Kenangan Kaherah (22)
KERANA BAHASA…
SODRIYYAH
Pernah sekali kawan kami nak beli vest kat Atabah. Kedua2nya adalah junior. Mereka tak tahu nak sebut vest tu dalam Arabic. Masa tu waktu masih pagi, banyak lagi kedai belum buka. Kalau ada yang buka pun baru separuh pintu. Pemilik atau pekerja kedai sedang menyapu dan mengelap pakaian yang tersusun di rak jualan. Mereka terlihat ada seorang pemuda arab pakai vest. Lalu mereka menegur pemuda arab tu dan bertanya apa yang kamu pakai ni sambil menunjuk vest tu. Arab tu sebut dan ajar kami perkataannya dan rekomen sebuah kedai berhampiran. Kedai berkenaan terletak 3 atau 4 pintu dari kedai pemuda tadi. Ada seorang perempuan muda sedang menyapu kedai tu. Kawan kami tadi pergi dan bertanya sambil menyebut perkataan tu. Masa tu mereka nampak wajah perempuan arab (muda) tadi kemerahan, tak tahulah samada malu atau nak marah. Dalam masa yang sama mereka melihat pemuda arab tadi ketawa. Mereka terasa dipermainkan lalu berlalu pergi. Mereka berjalan pergi namun ditegur oleh seorang tua di jalanan. Kawan kami bercerita kepada pakcik tu lalu pakcik tu cakap kena sebut betul2. Perkataan yang kamu sebut tu merujuk kepada coli (atau corset) wanita. Seolah2 kamu nak beli coli daripada seorang wanita muda arab. Benda ni agak tak manis kat sini.
FARAG
Masa kat SEMUARA dulu ada matapelajaran mahfuzah. Kalau ikut lateral, mahfuzah ni maknanya yang kena hafal, yang terpelihara, yang tersimpan. Gitu la secara mudah. Subjek ini memperkenalkan kita kosa kata dalam himpunan kata-kata hikmah.,Ada yang diambil daripada maksud hadis, puisi arab dan sebagainya. Kata2 hikmah ni biasanya yang mudah dan senang nak ingat. Antaranya kalau diterjemahkan dalam BM ialah,
1) Waktu itu seperti emas,
2) hafalan ketika kamu kecil umpama mengukir di atas batu, sementara hafalan ketika kamu dah berusia seumpama kamu menulis di atas air
3) kebersihan itu sebahagian daripada iman
Antara kata2 hikmah yang kami tesenyum dan tersengih masa memula dengar ialah assobru miftahul faraji. Assobru tu maksudnya sabar. Miftah ialah anak kunci. Kemudian perkataan alfarajiy tu yang membuatkan kami tersengih. Dok fikir yang bukan2. So masa tu ustaz kami sebut makna alfarajiy tu kesenangan, keluasan, ketenangan. Kena sebut betul2. Pastikan huruf ro kat tengah tu ada baris. Kalau huruf ro kat tengah tu dibaca secara mati (sukun) nanti maksudnya dah lain, so kena sebut betul2.
Bila kami ke Mesir kami dah lupa maksud sebenar perkataan tu tapi kami tahu ada maksud lain. Kemudian kami jumpa perkataan farag (dalam dialek mesir hufur jim dibaca dengan ga) seperti seperti nama seorang pemikir mesir yang bernama Farag Foda. Nama Farag Foda tu kalau dibaca secara standard akan berbunyi Faraj Foda. Nama orang sebegini bila kita sebut masa sembang dengan arab, kena sebut betul2.
Begitu juga dengan jenama makanan fagello. Kalau dieja dalam Arabic dan dibaca macam kita faham, kita akan baca Farajallah. Maknanya cantik tapi bila kita silap baca arab tengok semacam jer. Faragello ni ada banyak produk macam sosej, air kotak, produk tenusu dan sebagainya
AYN el-SHAMS (Aynusshams)
Guru kami kat SEMUARA Ustaz Ramli Hamat pernah bercerita suatu kisah ketika beliau ingin menaiki teksi, pemandu tesi bertanya kamu nak ke mana? Guru kami menjawab Ayn Sham (huruf s takder bunyi atau kurang jelas bunyinya). So pemandu teksi tu tak faham lalu bertanya sekali lagi. Guru kami menjawab sebagaimana jawapannya yang pertama tadi. Pemandu masih tak faham dan bertanya. Masa tu ada seorang penumpang arab lain, agaknya beliau dah biasa berkomunikasi dengan geng belah asia tenggara, beliau menyebutnya dengan jelas, AYNUSHAMS (bunyi ain dan huruf sin atau s tu disebut secara jelas). Barulah pemandu teksi tu faham lokasi yang menjadi tujuan guru kami. Kekadang ada juga member kami dah terbiasa sebut AYNUSHANGGG. Huruf ayn tu dah jelas tapi kat belakang dah jadi dialek tranung lak
QATRUNNADA…..
Kejadian ini berlaku ke atas diri ambo masa nak beli kitab kat abasiah. Masa tu kat stesen bas Abbbasiah ada kedai kecil yang menjual akhbar dan kitab2. Ada satu kitab nahu yang ambo beli bertajuk Qatrunnada (nama penuhnya Qatrunnada wa Bal Soda). Ambo sebut kat pakcik penjual tu, Qatrunnada, pakcik tu menggeleng kepala tak faham. 2 kali dia tanya ambo dan 2 kali ambo jawab Qatrunnada. Kebetulan ada seorang arab lain sebut penuh Qatrunnada wa Bal Soda barulah pakcik tu faham. Rupanya bila berkomunikasi dengan arab, kita kena sebut seelok mungkin sebagaimana mereka sebut. Masa ambo sebut Qatrunnada, kita rasa mesti orang faham sebab kitab tu agak glamer untuk peringkat permulaan orang belajar nahu arab. Rupanya masih kurang jelas, kena sebut nama penuh.
ISTANNA
Secara mudah, istanna maksudnya tunggu. Biasa kita guna perkataan ni apabila kita nak turun atau naik bas. Kita buleh kejar sambil laung istanna, istanna!!. Kekadang pemandu bas arab tu nampak lelaki muda macam kita dok kejar bas biasanya dia tak berhenti, hanya sekadar memperlahankan bas sahaja. Kalau sempat lompat naik bas, sempatlah. Kalau tak sempat kejar bas, kena tunggu giliran bas seterusnya. Ada juga pemandu yang bila dia tengok kita kejar sambil laung istanna! Istanna! Dia akan memperlahankan bas dan kami sempat melompat naik ke dalam bas.
Senior kami pernah bercerita, ada junior atau adik baru tak begitu fasih dengan suasana naik turun bas kat Kaherah. Maklumlah orang baru. Cuma senior ajar menyebut perkataan istanna. So masa nak kejar naik bas entah camana dia tersilap sebut istimna! Istimnak! (maknanya melancap). Beberapa kali dia dok sebut perkataan tu sambil laung dan kejar bas. Bila naik bas dia perasan lain macam jer penumpang kat dalam tu tengok kat dia. Kemudian kelindan bas tu slow talk dengan junior tu tanya apa kamu sebut tadi. Junior tu tak berapa faham tapi dapat mengagak makna perkataan tu tak cantik. Kelindan tu kemudian menerangkan perkataan sebenar, istanna, bukannya istimnak.
MAT
Arwah datuk ambo sebelah ayah bernama Awang Mat (ambo tak sempat jumpa dan kenal). Biasanya apabila kita buat urusan dengan imigresen atau pihak HEM, kita dikehendaki menulis atau menyebut nama secara 4 keturunan (ism arrubaiey). So kena sebut nama kita berbinkan ayah kita kemudian berbinkan kepada datuk kita kemudian kena binkan dengan datuk kepada ayah kita. Nama 4 keturunan. Ambo tak pasti kad pengenalan arab mesir camana. Khabarnya mmg nama mereka ditulis secara 4 keturunan. Kira tulis nama dengan 4 keturunan ni benda biasa dalam urusan rasmi kat mesir.
Pernah dalam kelas, Dr Taha Rayyan bertanya nama kami untuk ambil kehadiran. Bila tiba giliran ambo, dia sebut nama ambo secara 4 keturunan dan dia tanya nama datuk ambo, ambo jawab Awang Mat (hurut T tu ambo sebut dengan jelas sebagaimana huruf ta dalam Arabic). Dr Taha senyap jer. Usai kelas ada kawan arab kami tanya tentang nama datuk ambo. Dia cakap Mat dalam Bahasa arab maknanya mati atau maut. Ambo jawab Mat tu singkatan daripada Muhammad, orang kita ringkaskan kepada Mat jer dalam bahasa kita. Macam Dolah juga merupakan ringkasan daripada Abdullah. Ambo perasan arab sendiri macam malu2 nak sebut nama datuk ambo, maybe mereka menganggap ia sebagai suatu kecaman sedangkan bagi kita tidak sedemikian. Selepas tu ambo sebut nama datuk dengan sebutan Mad (disebut sebagai huruf dal dalam Arabic, Awang Mad).
K#S
Ambo pernah terbaca kisah orang Indonesia yang bernama K#s…. dan berkerja di tanah arab. Beliau menjadi pemandu kepada seorang wanita arab (janda) yang kaya. Hari pertama dia berkerja, wanita yang jadi majikannya bertanya namanya, dia menjawab K#s…. Wanita tadi macam agak marah lalu memberitahu aku akan memanggil kamu dengan nama Ahmad atau Muhammad dan untuk membezakan dengan orang tempatan majikannya akan menambah perkataan al-Indonisiy kat belakang (maksudnya orang Indonesia). Mulanya pemandu itu rasa pelik apa yang tak kena dengan namanya. Rupanya perkataan K#s membawa maksud alat sulit wanita dalam Bahasa arab. Ambo biasa dengar arab mencarut semasa bergaduh mulut sesame mereka Ya K#s Ummak. Ingatkan carutan apa, rupanya dia mencarut dengan menyebut nama alat kelamin ibu kita. Justeru itu, kalau ada orang kita yang nama K#s kat depan macam K#sman, K#swadinata, K#s apa apa dan arab nampak nak marah atau ada yang tersengih tu maknanya dia dah fikir lain. Cuma ambo tak pasti perkataan ini merupakan perkatan rasmi yang menjadi Bahasa fusha (standard) atau sekadar dialek tempatan.