Jumaat, 5 Februari 2010

hamka..tafsir al-azhar


Minggu ni aku dok baca tafsir al-azhar karangan buya hamka. Aku dok baca juzuk ke 24 surah al-zumar. Really surah ni masa SMU dulu aku kena hafaz. sayangnya aku tak jaga dan tak pedulikannya. Sekarang aku pun bimbang pasal ayat-ayat al-quran yang aku hafal. Masa kat mesir aku kena hafal 8 juzuk(skema peperiksaan) skang ni banyak yang lupa. Apa pun aku sentiasa membacanya dan masih berusaha untuk gali balik apa yang terkambus. Kekadang aku dok hafal juzuk 10, juzuk 8 pula x ingat, kekadang aku dok perangat juzuk 6, juzuk 5 pula lupa. Camtulah. Memang al-quran ni cahaya dari Allah. Dia x akan duduk dalam dada orang yang byk maksiat macam aku ni. Apa pun, aku akan berusaha dan memohon padaNYA supaya dipermudahkan. Dalam tafsir yang aku baca, ada suatu cerita menarik tentang diri pengarang sendiri (hamka). Cerita ni dia sebut masa menafsirkan ayat ke 36 (kalau x silap)

Ada orang datang meminta doa daripada hamka, meminta diajarkan doa-doa untuk menangkis bahaya musuh. Bahaya syaitan sehinggalah musu-musuh yang lain. Namun kata hamka memanglah ada doa yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat namun doa itu tidak bererti kalau jiwa sendiri tidak tunduk terlebih dahulu kepada Allah SWT. Kalau jiwa telah bertaqwa kepada Allah SWT, sembahyangnya terjaga, ibadat dan semuanya telah dihayati, semua tu dah cukup walaupun kekadang doanya belum dihafal.

Pada suatu malam, inspektor polis yang selama ini memeriksa, menyoal jawab hamka dan memaksanya mengaku bersalah di atas tuduhan bersubahat, terlibat dengan gerakan menjatuhkan presiden sukarno masuk ke bilik soal jawab dengan membawa bungkusan. Sangkaan hamka di dalam bungkusan itu ialah tape recorder yang akan merakam segala pengakuan hamka. Inspektor berkenaan masuk dengan muka yang garang, bengis seperti biasa. Bila saja bertentang mata dengan hamka, kemarahan dan begarangan polis tersebut mulai reda. Inspektor tersebut hanya bertanyakan soal makan minum sepanjang dalam tahanan, ibadat sembahyang, sudah makan malamkah atau belum, kemudian inspektor tersebut menagmbil bungkusannya dan terus keluar.

Sejurus kemudian, seorang polis muda yang selama ini ditugaskan menjaga hamka dalam tahanan masuk. Setelah menoleh ke kiri dan kanan, polis muda tersebut bersalam dan memeluk hamka sambil menangis. Dia mengatakan bahawa bungkusan yang dibawa inspektor itu adalah alat seksaan. Biasanya kalau isnpektor tersebut masuk ke bilik soal jawab dengan alat tersebut, alat tersebut boleh membuatkan tahanan pengsan dan kalau kuat sangat, boleh mati.

Beberapa hari kemudiannya inspektor polis tersebut datang lagi berjumpa hamka selepas asar, dia tidak membawa apa2. dia bertanyakan soalan adakah buya hamka ada membaca apa-apa doa atau bacaan tertentu ketika hendak diperiksa atau ditanya. Hamka menjawab bahawa dia akan selalu berdoa kalau ada kesempatan. Waktu bangun tidur, waktu pagi, petang, ketika hendak tidur, hendak makan, semuanya beliau akan berdoa. Kemudian inspektor tersebut bertanya lagi, pada malam lepas ketika dia hendak menyoal hamka, apakah doa yang beliau baca. Lalu hamka menjawab beliau membaca doa ketika hendak tidur. Lalu inspektor tersebut meminta hamka menulis doa tersebut dan mengajarkan kepadanya. Oleh kerana inspketor tersebut tidak tahu arab dan jawi, hamka menulisnya dengan huruf a,b,c . setelah selesai menulis doa, inspektor tersebut ingin beredar lantas hamka bertanya apakah kamu solat 5 waktu. Jawab inspektor itu selama ini dia tidak bersolat. Kata hamka, doa ini adalah ajaran nabi Muhammad SAW, baginda sendiri membaca dan baginda tidak pernah meninggalkan solat walau pun baginda seorang nabi dan rasul. Doa ini tidak akan memberi kesan kalau saudara tidak bersolat terlebih dahulu. Inspektor itu berjanji dia akan belajar solat dan mengerjakannya secara istiqamah

Beberapa hari kemudian, datang pula inspektor lain meminta diajarkan doa-doa. Hamka tetap mengajar mereka berdoa sambil memesan bahawa semuanya itu tidak akan berhasil tanpa taqwa kepada Allah SWT, mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Tiada ulasan: