Isnin, 27 Julai 2009

antara mimpi dan realiti



Dengan NamaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
ini lah gambar isteri n anak ku, gambar ni diambil kat tangga rumah aku kat rumah guru chuchoh puteri, sebelum balik kg aku.

masa tu dalam tahun 1996, aku ke mekah menunaikan fardu haji bersama-sama orang tuaku. masa tu aku dalam tingkatan 6 bawah, tahun untuk aku peksa STU(sijil tinggi ugama). di antara doa-doa aku masa kat mekah n madinah...(..ya Allah, kalau aku ada jodoh dengan si abcd ni, rapatkanlah kami n satukanlah kami dalam usia yang muda, sebaliknya kalau aku mmg takder jodoh dgn si abcd ni pisahkanlah kami segera dengan perpisahan yang baik...) berkali-kali aku dok doa macam tu. lepas solat fardu, sunat n istikharah aku dok doakan camtu. sehinggalah suatu hari, aku terasa dalam hati aku balik jer dari mekah ni, rasanya kami takkan bersama lagi. ye benar...kami tak bersama lagi

hari itu aku ingat lagi..balik jer daripada mengerjakan umrah kat bilik hotel..aku tertidur, aku bermimpi menyuapkan makanan kepada seorang perempuan, bertudung, berada betul2 di depan aku...dan dia makan makanan yang aku suapkan sambil tertunduk malu. wajahnya kabur tapi perempuan tu berkulit putih. aku terjaga..dalam hati aku bertambah yakin bahawa aku dan abcd takkan bersama lagi. aku juga sedar bahawa jodoh aku telah ditentukan. tak payah dok pk lagi pasal tu. aku tak tau sapa perempuan tu, tapi aku sematkan satu keyakinan...jodohku telah ditentukan..tak payah lagi aku menghabiskan masa dan tenaga aku, fikiran aku ke arah tu. bila tiba masanya..jodoh akan datang jua. inilah keyakinan yang aku genggam kemas. keyakinan yang aku bawa, aku gigit dengan geraham bongsu khasnya sepanjang aku di kota seribu menara hampir 5 tahun lamanya...aku pejamkan mataku, pekakkan telingaku, kakukan tangan dan mata hatiku, aku hadapkan hati n fikirankuku ke depan, berdepan dengan pengajian dan sistem peperiksaan al-azhar yang cukup menggerunkan. tentang jodoh, aku serahkan segalanya kepada Allah S.W.T

2 ulasan:

azieda11 berkata...

Rasa Bangga Kawe Jupo demo di alam maya, dah lamo kawe tercari-cari kawan sealiran kawe untuk bersama-sama melayari medan dakwah tanpa suara nih... jangan lupa jadi follower kawe, di blog kawan.... k lik teruskan perjuangan, kalu ader member lain kasi tahu dan sebarkan.... kalu x leh ceramah kot nie pun.... kiro tak po doh!... ko guano....

azieda11 berkata...

salam ukhuwaah fi sabilillah