Sabtu, 25 September 2010

tentang buku teks BA tahun 2 & 3 2010 (3)

Dalam buku teks bahasa arab samada tahun 2 atau tahun 3, terdapat kemahiran-kemahiran bahasa yang diajar. Kemahiran tersebut ialah:

1) Kemahiran mendengar
2) Kemahiran bertutur
3) Kemahiran bercakap
4) Kemahiran menulis

Kemahiran Mendengar (maharat al-istima’)
Kemahiran mendengar diajar pada masa pertama bagi setiap unit buku teks bahasa arab tahun 2 dan 3. Kemahiran ini boleh dikatakan kemahiran yang terpenting. Melalui kemahiran ini, pelajar akan dapat mendengar dan memahami laras dan bahasa arab dalam pelbagai situasi. Kesemua perkataan di dalam kemahiran mendengar bagi tahun 2 dan 3 terdiri daripada kata nama.

Apa yang berbeza di antara tahun 2 dan 3 ialah dari segi jumlah perkataan. Sebagai contoh, buku teks bahasa arab tahun 2 unit 1 yang bertajuk anggota tubuh badan saya, terdapat 7 perkataan. Sementara bagi unit 4 yang bertajuk alatan sekolah ada 4 perkataan sahaja. Secara keseluruhannya bilangan perkataan yang terdapat di dalam kemahiran mendengar bagi tahun 2 tidak seimbang. Kadang-kadang 7 perkataan, kadang-kadang 4 atau 5 perkataan sahaja. Hal ini berbeza dengan buku teks bahasa arab tahun 3 bagi unit 1(kemahiran mendengar), bilangan perkataannya agak seimbang dengan 6 perkataan sahaja bagi setiap tajuk kecuali unit 3 yang mengandungi 10 perkataan dan unit 10 yang mengandungi 8 perkataan. Justeru itu, penulis dapati cara penyusunan kemahiran mendengar bagi tahun 3 lebih terancang dan sistematik daripada tahun 2.

Kemahiran Bercakap (maharat al-kalam)
Kemahiran bercakap diajar pada masa kedua pengajaran bahasa arab bagi setiap unit tahun 2 dan tahun 3. Kemahiran ini diajar selepas kemahiran mendengar. Melalui kemahiran ini, pelajar dapat bertutur dan menyampaikan maklumat dengan sebutan yang tepat, gaya dan laras bahasa yang baik, beradab dan dengan tatabahasa yang betul. Di dalam unit ini, kebiasaannya terdapat gabungan kata kerja dan kata nama untuk membentuk ayat mudah. Contohnya ayat saya membersih dahi dan saya menyapu muka.

Perbezaan besar di antara buku teks tahun 2 dan tahun 3 di dalam bahagian ini ialah dari segi jumlah perkataan terutamanya kata kerja, bentuk kata kerja dan jenis ayat. Perbezaan ini bolehlah dilihat di dalam jadual di bawah:

Bentuk Kata Kerja
Tahun 2
- Kata kerja yang digunakan terdiri daripada kata kerja yang thulathiy.

- kata kerja yang digunakan tidak banyak mengandungi tanda syaddah, huruf illah, secara mudahnya silibus di tahun 2 lebih senang berbanding di tahun 3


Tahun 3
- Terdapat kepelbagaian kata kerja seperti kata kerja:
1) Thulathiy:

2) Rubaiy:

3) Khumasiy:


- kata kerja yang digunakan juga mengandungi huruf illah dan tanda syaddah, secara mudahnya lebih sukar berbanding di tahun 2

Jenis Ayat
tahun 2
Ayat yang digunakan lebih mudah dan ringkas, mengandungi 2 perkataan seperti gabungan partikel dan kata nama

tahun 3
Ayat yang digunakan lebih kompleks berbanding tahun 2 dan mengandungi gabungan kata nama, kata kerja dan partikel.


Kemahiran Membaca (maharat al-Qiraat)
Kemahiran ini diajar pada masa ketiga sesi pengajaran bahasa arab sekolah rendah tahun 2 dan 3 bagi semua unit. Melalui kemahiran ini, murid-murid akan dapat membaca huruf, perkataan dan ayat pendek dengan betul. Pelajar akan membaca perkataan dan ayat pendek yang terdiri daripada gabungan kata nama, kata kerja dan partikel. Setiap ayat hanya mengandungi satu kata kerja, satu partikel dan satu atau dua kata nama. Penulis tidak dapati perbezaan yang besar di antara tahun 2 dan tahun 3 dalam kemahiran ini. Perbezaan hanyalah dari segi panjang pendek ayat yang dibaca. Untuk tahun 3, ayatnya lebih panjang berbanding tahun 2. Kebiasaannya ayat di tahun 2 merupakan gabungan satu kata kerja, satu partikel dan satu kata nama. Sementara di tahun 3, ia merupakan gabungan satu kata kerja, satu partikel dan satu atau dua kata nama.

Kemahiran Menulis (maharat al-kitabah)
Sepanjang semakan penulis terhadap isi kandungan buku teks bahasa arab bagi tahun 2 dan 3, penulis tidak dapati kemahiran menulis. Pada asalnya penulis menyangka bahawa kemahiran ini tidak diajar atau tidak disentuh langsung di dalam silibus bahasa arab tahun 2 dan 3. Walau bagaimanapun setelah semakan dibuat terhadap Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2 2010 dan buku latihan murid bagi bahasa arab tahun 2 dan 3 yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, penulis dapati kemahiran ini menjadi objektif umum bagi pengajaran bahasa arab dan ianya tidak disebut secara langsung di dalam 8 bahagian bagi setiap tajuk yang diajar. Hal ini berbeza dengan buku teks di tahap 2 seperti di tahun 5, kemahiran menulis dimasukkan secara khusus dalam objektif pelajaran.

Contohnya pengajaran bahasa arab tahun 2 bagi unit 1 yang bertajuk anggota tubuh badan saya. Di dalam unit ini, al-nizam al-soutiy diajar pada masa kelima pengajaran bahasa arab. Di antara objektif pengajaran ialah para pelajar dapat menyebut, membunyikan serta membezakan huruf ta’ dengan to’. Setelah berlaku proses pengajaran, para pelajar dikehendaki menyambung titik untuk membentuk huruf ta’ dan huruf to’ seterusnya menulis huruf tersebut di dalam buku aktiviti yang dibekalkan.

Begitu juga untuk tahun 3 bagi unit pertama di bawah tajuk tubuh badan saya. Di dalam unit ini, al-nizam al-soutiy dan tatabahasa diajar pada masa kelima dan keenam waktu pengajaran bahasa arab. Bagi al-nizam al-soutiy, di antara objektif pengajaran ialah pelajar dapat menyebut perkataan yang mengandungi alif lam syamsiyyah dan alif lam qamariyyah dengan betul. Di akhir pengajaran, pelajar dikehendaki mengkategorikan perkataan yang mengandungi alif lam syamsiyyah dan alif lam qamariyyah dengan cara menulisnya di dalam kolum yang telah disediakan dengan menggunakan buku aktiviti bahasa arab. Justeru itu, sangkaan awal penulis bahawa kemahiran menulis tidak menjadi asas utama dalam objektif pengajaran bahasa arab bagi tahun 2 dan 3 adalah salah. Kemahiran menulis menjadi objektif umum pengajaran bahasa melalui latihan menyambung titik, menulis huruf dan sebagainya pada akhir setiap sesi pengajaran.

RUJUKAN
Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaluddin Yahya (2008). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thaniy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaluddin Yahya (2008). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thaniy Buku Panduan Guru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Muhammad Hashim, Iqbal Zahin Muhammad (2009). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thalith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Muhammad Hashim, Iqbal Zahin Muhammad (2009). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thalith Buku Panduan Guru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohd Sukki Othman, Zawadi Che Seman, Zawawi Ismail (2010). Bahasa Arab Komunikasi. Selangor: Open University Malaysia

http://spikel.bpi.edu.my (laman web rasmi Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan. 6 Julai 2010)

Temubual bersama Guru Bahasa Arab j-QAF Sekolah Kebangsaan Lata Rek, 3 Julai 2010

* artikel ini merupakan assingment untuk seorang ustazah yang sambung blaja, sajer taruk sini sebagai khazanah, maybe ada manfaat untuk orang lain. ada banyak format yang bila taruk sini tak menjadi

Tiada ulasan: