PASCA NATIJAH
Beberapa hari selepas keputusan rasmi diisytiharkan, kami ke pejabat HEM (shuun) untuk dapatkan slip natijah kami. Ini antara momen yang paling mendebarkan. Untuk dapatkan slip natijah, kami kena buat surat permohonan. Mula tu terfikir juga camana nak tulis surat. Kami ingatkan ada format tertentu macam surat rasmi yang kita belajar kat sekolah. Rupa-rupanya apa yang perlu ialah sekeping kertas permohonan untuk mendapatkan slip tu. Kertas tu pulak, tak kisah lah kertas jenis apa. Kertas A4, A3, kertas yang dikoyakkan daripada buku tulis, kertas kajang yang siap ada garisan, bahkan kertas yang dikoyakkan daripada mana mana buku nota pun masih diterima. Kertas tu pula kadang-kadang ada kesan koyakan tangan atau pembaris. Terasa koboi lak. Kami terkejut juga melihat suasana sebegitu. Santai dan memang kami tak sangka.
Apa yang penting kat dalam kertas tu kena ada 2 benda, pertama ialah tulisan salam dan basmalah. Kalau tulis surat apa pun mesti ada basmalah dan salam. Kalau tak tulis 2 perkara ni, kena tahan telinga kat pegawai HEM nanti. Nanti dibacanya hadis setiap pekerjaan yang dimulai tanpa bacaan basmalah, semuanya sia sia. Juga hadis dan kelebihan pasal salam. Kena ada tulisan 2 ni. Kalau takder, tahanlah telinga dengan HEM. Siap dia Tanya kita, kamu Muslim ke apa? kamu tak sayang Nabi ker?
Perkara kedua yang kena ada kat kertas tu ialah setem hasil (disebut damghah) kerajaan mesir bernilai 1LE. Setiap urusan rasmi kat sini mesti ada stem hasil. Biasanya untuk dapatkan stem hasil tu, kami akan beli kat pondok jualan stem hasil dalam bangunan universiti ni. Bayangkan dengan kertas yang kami koyak dari buku, nampak kesan koyakan tu samada dengan tangan atau guna pembaris. Selamba jer. Namun bila ada 2 benda ni (basmalah dan stem hasil) dah dikira benda rasmi. Bukan lagi benda main2. Simple jer
Selepas siap kertas permohonan tu, kami akan serahkan di bahagian HEM. Ada pegawai HEM yang santai dan memudahkan. Ada juga pegawai HEM yang sengaja melambatkan2 urusan kami (nak duit rasuah la tu). Kadang tu dia tengok natijah kami dapat cemerlang ker apa, dia sengaja melambatkan urusan. Siap dia tanya kamu dari mana? Bila dia tahu kita dari Malaysia atau Brunei, biasanya ada sahaja alasan untuk dia tangguhkan kerja. Sibuk nak habiskan teh dulu. Sibuk, nanti kamu datang besok. Pelbagai alasan yang kami dengar. Bila dah selalu, dah rasa kalis.
Perkataan kami biasa dengar masa ni ialah BUKRAH. Kalau dah disebut perkataan ni, kami dah boleh pulang. Kalau nak tunggu pun, bacalah buku kat mana mana dulu. Kemudian datang kembali selepas setengah jam atau sejam. Kalau nasib baik, dapatlah. Kalau tiada rezeki, balik dulu. Esok datang pula. Mula2 tu terasa nak marah juga, orang Kelantan sebut PAYOH BBASO. Lama kelamaan kami dah tegar dan kalis dengan perkataan BUKRAH. Alah bisa tegal biasa
Ada kes pegawai HEM minta duit kopi (rasuah) untuk dapatkan slip natijah. Pegawai tersebut telah dikenakan tindakan. Tapi takder la sampai buang kerja cuma ditukarkan ke bahagian lain. Beliau tidak lagi terlibat di meja depan untuk berurusan dengan pelajar. Seingat ambo, ada seorang pegawai HEM di tahun 3 kuliah syariah yang bernama Abdel Mokmen. Orangnya cukup baik, mudah berkira dan selalu mengajar kami banyak perkara. Sampaikan kami selalu sebut, urusan untuk tahun 3 senang sebab Mokmen ada. Kalau orang tak ramai, kita akan terus dapat slip. Kadang tu dia siap tegur gaya bahasa dan penulisan kami dalam surat tu.
Urusan seturusnya ialah dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Masa tu bangunan kedutaan Malaysia terletak di Zamalek. Kami kena naik 2 bas untuk ke Zamalek jika bertolak dari Nasr City. Kena tukar bas kat Atabah atau Ramses. Biasanya dari area Husayn, kami berjalan ke Atabah dan naik bas ke Zamalek.
Suasana Zamalek agak tenang. Tidak begitu sibuk jika nak banding dengan Atabah. Zamalek ni macam pulau sebab dikelilingi oleh Sungai Nil. Namun Mesir tetap Mesir, bunyi hon kereta di mana-mana. Sampaikan ada abang lama cakap, kereta tanpa brek masih buleh dipandu di kaherah namun kereta tanpa hon dah tak boleh pandu. Begitulah sinonim kereta dan hon.
Apabila berurusan kat kedutaan sendiri, terasa senang hati. Mudahnya berurusan dengan orang kita jika nak dibandingkan dengan orang Mesir. Namun itulah pengalaman. Karenah birokrasi kat sini menjadikan kami kalis dan sentiasa bersedia hadapi keadaan tak dijangka. Slip yang disahkan oleh JPMK ni kami kena hantar kepada penaja. Ada pelajar yang dapat tajaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, zakat negeri, pinjaman MARA, pinjaman negeri seperti YAKIN (Kelantan) dan sebagainya.
Seterusnya urusan dengan teman2 serumah. Untuk jamuan kesyukuran, ambo belanja abang2 lama serumah makan di restoran Chicken Tikka yang terletak di Abbas Akkad. Biasanya makan kat sini habis la 20LE untuk satu kepala. Sekali setahun buleh la masuk kat sini. Biasanya kami makan ayam golek Restoran Babai jer yang lebih murah. Seterusnya dengan teman2 satu batch kat Orbit. Ada juga kalangan kami yang bernazar nak buat jamuan kesyukuran dan sebagainya. Ambo turut serta (makan). Mana mana yang kami buleh bantu bagi sumbangan, kami cuba membantu. Budaya makan dan melayu ni macam dah sinonim. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan