Jumaat, 7 Ogos 2026

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah…. (1)

 7 Golongan Yang Mendapat Naungan…. (1)

Nabi SAW bersabda:

(Ada tujuh golongan manusia yang Allah menaungi mereka pada hari kiamat dengan naunganNya. Mereka ialah pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang berzikir kepada Allah masa dok sendirian sehingga mengalir air matanya, seorang lelaki yang hatinya selalu terikat kepada masjid, dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan, (namun dia menolaknya) dan berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah”, dan seorang lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui perkara yang disedekahkan oleh tangan kanannya- Bukhariy)

 

 

Hari Kiamat ialah hari yang sangat dahsyat. Pada hari itu, matahari didekatkan kepada manusia sehingga mereka merasakan kepanasan yang amat sangat. Dalam satu hadis lain Riwayat Muslim, Nabi SAW ada sebut bahawa matahari akan berada dekat je atas kepala sampai jarak satu mil. Ada ulama menyebut maksud jarak 1 mil tu sekadar panjang batang celak. Celak yang orang guna kat mata tu la. So batang celak tu maybe sekadar sejengkal je. Tak dapat nak bayangkan kepanasan tu

 

Namun ada juga golongan yang Allah akan beri naungan kepada mereka pada masa tu. Menurut penjelasan para ulama, yang dimaksudkan dengan naungan Allah ialah naungan Arasy Allah sebagaimana dijelaskan dalam beberapa hadis yang lain. Mereka berada dalam perlindungan, rahmat dan kemuliaan Allah pada hari tersebut. Tujuh golongan tersebut ialah:

 

 

 

1)    Pemimpin yang adil

Iaitu pemerintah atau sesiapa yang memegang amanah kepimpinan lalu berlaku adil terhadap rakyat atau orang di bawah tanggungannya. Dia menjaga hak-hak mereka, mengurus kepentingan mereka dan memutuskan hukum dengan adil menurut syariat Allah. Tak kiralah samada pemimpin ni dipanggil Canselor, Perdana Menteri, Presiden, MB atau wakil rakyat n etc

Apabila seorang pemimpin telah berusaha sepenuhnya melaksanakan segala tanggungjawab dengan adil, insya Allah akan dapat pahala di sisi Allah. Jika sebaliknya, dosa besar tu

 

 

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah

Seorang yang sejak usia mudanya membiasakan diri dengan ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat. Kenapa disebut pemuda? Orang tua tak masuk ker? Hadis ni citer pasal kelebihan pemuda yang istiqamah dalam ibadah kepada Allah. So tak masuk la orang tua.

 

Pemuda disebut secara khusus kerana pada usia muda dorongan hawa nafsu dan godaan lebih kuat. Then jika nak banding antara orang muda dan orang tua dari segi dorongan hawa nafsu dan godaan, pada zahirnya godaan  untuk orang muda lebih kuat berbanding dengan orang tua.  Pada zahirnya, orang tua ni pemikiran dia dah matang. Dia pun maybe dah mula menginsafi dirinya, nak dekatkan diri pada Allah. Selalu ingat mati. Nak bertaubat dan sebagainya.

 

Sementara orang muda pada zahirnya langkah lebih luas. Semangat mudanya meruap-ruap. Dalam keadaan sebegini, dia tetap ingatkan Allah, sentiasa melakukan ibadat. So kelebihan untuk pemuda yang istiqamah dalam ibadah tu besar

 

3. Orang yang hatinya terpaut kepada masjid

Iaitu seseorang yang sangat mencintai masjid. Kiranya mari ssejid sokmo. Sentiasa menghadiri solat berjemaah, gemar beribadah di dalamnya dan sentiasa menanti waktu solat berikutnya. Hatinya sentiasa rindu kepada rumah Allah. Orang sebegini, Allah akan beri naungan padanya di mahsyar kelak.

 

Teringat lak pesanan ustaz kami dulu, kalau masjid nak buat makan, nak sembelih kambing contohnya, tetiba nampak ahli Jemaah yang selama ni tak pernah nampak, janganlah sesekali kita dok perli atau sindir dia. Berilah sokongan atau dorongan kepadanya, moga langkah pertama beliau  hadir pada malam ni bersempena jamuan kambing golek, akan menjadi langkah seterusnya untuk mereka hadir ke masjid

 

Tiada ulasan: