Kalau kita meneliti dan menelusuri amalan ulama2 masa nak sambut Ramadan, kita akan dapati bahawa antara perkara yang banyak mereka lakukan ialah berdoa. Perbuatan ini sebenarnya mempunyai sandarannya daripada Nabi SAW ketika mana menyambut Ramadan. Walau pun sesetengah Hadis tersebut ada perbahasan tentang sahih atau daif, namun boleh jer kita nak amalkan berdasarkan keumuman berdoa (dengan syarat2 tertentu).
Antaranya ialah doa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Nabi SAW berdoa apabila masuknya bulan Rajab
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَان
(Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadan). Doa ni agak glamer. Biasanya bila masuk bulan Syaaban lagi, imam dan khatib di sesetengah masjid dah mula baca doa ni.
Selain itu, diriwayatkan bahawa para ulama berdoa supaya Ramadan mereka diisi dengan pelbagai amalan soleh. Antara doa mereka ialah
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
(Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu). Ada ulama yang mendaifkan sumber hadis ni namun memandangkan ianya dalam bab berdoa, boleh jer nak baca dan amalkan doa ni
Kita berdoa moga kita dapat berjumpa Ramadan. Bukan setakat jumpa bahkan dapat beramal dengan semaksimum kita mampu. Kalau setakat berjumpa Ramadan, namun masih cam biasa, tok rok ccetong jugak.
Berdasarkan nas, ulama menyebut bahawa setiap amalan kebaikan yang kita buat, Allah akan gandakan dengan 10 kebajikan. Itulah gandaan minimum untuk setiap amalan kebajikan. Namun gandaan pahala untuk ibadah puasa boleh bertambah berkali-kali ganda. Besar dan hebatnya ganjaran serta ibadah puasa.
Kalau solat, orang nampak kita buat. Kalau ibadah haji, kita sukar nak sembunyikan amalan haji. Semua orang tahu kita akan ke Mekah. Bahkan sesetengah pejabat mungkin akan buat majlis ttemu mata meraikan bakal haji yang nak berangkat ke Mekah. Begitu juga zakat pada masa sekarang, apabila kita bayar zakat kita akan dapat resit. Boleh claim LHDN lagi.
Berbeza dengan ibadah puasa, boleh je kita berpura-pura letih. Buat muka seposen, namun apabila ke tandas atau berada di tempat sunyi, kita mungkin berbuka. Namun orang yang beriman, walau pun keseorangan, tetap meneruskan puasanya kerana iman kepada Allah. Sementara orang yang malas berpuasa, ada je helah untuk berbuka. Maybe itulah sebabnya ganjaran puasa ni cukup besar hingga berganda-ganda
Ambo teringat kisah seorang kawan. Citernya pada masa masih jahil apabila masuk jer Ramadan, beliau bersama seorang lagi kawan akan beli nasi bungkus dan memandu di jalanraya. Seorang akan memandu dan beliau akan makan di tempat duduk belakang. Malas nak puasa. Kemudian mereka akan tukar shift. Beliau pula memandu dan rakannya akan makan di tempat duduk belakang. Katanya lagi, nasib baik sepanjang dok buat benda tu, tak pernah lagi eksiden. Bayangkan kalau dalam keadaan tak puasa, tetiba eksiden dan mati dalam keadaan sebegitu.
Ustaz kami pernah bercerita tentang gembala lembu yang tetiba prihatin apabila masuk Ramadan. Selama ni lembu belaannya di bukit kering tanpa air. Apabila diberitahu lembunya lapar atau dahaga, dijawabnya binatang tu hidup, pandai pandailah cari sendiri rumput dan air. Namun apabila masuk Ramadan, tetiba menjadi gembala lembu yang terpaling perihatin. Setiap 2 3 jam akan masuk ke bukit melihat lembu belaanya. Tetiba jadi terpaling cakna pada haiwan belaannya. Rupanya dok makan nasi bungkus di bukit tempat kawanan lembunya.
Sama samalah kita berdoa moga Allah menuntun kita, memberikan taufiq hidayahNYA kepada kita untuk menghadapi Ramadan ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan