PASCA NATIJAH
Beberapa hari selepas keputusan rasmi
diisytiharkan, kami ke pejabat HEM (shuun)
untuk dapatkan slip natijah kami. Ini antara momen yang paling mendebarkan.
Untuk dapatkan slip natijah, kami kena buat surat permohonan. Mula tu terfikir
juga camana nak tulis surat. Kami ingatkan ada format tertentu macam surat
rasmi yang kita belajar kat sekolah. Rupa-rupanya apa yang perlu ialah sekeping
kertas permohonan untuk mendapatkan slip tu. Kertas tu pulak, tak kisah lah
kertas jenis apa. Kertas A4, A3, kertas yang dikoyakkan daripada buku tulis,
kertas kajang yang siap ada garisan, bahkan kertas yang dikoyakkan daripada
mana mana buku nota pun masih diterima. Kertas tu pula kadang-kadang ada kesan
koyakan tangan atau pembaris. Terasa koboi lak. Kami terkejut juga melihat
suasana sebegitu. Santai dan memang kami tak sangka.
Apa yang penting kat
dalam kertas tu kena ada 2 benda, pertama ialah tulisan salam dan basmalah. Kalau
tulis surat apa pun mesti ada basmalah dan salam. Kalau tak tulis 2 perkara ni,
kena tahan telinga kat pegawai HEM nanti. Nanti dibacanya hadis setiap
pekerjaan yang dimulai tanpa bacaan basmalah, semuanya sia sia. Juga hadis dan
kelebihan pasal salam. Kena ada tulisan 2 ni. Kalau takder, tahanlah telinga
dengan HEM. Siap dia Tanya kita, kamu Muslim ke apa? kamu tak sayang Nabi ker?
Perkara kedua yang kena
ada kat kertas tu ialah setem hasil (disebut damghah) kerajaan mesir bernilai 1LE. Setiap urusan rasmi kat sini
mesti ada stem hasil. Biasanya untuk dapatkan stem hasil tu, kami akan beli kat
pondok jualan stem hasil dalam bangunan universiti ni. Bayangkan dengan kertas
yang kami koyak dari buku, nampak kesan koyakan tu samada dengan tangan atau
guna pembaris. Selamba jer. Namun bila ada 2 benda ni (basmalah dan stem hasil)
dah dikira benda rasmi. Bukan lagi benda main2. Simple jer
Selepas siap kertas
permohonan tu, kami akan serahkan di bahagian HEM. Ada pegawai HEM yang santai
dan memudahkan. Ada juga pegawai HEM yang sengaja melambatkan2 urusan kami (nak
duit rasuah la tu). Kadang tu dia tengok natijah kami dapat cemerlang ker apa,
dia sengaja melambatkan urusan. Siap dia tanya kamu dari mana? Bila dia tahu
kita dari Malaysia atau Brunei, biasanya ada sahaja alasan untuk dia tangguhkan
kerja. Sibuk nak habiskan teh dulu. Sibuk, nanti kamu datang besok. Pelbagai
alasan yang kami dengar. Bila dah selalu, dah rasa kalis.
Perkataan kami biasa
dengar masa ni ialah BUKRAH. Kalau dah disebut perkataan ni, kami dah boleh
pulang. Kalau nak tunggu pun, bacalah buku kat mana mana dulu. Kemudian datang
kembali selepas setengah jam atau sejam. Kalau nasib baik, dapatlah. Kalau
tiada rezeki, balik dulu. Esok datang pula. Mula2 tu terasa nak marah juga,
orang Kelantan sebut PAYOH BBASO. Lama kelamaan kami dah tegar dan kalis dengan
perkataan BUKRAH. Alah bisa tegal biasa
Ada kes pegawai HEM minta
duit kopi (rasuah) untuk dapatkan slip natijah. Pegawai tersebut telah
dikenakan tindakan. Tapi takder la sampai buang kerja cuma ditukarkan ke
bahagian lain. Beliau tidak lagi terlibat di meja depan untuk berurusan dengan
pelajar. Seingat ambo, ada seorang pegawai HEM di tahun 3 kuliah syariah yang
bernama Abdel Mokmen. Orangnya cukup baik, mudah berkira dan selalu mengajar
kami banyak perkara. Sampaikan kami selalu sebut, urusan untuk tahun 3 senang
sebab Mokmen ada. Kalau orang tak ramai, kita akan terus dapat slip. Kadang tu
dia siap tegur gaya bahasa dan penulisan kami dalam surat tu.
Urusan seturusnya ialah
dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Masa tu bangunan kedutaan
Malaysia terletak di Zamalek. Kami kena naik 2 bas untuk ke Zamalek jika
bertolak dari Nasr City. Kena tukar bas kat Atabah atau Ramses. Biasanya dari
area Husayn, kami berjalan ke Atabah dan naik bas ke Zamalek.
Suasana Zamalek agak tenang. Tidak begitu sibuk jika nak banding
dengan Atabah. Zamalek ni macam pulau sebab dikelilingi oleh Sungai Nil. Namun
Mesir tetap Mesir, bunyi hon kereta di mana-mana. Sampaikan ada abang lama
cakap, kereta tanpa brek masih buleh dipandu di kaherah namun kereta tanpa hon
dah tak boleh pandu. Begitulah sinonim kereta dan hon.
Apabila berurusan kat
kedutaan sendiri, terasa senang hati. Mudahnya berurusan dengan orang kita jika
nak dibandingkan dengan orang Mesir. Namun itulah pengalaman. Karenah birokrasi
kat sini menjadikan kami kalis dan sentiasa bersedia hadapi keadaan tak
dijangka. Slip yang disahkan oleh JPMK ni kami kena hantar kepada penaja. Ada
pelajar yang dapat tajaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, zakat negeri,
pinjaman MARA, pinjaman negeri seperti YAKIN (Kelantan) dan sebagainya.
Seterusnya urusan dengan
teman2 serumah. Untuk jamuan kesyukuran, ambo belanja abang2 lama serumah makan
di restoran Chicken Tikka yang terletak di Abbas Akkad. Biasanya makan kat sini
habis la 20LE untuk satu kepala. Sekali setahun buleh la masuk kat sini. Biasanya
kami makan ayam golek Restoran Babai jer yang lebih murah. Seterusnya dengan
teman2 satu batch kat Orbit. Ada juga kalangan kami yang bernazar nak buat
jamuan kesyukuran dan sebagainya. Ambo turut serta (makan). Mana mana yang kami
buleh bantu bagi sumbangan, kami cuba membantu. Budaya makan dan melayu ni
macam dah sinonim. .