Malaikat maut (mm) diutus kepada nabi musa as, ketika mm tiba, musa as menamparnya sehingga terkeluar matanya. Maka mm kembali kepada Allah lalu berkata engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menghendaki kematian
Maka Allah mengembalikan mata mm lalu berfirman, kembalilah Dan katalah padanya agar dia meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yg dapat dlitupi oleh tangannya, maka baginya umur 1 tahun.
Setelah diterangkan kepada musa, baginda musa as bertanya..setelah itu apa?
Allah berfirman...kemudian mati
Musa as berkata kalau begitu aku mahu kematian sekarang
Maka dia meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sehampir lembaran batu.
Kemudian nabi muhammad saw bersabda kalau aku di sana akan aku tunjukkan kuburnya berhampiran bukit pasir merah- riwayat sahih bukhari etc...abu hurairah
Persoalan
1) camana malaikat boleh memiliki wajah Dan mata seperti manusia, then kena tampar sampai keluar biji matanya.
2) kenapa musa as berkasar terhadap mm? Sedangkan sikap sebegini bukanlah akhlak yg mulia apatah lg bg seorang rasul
3) ajal telah dtentukan, bagaimana seseorang dapqt memilih bila nak mati.
Answer
1) malaikat mmg tidak berjasad seperti manusia namun dgn izinNYA malaikat dapat berubah n menjelma sebagai manusia. Cthnya dalam quran dsebut malaikat menjelma sebagai manusia mendatangi maryam as memberitahu bahawa maryam akan melahirkan seorang anak( surah maryam).
2) nabi musa as x tahu bahawa yang berjumpanya itu adalah malaikat. Apa yg dia tahu bahawa seorang lelaki dtg untuk memudaratkannya. Tambahan pula nabi musa hidup bersama bani Israel yg terkenal ego, degil, zalim n membunuh nabi nabi mereka. So x hairanlah nabi musa as menampar lelaki berkenaan.
Tidak mustahil nabi musa as x tahu bahawa lelaki yg datang kepadanya ialah malaikat. Ini jg pernah berlaku kepada nabi lain seperti nabi lut. Quran menceritakan utusan tuhan datang bertandang ke rumah nabi lut as. Baginda berasa cemas kerana baginda x mampu memberi perlindungan kepada tetamu lelakinya dalam keadaan masyarakatnya menginginkan kaum lelaki. Lalu utusan itu bercerita bahawa mereka sebenarnya malaikat (surah hud)
Jadi tindakan nabi musa as menampar mm kerana baginda x tahu bahawa yg datang adalah malaikat
3) ajal seseorang telah pon dtentukan oleh Allah. Dalan kes ini, nabi musa as x menafikan ajalnya kerana mm datang bukan utk mencabut nyawanya tetapi utk bertanya samada nabi musa as mahu menerima kematian pada saat itu. Buktinya pada dialog mm kepada tuhan, engkau mengutus aku kepada seseorang yg x mahu mati. Aduan ini menjadi dalil bahawa kedatangan mm bukan utk cabut nyawa.
Jika mm nak cabut nyawa, mm x perlu menjelma sebagai lelaki, cukup dalam bentuk asalnya.
Dsalin Siar dari buku kaedah memahami hadis musykil tulisan hafiz firdaus abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan