Jumaat, 9 Julai 2010

puja pantai...(103:5)


Allah tidak sekali-kali mensyariatkan bahirah, tidak juga saaibah, tidak juga wasilah, dan tidak juga haam. akan tetapi orang2 kafir itu sentiasa mengadakan2 perkara dusta terhadap Allah SWT, dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya.
(ayat 103 surah al-maaidah,103:5)

bahirah: unta betina yang telah beranak 5 kali (ada riwayat 10 kali)dan pada kali kelima itu ia melahirkan anak jantan, maka unta tersebut dibelah telinganya dan dilepaskan bebas tidak boleh diganggu. tidak boleh disembelih. perbuatan ini merupakan adat kebiasaan orang arab jahiliyyah pada masa dahulu.

saaibah: unta betina yang dibiarkan lepas bebas kerana menjadi nazar untuk berhala mereka. unta ini tidak boleh ditunggangi, tidak boleh mengangkut barangan, tidak boleh dicukur bulunya. unta ini sudah menjadi milik berhala mereka

wasiilah: kambing betina yang beranak kembar dua anak betina berturut2 sebanyak 6 kali, dan pada kali ketujuh ia beranak kembar dua, jantan dan betina, maka anak yang betina itu dinamakan wasiilah lalu dibiarkan tidak diganggu, manakala kambing jantan yang seperut dengannya tidak disembelih untuk berhala mereka

haam: unta jantan yang telah membuntingkan unta betina sebanyak 10 kali, ia dibiarkan lepas bebas dan tidak diganggu

ayat al-quran di atas mengingatkan kita bahawa nama2 dan peraturan2 itu merupakan peraturan yang dibuat oleh orang2 jahiliah, bukannya peraturan yang datang dari Allah SWT. segala perbuatan yang ada itu hanyalah rekaan mereka atas nama Allah sebagai upacara ketentuan agama, dengan jalan dusta, sebab mereka hendak menghormati berhala yang mereka sekutukan dengan Allah. segala perbuatan dan peraturan yang mereka buat itu bukanlah merupakan wahyu dari Allah dan bukanlah dengan akal fikiran yang sihat, melainkan kerana khayal, adat turun-temurun. mereka tidak memeriksa dari mana upacara itu timbul, bagaimana ianya boleh berlaku, siapa yang menyuruh supaya unta, kambing itu tidak diganggu sembelih. apakah ianya dari wahyu? dari Allah? atau daripada amalan pusaka nenek moyang mereka?

kata hamka, inilah ayat yang berguna untuk semua zaman, bukan untuk masyarakat jahiliah itu sahaja. ayat ini mengingatkan kita bahawa di dalam memegang suatu peraturan agama, kita tidak boleh hanya sekadar mengikut dan menerima bulat2 apa yang disampaikan oleh guru atau nenek moyang kita. katanya lagi,segala upacara yang bukan berasal dari petunjuk Allah SWT, yang hanya diterima sebagai pusaka, lalu dipertahankan mati-matian, termasuklah dalam golongan adat jahiliah. jahiliah bukanlah semata2 zaman sebelum nabi Muhammad SAW diutus menjadi rasul, tetapi segala penyelewengan dari garis agama yang benar, lalu dikatakan itu adalah agama, termasuklah dalam jahiliah.

apa yang menarik perhatianku ialah bila hamka menyebut bahawa terdapat juga jahiliah di negeri kita yang menyerupai bahirah, wasiilah, saaibah dan haam. beliau menyebut bahawa di persisiran pantai kelantan dan terengganu di semenanjung tanah melayu, di utara pula jawa, ada suatu upacara yang disebut puja laut(kami di sini memanggilnya puja pantai). upacara tersebut dilakukan dengan cara menyembelih kerbau, lalu kepala kerbau itu dihanyutkan ke lautan untuk sajian penunggu laut. kalau tidak dibuat amalan demikian, jin atau penunggu laut akan meminta korban manusia yang menyebabkan akan ada budak lemas, hilang dan sebagainya masa mandi dan bermain di pantai.

aku teringat bahawa arwah ayahku pernah bercerita, masa dia muda2 dulu, masa tu dia baru ditugaskan(baru posting) ke sebuah kampung di kawasan bachok. kawasan tepi pantai. masyarakat di situ bergantung hidup dengan laut. rata-rata adalah nelayan. masa dia bertugas di situ dia pernah melihat upacara puja pantai. orang kampung akan carikan kerbau atau lembu untuk disembelih dan diletakkan di atas rakit lalu dihanyutkan ke laut. kerbau atau lembu yang dipilih tu bukan calang2 lembu atau kerbau, ada sifat2 dan kriteria tertentu. kemudian masa nak peranyutkan ke laut tu ada la upacara doa2 tertentu. bila dihanyutkan ke laut, kena ada sekumpulan orang tunggu kalau2 kerbau atau lembu tu balik semula ke pantai. maknanya korban tu tak diterima. sebaliknya jika korban tu tak balik ke pantai, maknanya korban tu diterima oleh penunggu atau hantu laut. tujuannya ialah supaya hasil tangkapan laut pada musim tu akan bertambah. selain itu, korban ni dilakukan di pantai2 yang makan orang. apabila sering terjadi kejadian budak lemas, hilang atau mati hanyut di pantai/laut itu tandanya laut tu nakkan korban. justeru itu, orang2 kampung di persisiran pantai berkenaan akan melakukan pesta puja laut. inilah amalan yang pernah berlaku di bachok sekita tahun 50an dulu.

sempat aku tanya kekawan aku pasal puja pantai ni, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. ada seorang member dari area bachok memberitahu bahawa pesta ni mmg wujud pada masa dia kecik2 dulu(skang dia dah 40 tahun). pada masa tu ada upacara pertabalan sultan baru, so masyarakat akan mengadakan pesta air. banyak acara dan program dalam pesta tu. antaranya ialah puja pantai. dia pernah dengar pasal sembelih n korban ni. pada masa sekarang, walaupun acara pesta air tetap ada, namun upacara sembelihan dan korban ni dah takder. masyarakat dah sedar. aku juga sempat tanya kakak angkatku(orang besut), dia tak pernah dengar pasal kejadian ni di sekitar besut. tapi kalau di sekitar setiu masa dulu2 maybe ada. apa yang boleh aku buat kesimpulan bahawa pesta puja laut dengan upacara korban ni pernah wujud di sekitar pantai kelantan n terengganu...suatu masa dulu.

*tentang pesta puja laut, sila ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Puja_Pantai dan
http://lokanbertepuk.com/puja-pantai/
* tafsir pimpinan rahman
* hamka, tafsir al-azhar
* ibn kathir, tafsir al-quran al-azim
*gambar: pantai air tawar, besut, terenggau

Tiada ulasan: