DENGAN NAMANYA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Ari ni, aku tak nak citer pasal berat-berat. Aku tak nak citer pasal tesis, kajian ilmiah n apa apa ntah yang kepala aku pun pening nak wat draf n pk urutan isi satu persatu. Ari ni aku nak tulis apa kebenda yang aku rasa nak tulis. N sempena hari guru yang bakal tiba (16 mei ni, sabtu ni) aku rasa nak citer pasal guru-guru aku yang paling aku ingati sampai bila-bila.
Aku ingat masa kat sek rendah dahulu ada seorang guru aku yang aku paling ingat. Nama dia raja zakaria raja ali. Dia baru jer kuar maktab terus ngajar kat srksyp n aku ni generasi anak murid sulung dia. Masa tu tahun 1984. Really dengan dialah aku blaja tulis n baca, kira tolak campur darab. Masa dengan dia kuat jugak laa aku kena ketuk kepala, denda ntah apa apa lagi. Zaman bebudak aku memang majnun khinzir skit, asyik bergaduh jer. Tambahan lak dengan bebudak skkk kat tepi sekolah aku tu.tapi kami gaduh dalam geng la,takder la solo-solo. Tapi satu jer aku respect cikgu aku masa tu, dia tak pernah cakap sumpah seranah dengan anak-anak murid dia. Dia selalu cakap, kalau saya sumpah kamu, kamu akan merana selama-lamanya. Kalau saya rotan kamu, kamu sakit hari tu jer, buang setan. 3 tahun cikgu raja pegang kelas aku dari darjah 1 sampai darjah 3. Mmg dia masak betul perangai aku. Dia pernah cakap ko ni akan dapat number satu peksa sebab ko banyak maklumat, darjah satu dah baca paper. Mmg darjah satu aku dah tau siapa Lydia de vega, talal Mansur n gary lineker, Barcelona. Diala yang rekomenkan aku jadi pengawas sekolah masa darjah 4. Masa aku nak ke mesir tahun 1997, dia nak bagi duit rm10 kat aku, aku tolak n minta dia halalkan segala ilmu dia kat aku, halalkan segala salah silap aku. Balik jer tahun 2002 aku cari dia, tapi tak jumpa. At last, aku dapat tau dari bini aku, cikgu raja dah meninggal dalam tahun 2000, sakit jantung.
Masa aku kat sek menengah lak, aku terkenangkan seorang ustaz. Ramli hamat namanya. Asal selatan siam. Banyak memondok di selatan thai n lepasan al-azhar. Dia ni di antara cikgu-cikgu sekolah YIK yang ada diploma pendidikan ain syams, cairo. Mmg dia ngajar x ngantuk punya. Tambah lah dengan citer-citer dia yang sekarang ni aku pulak citer kat anak murid aku. Dia juga byk memotivasi murid-murid. Pernah satu ketika, pelajar pompuan repot kat mudir ust ramli ni tak ngaja, sukatan byk x habis, biasa la bebudak pompuan. Gabra jer nak imtihan. Tapi kuar jer result, graf tak pernah turun bahkan asyik naik jer. Satu lagi aku leh puji ustaz ramli, Tanya jer dia apa jenis ilmu agama n bahasa arab, kat mana sekali pun, tepi gelanggang volleyball, kantin, kat taman ker atau kat mana ker dia akan layan kita macam dalam kelas. Dia mengajar bagaimana kami harus belajar, bukan mengajar just nak exam. Anyway masa aku balik mesir, aku ada gak cari dia tapi x jumpa. Dgr kabar dia dah ke seberang Thailand. Balik ke kg halamannya…
Masa aku kat al-azhar pulak, aku terkenangkan dr atiyyah sayyid Fayyad. Kuliah dia macam ceramah, tambah lak dengan ayat fusha. Mmg power fusha dia. Aku yg tahun 1 leh faham dia ceramah. Jam 9 kuliah dia, biasanya 9.05 dia masuk kelas n pintu ditutup. Jam 930 pintu dibuka untuk bagi peluang student datang lewat masuk kelas. Masa tu dewan dah jadi macam sardine dah. Kalu lewat jer kelas dia, kena bawa paper al-ahram buat alas tempat duduk. Macam ceramah mat sabu jer kuliah dia. Satu lagi ialah dr taha rayyan yang ngaja aku ahkam al-sultaniyyah al-mawardiy. Orangnya tua.Suara perlahan n zuhud sangat. Ada sekali tu kan, masa habis kuliah aku intai dia wat apa. Terkejut aku. Habis jer kelas dia dok semayang sunat, lama lak tu semayang sunat. Maybe dia tasmik quran masa solat. Pastu lak dia berzikir n mmg tak sembang kosong. Aku tak berani sangat nak tentang mata dia, biasa la kan. Mata orang alim. Apa pun, aku tinggalkan cairo dalam keadaan kecemasan. Hari ni aku terima emel ayah sakit. Lusa jer aku balik sehelai sepinggang. Aku tak dgr berita lagi ttg guru-guru aku kat al-azhar.
Masa aku dok bangi, aku cukup kagum dengan ustaz ismail Mahmud n ustaz hailani muji tahir. Ustaz ismail(ust wil) tu lepasan azhar. Masa aku ngaji di azhar, orang dok sebut lagi nama dia dengan gelaran ustaz wil tok wali. Aku tanya kenapa panggil macam tu, orang cakap masa dia dok kat mesit, dia hanya kenal jalan ke tempat kuliah, jalan ke masjid n jalan balik umah dia. Pernah sekali dia ngajar, dia citer pasal nabi khidr. Hari tu dia kat mesir belajar tariqat kat masjid di darrasah. Ada bebudak Tanya tok guru tarikat, nabi khidr ni ada lagi ker tak, masa dok belajar, tetiba je ada seorang lelaki hadir ke kuliah dan memberi salam. Selesai bersalam, lelaki tu terus pergi. So tok guru Tanya kalian kenal tak sapa lelaki tu, anak murid jawab tak kenal lalu tok guru memperkenalkan lelaki tu ialah nabi khaidir. Hanya Allah yang tahu. Kekadang bila aku teringat, atau aku ada pa pa soalan pasal fiqh, tafsir atau apa apa yang aku tak faham, aku akan call dia. Kekadang bukan pe pun, tapi nak dgr sore dia, nak tau perkembangan dia, supaya hbgn aku dgn dia x putus. Tentang ust hailani ni dia pakar ekonomi islam, orang kuat abim. Rumah dia kat sungai ramal dalam. Dia memang genius bab ekonomi. Ada ada jer idea n projek samada work paper atau apa apa pasal ekonomi islam. Tapi skang ni aku lost contact. Dia tukar no hp. Tak tau la camana dia skang. Arap2 sihat jer
Satu lagi cikgu aku ialah masa aku mula kerja. Yang ni pompuan. Konpem pompuan. Namanya ustazah norm*zita M*nsur. Kami panggil dia kakta je. Dia jadi guru pembimbing aku selama setahun setengah. Dalam byk2 cikgu aku, dia jer yang masih ada, yang masih sempat aku perhatikan budaya kerja dier, cara berfikir dier, camana nak manage pressure, n life dier. Masa memula aku datang tanah LR, aku mmg bmbg jugak pasal gpi n j-q*f. Khasnya pasal guru pembimbing. Susah nak ngam la, macam2 org ckp kat mktb dulu. Tapi sejak aku dtg sini, ok jer. X tau la bila satu hari nanti akak ni akan tinggalkan LR, ketenangan itu tetap akan kekal atau pun tak. Really masa first year j-q*f kat sek, aku tak faham ap2a pun. Dia la yang banyak idupkan jq*f sekolah, susun jadual, wat kem bestari sol*t bahkan sepanjang tahun tu, yang paling aku kagum giler dia jer yang ngajar. Dier buleh sabar. Aku dengan sorang lagi cikgu baru ni dok tawaf kelas jer. Ada la skit2 kami tambah. Tapi mmg aku masuk kelas dgn kepala kosong jer. Kalau orang lain jadi guru pembimbing rasanya dah lama hangin. Kat sek isteri aku sekarang pun aku dgr mcm2 cerita. Kat j-Q*f.net tu pun mcm2 citer antara Gpi n jq*f. Masa aku praktikum pun dia la yang byk susah kerana aku. Byk letih kerana aku. Aku ni jenis kalu orang wat baik, aku malu. Bila aku hormat orang, aku akan hormat bila2. Bila aku respect orang, aku respect bila2, tapi masalhnya kan bila aku marah, susah skit nak padam. Tu pasal bila aku marah, aku kena berundur drpd org, nanti x pasal2 marahkan nyamuk bakar kelambu. Kalau masa aku lesen L dia buleh sabar, maknanya bila aku dapat lesen penuh ni aku kena sabar 2 x ganda dgn dia. Arap2 gitulaa
Orang-orang macam ni, aku akan kenang sampai bila-bila. Orang yang banyak letih n susah kerana aku. Paling terharu, letih n susah kerana aku, tapi x pernah telinga aku dengar keluhan n cemuhan mereka pada aku. Ada yang sesetengahnya dah meninggal, ada yang lost contact, dan ada yang masih berada di depan aku. Orang macam ni(banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat nak tulis kesemua) kalau aku bgn tgh malam sambil tgk bola, atau aku bgn mlm bila hati aku rusuh sangat, atau paling koman pun masa aku solat dhuha kat sekolah, aku akan doakan kerahmatan dan keampunan untuk mereka semua. Hanya itu jer yang mampu aku buat. Kalau hanya nak belanje teh tarik sahaja, teh tarik akan ilang gitu jer. Kalau aku adiahkan apa pun benda atas muka bumi ni sahaja tanpa disertai doa, benda tu akan ilang, dah sifat benda mmg camtu. Ada syair arab sebut, sayangilah apa sahaja yang kamu nak, tapi ingat kamu akan tinggalkan semua tu bila tiba masanya. Apa yang mampu aku buat, aku iringkan mereka semua dalam doa aku, selain doa untuk ibu bapa, anak isteri n keluarga aku(itu dah konpim dah). Apa pun, sempena hari guru esok, aku nak ucapkan selamat hari guru. Aku nak jejalan ke bumi rahmaniah. Nak cium tgn guru2 aku yang masih bernafas. Kalau syp tu dah takder orang dah. Ada sorang jer, tu pun selalu jer jumpa. Sementara mereka masih ada, aku akan cuba mengenang, menghargai dan mendoakan mereka semua. Semoga apa yang aku buat, apa yang aku taipkan, apa yang aku tulis, apa yang terlintas di fikiranku untuk memuliakan guru aku, semoga semuanya membawa aku kepada kerendahan. Kerendahan yang membawa aku kepada sujud. Sujud yang membawa aku ke dakapan rahmatNya. Semoga Allah membalas kebaikan dan memberi ganjaran kepada mereka semua. Semoga letih n penat lelah mereka kerana aku, sabar n gigih mereka kerana aku, akan di claim balik olehNYA di akhirat nanti. Buat semua j-qaffers…..selamat hari guru. Buat semua guruku, terima kasih cikgu….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan