Jumaat, 14 Mei 2010

bisik-bisik yang dianjurkan.....al-nisa' 114

tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, kecuali bisikan orang yang menyuruh bersekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (114:4)

Secara mudahnya, orang munafik kerapkali berbicara tentang hal-hal yang tidak memuaskan hati mereka dengan cara berbisik-bisik(cakap belakang) seperti memfitnahkan orang, menyusun khabar bohong yang boleh merosakkan ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Justeru itu, mana yang kita tidak setuju katakanlah secara berdepan, terus-terang bahawa kita tidak bersetuju. Kalau banyak sangat bisikan di belakang, perkara tersebut tiada kebaikannya. Kebiasaannya orang yang suka berbisik-bisik(cakap belakang) ni hati mereka tidak baik. Walau bagaimanapun ada 3 keadaan perkara bisik-bisik ni membawa kebaikan. 3 perkara ini seeloknya dirahsiakanlah terlebih dahulu supaya tidak mengalami kegagalan.

1) menyuruh atau menyarankan orang ramai supaya bersedekah.
Kadang2 bila kita ingin bersedekah atau mengeluarkan zakat, kita akan meneliti terlebih dahulu siapakah golongan sasar yang kita hendak keluarkan zakat atau kita beri sedekah itu. Apakah dia termasuk dalam golongan yang sepatutnya menerima zakat? Apakah dia seorang yang selayaknya kita beri sedekah? Ada juga saudara2 kita yang bersikap iffah, iaitu pandai menahan diri daripada meminta2 dan sebagainya sehingga kita menyangka bahawa dia seorang yang kaya(bukan berlagak kaya) sedangkan hakikat sebenarnya dia seorang yang layak menerima zakat dan sedekah. Contohnya kalau kita tahu si A layak menerima zakat, bolehlah kita mengeluarkan zakat kepadanya. Atau kita ingin bersedekah pada si A, bolehlah kita bersedekah padanya dalam keadaan si A tidak mengetahuinya kerana perkara tersebut mungkin memalukannya. Dalam keadaan lain, kita juga boleh menyarankan kepada orang ramai yang ingin mengeluarkan zakat, atau ingin bersedekah perihal keadaan si A, bahawa si A ni sememangnya layak menerima zakat dan sedekah. Begitu juga di pihak penderma, kadang2 penderma tidak suka mewar-warkan dermanya takut riya’. Lalu si penderma ini memberinya secara senyap-senyap. Kesemua perbuatan ini merupakan perbuatan yang terpuji, yang boleh dilakukan secara rahsia dan senyap-senyap.

2) menyuruh perbuatan yang makruf
kadang2 nasihat yang dilakukan secara rahsia, secara bersemuka di dalam bilik tertutup lebih berkesan daripada cara teguran yang kasar dan tegas di khalayak ramai. Ada orang yang bila ditegur di depan orang ramai, dia akan lebih memberontak dan nasihat yang kita beri tidak akan diendahkannya. Ada orang yang mempunyai nama dan kedudukan dalam masyarakat. Bila kita tegur secara rahsia, maruahnya dan kedudukan tetap terjaga dan dia akan lebih mudah menerima teguran kita.

3) mendamaikan di antara manusia
kadang2 berlaku perselisihan di antara 2 orang yang saling mempunyai kedudukan, pangkat, kekayaan dan masing2 mempunyai egonya sendiri. Namun kerana sebab2 tertentu, mungkin kerana ego, malu mata, mereka tetap dalam keadaan perang dingin dan tidak siapa yang mahu menautkan kemabli tali perhubungan yang hampir putus. Mungkin kedua2 orang yang berselisih itu sudah insaf, sudah mula cuba untuk kembali bermaafan, namun kerana ego dan degil serta tidak mahu merendahkan diri untuk menghulurkan salam perdamaian, mereka tetap menunjukkan sikap perang dingin Di sinilah peranan orang yang pandai dan mempunyai kemampuan untuk menautkan kembali tali silaturrahim ini. Seeloknya usaha perdamaian ini dilakukan secara rahsia untuk menjaga ego dan air muka mereka.

Kesimpulannya, ada bisik-bisik yang membawa kecelakaan seperti bisik2 untuk melakukan fitnah, merancang melakukan konspirasi jahat dan sebagainya. Ada juga bisik2 yang dianjurkan Allah SWT dan membawa kebaikan dan kerahmatan dariNYA seperti 3 perkara di atas.


* hamka, tafsir al-azhar semasa membicarakan ayat 114 surah al-nisa'
* tafsir pimpinan rahman

Khamis, 13 Mei 2010

aduhai sahabat......pulanglah walau pun merangkak(nota panggilan pulang buat alumni SEMUARA)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
saya dengan rendah hati memohon semua sahabat yang membaca kenyataan ini supaya menghebahkan, mengwar-warkan siaran ini buat semua bekas pelajar SMUA Rahmaniah (sekarang dikenali dengan nama Maahad Rahmaniah) Kuala Krai samada melalui FB, twitter, myspace, sebarang mailing list dan sebagainya tentang acara jubli emas seperti berikut(untuk kepastian sila rujuk fb n blogspot rasmi maahad rahmaniah takut2 ada perubahan tentatif)


dipetik dari blog maahad rahmaniah (http://rahmaniahkrai.blogspot.com/)
SAMBUTAN JUBLI EMAS MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI

HARI PERTAMA
03 Syaaban 1431 / 15 Julai 2010 (Khamis)

10.30 pagi : - Kehadiran Ibubapa dan dhif- dhif jemputan
: - Kehadiran Tetamu Kehormat
11.00 pagi : Ketibaan YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan
: Majlis Perasmian Bermula:
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Ayat- ayat Suci Al Quran Al- Karim
- Ucapan Aluan oleh;
YBrs. Hj. Ahmad Pakhruddin bin Deraman
Pengetua Maahad Rahmaniah.
- Ucapan aluan oleh;
YBhg. Hj. Zulkifli bin Ya’cob
YDP. PIBG Maahad Rahmaniah
- Ucapan aluan oleh;
YABrs. Ahmad Robert bin Abdul Rahim
Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
- Ucapan Perasmian oleh;
YAB. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.
- Penyampaian Cenderahati
- Lawatan Perasmi ke tapak pameran.
- Jamuan Tengahari

03.30 ptg : - Pertandingan Tarik Tali Antara DUN
- Persembahan Raja Ular.
- Persembahan Gajah.
- Pameran Buku SMO
- Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
- Pemeriksaan Kesihatan
07.00 ptg : Persediaan Solat Maghrib berjamaah dan Solat Isyak
09.30 mlm : Forum Perdana Ehwal Islam







HARI KEDUA
04 Syaaban 1431 / 30 April 2010 (Jumaat)

08.00 pagi : Acara Pameran dan Jualan
09.00 pagi : Pertandingan mewarna, melukis dan Nasyid PASTI.
12.00 tgh : Persediaan Solat Jumaat
03.00 ptg : - Pertandingan Beruk memetik kelapa.
- Persembahan Raja Ular
- Persembahan Gajah
06.00 ptg : Penyampaian Hadiah & Cenderahati
07.00 mlm : Persiapan Solat Maghrib Berjamaah
08.30 mlm : Solat Isyak berjamaah
09.30 mlm : Malam Kebudayaan;
- Persembahan Nasyid.
- Persembahan Dikir.
- Pertandingan Tomoi
11.30 mlm : Penyampaian Hadiah & Cenderahati


HARI KETIGA
05 Syabaan 1431 / 01 Mei 2010 (Sabtu)

08.00 pagi : Acara Pameran & Jualan
09.00 pagi : Larian Amal Pelajar Rahmaniah
12.30 tgh : Penyampaian Hadiah & Cenderahati
01.00 tgh : Persiapan Solat Zohor berjemaah.
03.00 ptg : Membersih Tapak dan Lokasi Aktiviti.

buat semua sahabat alumni, pertemuan khas alumni akan diadakan pada hari ketiga. pulanglah...walau pun merangkak

Jumaat, 7 Mei 2010

Kaifiat salam

Orang yang memberi salam disunatkan mengucapkan salam dengan lafaz assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh, dengan kata ganti nama jamak (kum dalam lafaz assalamualaikum, bukannya assalamualaika) walau pun kepada seorang individu sahaja. Sementara individu berkenaan sunat menjawab wa alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuh, dengan waw ataf di awal salam (wa alaikumussalam…). Ringkasnya kena ucap dengan lafaz kum (jamak) bukannya ka (lafaz untuk seorang) kerana kum itu lebh hormat kecuali kepada Allah SWT

Untuk orang perempuan, juga dipakai ganti nama kum (diucapkan dengan lafaz assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh) sebagai ucapan penghormatan. Sedangkan asalnya ganti nama kum merujuk kepada orang lelaki dalam keadaan ramai. Rasulullah tidak mengucapkan assalamu alaikunna kepada orang perempuan, melainkan dengan lafaz kum sebagaimana yang diucapkan kepada orang lelaki

Sementara dalam hadis abu daud dari ali bin abi talib, kalau ada orang berjalan beramai-ramai, cukuplah seorang sahaja daripadanya mengucapkan salam. Sebaliknya kalau orang ramai duduk, cukuplah satu orang sahaja yang menjawab salam tersebut.

Dalam riwayat lain pula, rasulullah SAW memberitahu kita bahawa orang yang berkenderaan hendaklah terlbeih dahulu memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan memberi salam terlebih dahulu kepada mereka yang duduk, orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang banyak.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan, seorang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan kumpulan yang kecil hendaklah memberi salam kepada kumpulan yang lebih besar jumlahnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6232]

* hamka, tafsir al-azhar, surah al-nisa',ayat 86
* http://hafizfirdaus.com/content/view/191/78/

Khamis, 6 Mei 2010

syarat untuk berhutang


tulis dr sami al-suwailem, setelah diteliti perkataan alim ulama khasnya ulama silam, dapatlah kita simpulkan bahawa hutang diharuskan dengan 3 syarat:

1) orang yang meminta hutang mempunyai keazaman untuk membayar balik hutangnya

ada hadis nabi menyebut bahawa sesiapa yang berhutang dan berazam/berniat untuk membayarnya, Allah SWT akan menunaikannya, sesiapa yang berhutang dengan tujuan untuk merugikannya, Allah SWT akan merugikannya (hadis riwayat Bukhari)


2) orang yang meminta hutang mengetahui atau merasakan bahawa dirinya(zann) dapat serta mampu membayar balik hutangnya
maksudnya ialah dapat membayar hutang. si penghutang yakin dapat membayarnya dengan melihat kepada pendapatannya, pekerjaannya dan sebagainya

3) berhutang pada perkara yang halal
Nabi Muhammad SAW berhutang hanya dalam perkara yang baginda begitu berhajat. dalam masalah ini harus kita faham bahawa Nabi berhutang bukanlah bererti nabi tu sengkek sangat. kalau nabi nak, dengan izin Allah SWT, bukit uhud tu boleh bertukar jadi emas. tapi nabi berhutang sebagaimana kata sesetengah ulama untuk mengajar kita, menunjukkan kepada kita supaya tahu beginilah caranya bila berhutang. kes ni sama la dengan kes nabi dan sahabat tidur lalu bangun lewat, masa tu matahari dah naik. rasulullah SAW dengan tenang amik wuduk, menyuruh sahabat2 berwuduk dan menunaikan solat subuh seperti biasa. tujuannya nak ajar kepada kita kalau terbangun lewat ginilah caranya solat subuh

* sami al-suwailem, mauqif al-syariah al-Islamiyyah min al-Dayn.
* tulisan yang bold tu bahasa aku sendiri
* picture tu di copy n save dari kingsonsurya.com

Tazkirah....Mati Dengan Mata Terbeliak

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”
(Muslim)

* hadis diambil terus dari web rasmi JAKIM ( islam.gov.my)