda ni sedikit aneh sebab biasanya Jibril datang bertadarrus bersama Nabi SAW 1 kali jer. So Nabi SAW mengerti bahawa petanda kewafatannya sudah semakin hampir

 

Kadang2 Allah menghantar tanda dan isyarat kematian yang tak sama antara setiap orang. Maybe ada orang tertentu (orang yang salih biasanya) dapat merasa petanda ajalnya dah semakin hampir. Maybe ada juga orang yang tidak dapat mengesan sebarang petanda bahawa ajalnya dah dekat. Maka orang yang dapat mengesan petanda isyarat kematian ni kiranya beruntung, dapat bertaubat dan banyakkan amal.

 

Ada juga kisah orang2 salih yang berpesan kepada anaknya ada orang nak datang esok, so kena bersiap. Anak2 merasa hairan kerana ayahnya dah lama terbaring sakit, tidak berhubung dengan sesiapa kecuali melalui anaknya. Kalau nak ke hospital atau ke mana mana, hanyalah bersama anak2nya. Namun ayah tetiba pesan esok ada orang nak datang. Rupanya ayah mereka meninggal keesokan harinya

 

Daripada hadis ni juga kita dapat tahu kelebihan dan kemuliaan Fatimah ra. Nabi SAW memberitahu bahawa beliau akan menjadi ahli keluarganya yang pertama yang akan meninggal selepas kewafatannya. Ya, Fatimah meninggal beberapa bulan selepas kewafatan bapanya. Nabi juga memberitahu kepada Fatimah, beliau akan menjadi pemimpin di syurga. Ini merupakan suatu kelebihan yang agung, yang dikhabarkan sendiri oleh baginda SAW. Ini merupakan suatu kelebihan buat anakanda nabi SAW, Fatimah ra.

 

#Hadis ni ada dalam Bukhari dan Muslim. Ambo tak bawa lafaz dalam Arabic supaya takder la panjang sangat


Tiada ulasan: