Rabu, 6 Oktober 2010

SBDJ tamar jalis.......dalam kenangan

dengan namaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

first time aku kenal dengan tamar jalis, dalam tahun 1992. masa tu aku nak ke sarawak bersama keluarga ke rumah abang aku yang kedua yang jadi cikgu kat sana. belum tu, kami sekeluarga singgah di rumah abangku yang sulung di KL. aku terjumpa sebuah buku kecil, dalam 200 mukasurah bertajuk ibu santau, ditulis oleh tamar jalis. aku ingat lagi tentang watak damba, mahyudin, manusia harimau dan sebagainya. sejak saat itu, aku kenal, baca dan minat cerita tamar jalis. aku cari buku2 tamar jalis dengan kawan2 aku, aku baca dan khatamkan. kemudiannya, aku kenal lak dengan tok awang ngah dengan perubatan cara tidurnya. bagi aku kalau bab buku2 hantu atau jin setan ni, hanya tamar jalis dan tok awang ngah jer yang aku berminat nak baca. kalau yang lain tu agak kureng skitt.

tengah2 aku surfing tenet baru ni, aku terjumpa web tamarjalis.blogspot.com...kat situ banyak cerita2 lama yang pernah aku baca dulu, ada gak yang aku tak sempat nak baca or habiskan dulu, dapatla aku baca dan habiskan. rasa seronok, dan pastinya kenangan bersama tamar jalis semasa zaman remajaku dulu sempat aku rewind balik.

bila aku baca sekarang, dalam keadaan umurku dah masuk awal 30an, aku melihat cerita tu dari sudut lain. kalau dulu aku sekadar menghayati citernya secara bersahaja. kadang2 aku tanya gak pasal petua2 yang ada kat dalam tu pada orang2 tua. tak pun aku bercerita balik di depan kekawan aku pasal tamar jalis (datuk) lawan dengan jin. sekarang aku melihat tamar jalis dan datuknya dari sudut lain. maybe kerana faktor umurku dah semakin meningkat, aku melihat dan menghayati cerita tu untuk aku amik iktibar daripada cerita tu khasnya pada ibadat dan kehidupan datuk yang cukup bersederhana, suka tolong orang, rajin membaca quran, kurang tidur kerana beramal dan sebagainya. kalau nak banding dengan aku ni yang konon2nya ada lisans syariah islam rasanya jauh sangat aku dengan watak datuk tu.

dalam citer tu, datuk rajin baca quran. kekadang2 spjg malam dia baca quran. aku ni nak habiskan satu muka surat quran setiap lepas solat tak menjadi. datuk tu asyik bangun malam dan mendirikan malam dengan solat, aku ni ntahapapapapapaentah. datuk tu suka tolong orang, ikhlas lak tu, tak nak amik balasan dan ganjaran. aku ni entahapaapapapapapaentahla. kekadang bila aku baca citer tu, pasal datuk dan tamar jalis lawan makhluk Allah yang jahat, yang berdamping dengan setan dan sebagainya, aku rasa agak bermotivasi nak buat apa yang datuk buat dari segi baca quran, rajin solat malam, ikhlas tolong orang dan sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.- Riwayat Muslim


aku sedar bahawa apa yang kita blajar selama ni, kalau tak disertakan dengan amal ibadat yang ikhlas kerana Allah SWT, semuanya tak berguna walaupun aku ada lisans, majister hatta dukturah (belum lg) sekali pun. semoga aku tergolong dalam kalangan orang2 yang sentiasa mendapat hidayah dan kerahmatan dariNYA

Tiada ulasan: