Orang yang memberi salam disunatkan mengucapkan salam dengan lafaz assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh, dengan kata ganti nama jamak (kum dalam lafaz assalamualaikum, bukannya assalamualaika) walau pun kepada seorang individu sahaja. Sementara individu berkenaan sunat menjawab wa alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuh, dengan waw ataf di awal salam (wa alaikumussalam…). Ringkasnya kena ucap dengan lafaz kum (jamak) bukannya ka (lafaz untuk seorang) kerana kum itu lebh hormat kecuali kepada Allah SWT
Untuk orang perempuan, juga dipakai ganti nama kum (diucapkan dengan lafaz assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh) sebagai ucapan penghormatan. Sedangkan asalnya ganti nama kum merujuk kepada orang lelaki dalam keadaan ramai. Rasulullah tidak mengucapkan assalamu alaikunna kepada orang perempuan, melainkan dengan lafaz kum sebagaimana yang diucapkan kepada orang lelaki
Sementara dalam hadis abu daud dari ali bin abi talib, kalau ada orang berjalan beramai-ramai, cukuplah seorang sahaja daripadanya mengucapkan salam. Sebaliknya kalau orang ramai duduk, cukuplah satu orang sahaja yang menjawab salam tersebut.
Dalam riwayat lain pula, rasulullah SAW memberitahu kita bahawa orang yang berkenderaan hendaklah terlbeih dahulu memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan memberi salam terlebih dahulu kepada mereka yang duduk, orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang banyak.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan, seorang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan kumpulan yang kecil hendaklah memberi salam kepada kumpulan yang lebih besar jumlahnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6232]
* hamka, tafsir al-azhar, surah al-nisa',ayat 86
* http://hafizfirdaus.com/content/view/191/78/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan