Sabtu, 30 Mac 2024

corat-coret

 

1)      Insya Allah Kita akan memasuki fasa terpenting dalam Ramadan. Kalaulah 10 Hari pertama dalam bulan Zulhijjah menjadi hari yg terbaik pada siangnya, maka 10 Malam terakhir Ramadan menjadi hari terbaik sebelah malamnya(adanya Malam alqadr).

 

2)      TGNA dalam salah satu ceramahnya pernah menyebut, apabila masuk fasa terakhir Ramadan, Arab Badwiy akan keluar berkhemah berdekatan dgn masjid. Mereka sama2 menghidupkan dan  memeriahkan suasana Ramadan dengan melakukan Qiyam dan sebagainya. Agaknya inilah yg menjadi idea tertubuhnya Qaryah Ramadan atau Madinah Ramadan

 

3)      Ada ulama seperti Imam Ghazali, al-Shaziliy telah menulis formula utk mendapatkan Malam alqadr. Mereka menulis bahawa jika Ramadan bermula pada hari sekian sekian, maka berkemungkinan malam alQadr akan jatuh pada malam sekian sekian. Apa yang penting, kita konsisten dengan amalan kita. Insya Allah moga bertepatan dengan malam al-Qadr.

 

4)      Buat yang masih ada orang tua, berbaktilah sementara hayat mereka masih ada. Bila dah takder, aka nada vakum dalam hati kita yang takkan terisi selamanya lagi.

 

5)      Doakan ambo dan kita semua moga konsisten beramal, moga mendapat ganjaran malam al-Qadr, moga mendapat keampunan dan rahmatNYA selalu

 

Kisah kelapa tumbang kembali berdiri tegak

 

SAJER2 NAK TULIS

Alkisah kelapa tumbang kembali tegak

ada kisah kat area kami yg berlaku di awal 90an. Rasanya tahun 1990.  Kisah pokok kelapa yg lama terbaring di tanah dengan umbinya berada di gigi atau pinggir kolam air buangan beberapa buah rumah. Rasanya ada 4 atau 5 buah rumah penduduk. Air buangan dari setiap rumah berkenaan akan mengalir dan berkumpul di dalam kolam berkenaan sebelum mengalir ke longkang atau parit yang lebih besar. Pokok kelapa di sebelah kolam tu terletak bersebelahan laluan utama. Kiranya orang yang lalu lalang akan perasan keaadan pokok kelapa berkenaan.

 

Tetiba, keesokan harinya orang ramai melihat pokok kelapa tu kembali berdiri tegak dengan umbinya berada di dalam kolam. Kebetulan pulak, malam tu merupakan malam 27 Ramadan. Maka timbullah cakap-cakap orang bahawa malam tersebut adalah malam al-Qadr. Ada yang mendakwa bahawa Nabi Khidr telah datang atau melalui kawasan tersebut pada malam berkenaan (dikatakan Khidr mendapat nama sedemikian kerana apabila beliau melalui atau berada di sesuatu area, area berkenaan akan menjadi hijau). Pokok kelapa yg dahulunya tidak diberi perhatian dah jadi popular.

 

Ada pengunjung yang datang dari luar daerah semata-mata mengambil air kolam, kononnya nak dijadikan air penawar, ubat dan sebagainya. Penduduk tempatan pulak sempat buka khemah dan gerai jualan. Ada yang jual plastik, orang ramai akan beli palstik untuk mengambil air dari kolam berkenaan. Ada yang menjual air sirap, kuih dan sebagainya. Kawasan tepi rumah penduduk berkenaan yang selama ini tidak diberi perhatian dah mula meriah dengan gerai2 jualan dan kereta pengunjung.

 

Kalau tak silap, Mufti Kelantan pada waktu tu mengeluarkan pandangan supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian sebegitu (pandangan mufti disiarkan dalam akhbar perdana). Kemeriahan itu akhirnya hilang selepas 1 atau 2 minggu.

 

Khabarnya pokok kelapa yang tumbang dengan umbi berada di pinggir kolam itu, disebabkan pucuk dan bahagian atasnya dah kering sementara bahagian umbinya masih lagi berat, akhirnya menggelungsur masuk ke kolam. Keadaan kolam yang bertebing menyebabkan pokok berkenaan menggelungsur dan kembali tegak di dalam kolam buangan berkenaan. Ada cerita bahawa pengunjung yang sempat minum air dari kolam berkenaan khabarnya ada yang ke hospital