sunat azan
1) menghadap kiblat. inilah cara yang kita terima daripada ulama salaf dan khalaf. lagi pun kiblat merupakan arah hadap yang paling mulia
2) suci daripada hadas kecil dan besar. ada hadis nabi bermaksud aku tidak suka menyebut nama Allah kecuali ketika suci. (abu daud dan lain2). so makruh bagi orang yang berhadas untuk azan, lagi2 la orang yang berjunub
3) berdiri ketika azan. sabda Nabi SAW: wahai bilal berdirilah dan serukan solat
4) memalingkan muka ke kanan ketika mengucapkan(hayya ala al-solat) dan ke kiri ketika mengucapkan (hayya ala al-falah) dalam keadaan dada tetap mengadap kiblat.
ada hadis yang bermaksud, abu Juhaifah berkata: aku melihat bilal azan lalu aku memerhatikan mulutnya ke sana sini ketika azan menoleh ke kanan dan ke kiri ketika mengucapkan (hayya ala al-solat)(hayya ala al-falah)
5) melafazkan kalimah azan dengan tartil iaitu berhati-hati kerana tujuan azan ialah pengumuman kepada mereka yang tiada di situ.
6) tarji'. mengulang(tarji') lafaz azan, iaitu mengucapkan 2 kalimah syahadah secara perlahan sebelum menyerukannya dengan nyaring.
daripada abu mahzurah RA menyatakan, kemudian dia mengulanginya dengan berkata(asyhadu an la ilah illa Allah)
(Muslim)
7) tathwib ketika azan subuh(mengucapkan al-solat khair min al-naum) sebanyak 2 kali selepas lafaz (hayya ala al-falah)
8) muazzin mempunyai suara yang nyaring dan elok supaya dapat melunakkan hati pendengar dan tertarik menyambut seruannya
sabda Rasulullah SAW kepada abdullah bin zaid RA yang bermimpi tentang azan," pergilah bertemu bilal dan ceritakanlah kepadanya mimpi yang kau alaimi supaya dia menyerukannya, kerana suaranya lebih nyaring dan elok daripada suara engkau".
( abu daud dan lain2)
9) muazzin yang terkenal berakhlak mulia dan adil di kalangan orang ramai. seruannya tentang waktu solat itu lebih senang diterima.
10) tidak melanjutkan suara dan tidak melagukannya ketika azan malah makruh berbuat demikian
11. sunat ada 2 orang muazzin di masjid untuk azan subuh. seorang azan sebelum fajar sadiq terbit, manakala seorang lagi azan selepas terbit fajar sadiq
Bilal azan pada waktumalam. makan dan minumlah hingga kamu mendengar azan ibn ummu maktum
(bukhari dan muslim)
12. sunat diam bagi orang yang mendengar azan dan menjawabnya sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin
sabda Rasulullah SAW: apabila kamu mendengar azan ucaplah sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin.
(bukahir dan muslim)
13. berdoa dan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW selepas azan. apabila azan seleasai, sunat bagi muazzin dan orang yang mendengarnya berselawat ke atas nabi Muhammad SAW serta berdoa dengan doa yang dianjurkan kepada kita oleh nabi.
* fiqh manhajiy & bughyat al-tullab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan