1) Insya Allah Kita akan memasuki fasa terpenting dalam Ramadan. Kalaulah 10 Hari pertama dalam bulan Zulhijjah menjadi hari yg terbaik pada siangnya, maka 10 Malam terakhir Ramadan menjadi hari terbaik sebelah malamnya(adanya Malam alqadr).
2) TGNA dalam salah satu ceramahnya pernah menyebut, apabila masuk fasa terakhir Ramadan, Arab Badwiy akan keluar berkhemah berdekatan dgn masjid. Mereka sama2 menghidupkan dan memeriahkan suasana Ramadan dengan melakukan Qiyam dan sebagainya. Agaknya inilah yg menjadi idea tertubuhnya Qaryah Ramadan atau Madinah Ramadan
3) Ada ulama seperti Imam Ghazali, al-Shaziliy telah menulis formula utk mendapatkan Malam alqadr. Mereka menulis bahawa jika Ramadan bermula pada hari sekian sekian, maka berkemungkinan malam alQadr akan jatuh pada malam sekian sekian. Apa yang penting, kita konsisten dengan amalan kita. Insya Allah moga bertepatan dengan malam al-Qadr.
4) Buat yang masih ada orang tua, berbaktilah sementara hayat mereka masih ada. Bila dah takder, aka nada vakum dalam hati kita yang takkan terisi selamanya lagi.
5) Doakan ambo dan kita semua moga konsisten beramal, moga mendapat ganjaran malam al-Qadr, moga mendapat keampunan dan rahmatNYA selalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan