Rabu, 17 Jun 2026

Kenangan World Cup 1986

Kenangan World Cup 1986

Ambo kenal bola masa 1985 dan1986 (darjah 2 n 3). Masa tu balik jer dari sekolah, ada suratkhabar Berita Harian (BH) tersangkut kat pagar. Ayah mmg langgan BH. Kiranya masa umur 8 n 9 tahun tu ambo dah biasa baca isu perang Iran-Iraq, dah kenal tokoh seperti Saddam Hussin, Khomeini, Reagan, Gorbachev n etc.

 

Kat area kami surat khabar hanya sampai waktu pagi kadang2 sekitar jam 10. Pertengahan 80an tu kalau orang Kelantan nak ke KL, kami masih guna laluan menyusuri pantai2 tranung sebelum membelah area Tok Gajah ke Karak. So surat khabar sampai kat rumah ambo dah lewat

 

Bila belek paper, entah kenapa ambo tertarik kat bahagian belakang. Colorfull. Banyak pic yg lawa2. So ambo mula baca dari belakang bab sukan. Ambo dah lupa, rasanya Fandi Ahmad (atau player liga kita yang lain) ada tulis kolum pasal WC86.

 

Ambo mula kenal Gary Lineker. Masa tu Lineker pakai baju jersi biru tertulis kat dada NEC. Ambo kenal Everton. Kiblat bolasepak kita masa tu (sampai skang pun) menghala ke arah Liga divisyen 1 Inggeris. Setiap minggu ada highlight perlawanan liga Inggeris. Lepas tu ada pulak ada citer Road to Wembley. Biasanya match final FA Inggeris dan Charity shield (sumbangsih ) ada siaran langsung. Era 80an menyaksikan Liverpool mendominasi bolasepak Inggeris dan Eropah dengan team pengacau seperti Everton, Spurs, Gunners, Villa, Forest n etc (jangan tanya pasal MU, usah sebut pasal Chelsea dan jangan sesekali ucap perkataan Manchester City ha ha ha)

 

Masuk world cup Mexico 1986, BH tambah halaman sukan dan semakin colorful. Semakin kenal Lineker dan watak2 lain seperti Maradona, Francescoli, Altobelli, Platini, Rumeninge n etc. Nampak pulak jersi  putih ada lencana 3 singa. Barulah ambo tahu itu jersi England rupanya. Dari situ ambo minat national team England

 

Apabila sembang dengan kawan2, ada yang sebut pasal Brasil. Team yang seronok untuk ditonton dengan kualiti dan skill individu yang hebat. Brasil masa WC86 tu boleh dikatakan antara pilihan utama nak memang WC86 sebelum tewas dengan France era Platini. So ambo kenal lak brasil dengan player utama Zico, doctor Socrates, Careca, Falcao n etc. Entah camana rasa minat lak dengan Brasil era Tele Santana walau tak pernah tengok live masa tv. Masa tu kat rumah kami takder TV. Kesemua info hanyalah dari suratkhabar fizikal. Sesekali hari minggu kami layan highlight kat tv rumah jiran.

 

 

Sepanjang pembacaan, ambo dapat kenal dan tahu perkataan dan istilah seperti juara bertahan, penjaring terbanyak, unggul n etc. Ambo masih ingat BH tulis tajuk besar JUARA BERTAHAN TERSINGKIR ketika Itali (juara wc82) ditewaskan France. Baru faham maksud istilah juara bertahan. Ada juga tajuk LINEKER TETAP UNGGUL apabila wc86 berakhir. Masa tu England tewas kepada Arg di suku akhir dengan Lineker dah score 6 gol. So peluang pemain lain nak pintas jaringan tu tinggi. Namun Maradona, Butragueno, Careca, Valdano n etc tetap gagal nak pintas jumlah jaringan Lineker. Barulah ambo faham maksud perkataan unggul tu

 

WC86 tu memang milik Maradona. Nampak seolah2 Maradona keseorangan bawa Argentina memenangi WC (ada jer Buruchaga, Valdano, Pumpido n etc). Antara player muda yang seronok ditonton masa ni ialah Enzo Scifo (Belgium), Micheal Laudrup (Denmark) dan emilio Butragueno (Spain). Sementara isu paling kontroversi pula ialah gol tangan Maradona masa tewaskan 3 singa kat suku akhir. Sampai sekarang isu tu masih panas dan menjadi bualan. Kat WC86 ni juga Maradona hasilkan gol solo dari tengah padang. Gol tu diiktiraf sebagai antara gol tercantik abad lepas oleh FIFA

 

Usai WC86, Lineker ke Barcelona Venables dari Everton. Player British macam Mark Hughes, Steve Archibald dah sedia ada kat sana. Barca masa tu bukanlah main tiki taka macam skang. Coach England, era dominasi eropah oleh Reds dgn Villa dan Forest sesekali mencelah, gameplay barca masa tu lain sangat. Mulalah era ambo minat Barca lak sampai la skang

 

Untuk WC2026 ni, gameplay Brasil kurang meyakinkan namun perjalanan baru jer mula. 3 Singa masih tak main lagi.

Tiada ulasan: