Isnin, 16 Februari 2026

Repost: Kenangan Kaherah (15)

 KAHERAH DALAM KENANGAN (15)

AIDILFITRI 1997

Kami menyambut aidilftiri dalam musim sejuk. Dengan berseluar 2 3 lapis dan berbaju sejuk tebal serta bertarbus ambo menunaikan solat sunat aidilfitri di perkarangan Masjid al-Libiy. Solat sunat aidilfitri kat sini dilaksanakan apabila masuk jer waktu boleh solat, lebih kurang 5 atau 10 minit selepas waktu berkenaan, solat terus didirikan di area lapang. Kawasan solat tu agak berpasir. So staf masjid dah siap hamparkan sejadah tebal kat atas pasir tu. Kami solat kat situ sambil mendengar khutbah aidilfitri. Ada juga pelajar kita yang siap berbaju melayu dan bersamping, siap dengan baju tebal kat luar.

 

Takbir raya kat sini dialunkan dengan penuh semangat. Takder la mendayu2 macam P Ramlee tu. Rasa semangat jer. Kita raikan kemenangan kita melawan nafsu dengan berpuasa di bulan Ramadan ni. Cukup berbeza dengan alunan takbir raya kat msia. Tak rasa sedih langsung.

 

Masa tu baru ambo perasan ramai rupanya penduduk di area sini (area Imarah kami). Boleh dikatakan golongan lelaki, wanita termasuk kanak-kanak memenuhi ruangan solat berkenaan. Masa ni la anak2 dara arab semua keluar bersolat kat belakang. Kami nak berpaling tak berani, kot kena marah berpaling belakang takder sebab. Arab ni ada benda yang mereka cukup sensitif.

 

Persatuan pelajar (PMRAM) biasanya akan buat solat sunat aidilfitri khas untuk pelajar malaysia kat Masjid Musa yang berjarak rasanya 500 meter jer dengan Masjid libiy. Memula penduduk tempatan yang solat aidilfitri. Habis jer mereka solat, giliran kita lak solat dengan imam dan takbir ala2 malaysia. Seingat ambo, Presiden PMRAM sendiri yang akan menyampaikan khutbah raya.

 

Selesai solat raya, kami balik rumah dan makan dulu apa yang ada. Then barulah jalan2 ke rumah kawan2 kat sini terutama yang dah kahwin. Biasanya golongan madam (gelaran bagi student sini yang dah kahwin) menjadi tumpuan kami. Ada kuih muih ala Malaysia. Ada pulut, rendang, nasi dan macam2. Kalau golongan madam yang ada pinjaman atau biasiswa tu, masa nilah kami dapat makan sate atau nasi minyak, kira tahap bangsawan skit.

 

Geng bujang cam kami ni, makan biskut arab atau roti arab yang kami beli jer. Kami makan bersama keju, torsyi atau lensyun. Ada juga yang rajin buat sendiri, tapi orang laki ni biasalah, cekodok, cek mek, sardine gulung, kira ok dah tu. Kiranya kuih yang selalu ada, masa raya pun ada juga. So takderlah yang pelik sangat. Kuih tu dipanggil kuih raya kerana dimakan pada waktu hari raya. Waktu lain pun dah selalu makan, jumpa sokmo. Ha ha ha

 

Memula tu rasa sedih juga, beraya dengan kedaan yang memang tak sama dengan suasana di Malaysia. Lama kelamaan benda tu dah jadi biasa. Jadi tak kisah. Hadap je apa yang ada. Kebiasaan itu menjadikan ambo mula tak kisah, mula menjauhkan diri  daripada kilauan lampu neon yang menyilaukan mata. Apa taknya, ijazah dan transkrip pun kami amik melalui cermin nako, apalah sangat dengan majlis lain kan. (ada yang gelar Sindrom Pasca Kaherah). Khabarnya ramai geng senior Kaherah bila balik Malaysia mula serabut apabila berada di tempat sesak dan ramai orang.

 

Ada juga yang jalan2 ke rumah arab, beraya bersama tuan rumah. Ada juga yang bertukar juadah raya kami dengan tuan rumah arab. Yang pastinya, sepanjang 2 tahun ambo beraya di Nasr City, takder lak bunyi meriah mercun macam beraya kat msia.

 

Pihak persatuan juga akan buat majlis hari raya, ada juga majlis anjuran Jabatan Penuntut Malaysia bersama kedutaan. Masa nilah kami dapat berkumpul bersama, jalinkan silaturrahim bersama sahabat terutama yang datang dari muhafazah. Sambil berjumpa, dapat makan percuma. Ha ha ha

 

Bila tengok tv, ada siaran langsung solat aidilfitri presiden mesir, Muhammad husni Mubarak. Ambo tak ingat masjid mana dia selalu solat tapi masjid tu penuh dengan anggota tentera. Rasanya Masjid dalam kem atau masjid khas sebab Nampak kesemua ahli Jemaah berpakaian tentera. Yang pasti bukan masjid yang besar seperti Masjid Amru, al-Azhar atau Husayn. Kadang tu siaran tertunda, kami tengok juga. Dapat dengar khutbah takper dah.

           

Masa cuti hari raya atau cuti umum, arab suka melawat ke Hadiqah Dawliy (taman negara) kat Nasr City. Apabila disebut taman negara, kita akan terbayang taman negara yang penuh bukit menghijau, sungai jernih dengan ikan yang berenang seperti Endau-Mersing atau Tahan. Ada bunga macam pakma yang jarang ditemui n etc.

 

Taman negara kat sini ialah taman luas dengan rumput yang menghijau. Ada beberapa bahagian dibina mewakili tempat2 tertentu seperti zon Asia timur, ada mini replica yang mewakili bangunan atau binaan dari China, Jepun n Korea. Ada bahagian Eropah dengan mini replica negara eropah n etc

 

Bagi kami, Taman negara mesir biasa jer. Ala-ala taman bunga jer. Kawasan lapang dan luas yang menghijau dengan rumput yang dijaga rapi dan pastinya berbayar. Siap ada kaunter tiket. Ada juga alat2 permainan kawasan tu. Tak pastilah skang camana. Bagi kita yang dah biasa tengok rumput menghijau, area sebegitu terlalu biasa bagi kita. Tapi bagi arab, cukup menarik. Mereka akan memenuhi seluruh taman bersama keluarga. Kadang tu siap bawa pemain kaset atas bahu sambil pasang lagu2 arab. Bahagia dengan cara mereka

 

Tiada ulasan: