solat mempunyai rupa batin dan rupa zahir.
orang yang bersolat dalam keadaan tidak menjaga rupa batin solat, tidak khusyuk, sebagai contoh semasa bersolat sempat lagi mengira untung rugi perniagaannya hari ini, sempat lagi mencongak strategi nak mengekang kemaraan penyerang2 brazil semasa tengah solat, ibarat seorang rakyat jelata membawa hadiah seorang hamba, khadam atau dayang yang mati untuk dipersembahkan kepada raja. raja tu pulak bukannya raja biasa bagi sebuah kerajaan yang kecil, bahkan seorang raja agung yang mempunyai kerajaan yang luas dan empayar agam dari timur hingga ke barat. pastinya ia merupakan suatu penghinaan atau persendaan untuk si raja. pastinya raja akan murka dan menjatuhkan hukuman atau menyeksa si rakyat tersebut. apalah yang ada pada seorang hamba yang mati, yang tidak bernyawa lagi, yang tidak berguna lagi. begitulah ibarat solat dalam keadaan kita tidak menunaikan rupa batinnya.
orang yang bersolat dalam keadaan tidak menjaga rupa zahir pula diibaratkan seperti seorang rakyat membawa seorang hamba, khadam atau dayang yang buta matanya dan terpotong anggotanya. maksud terpotong ialah cacat seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. walaupun dayang atau hamba ini masih bernyawa namun apalah yang boleh dilakukan oleh seorang hamba yang buta dan cacat? walaupun keadaan ini sedikit baik daripada analogi rakyat pertama di atas, namun kedua2nya mempersembahkan sesuatu yang cacat buat persembahan seorang raja bagi sebuah kerajaan agung. pastinya raja akan marah dan menjatuhkan hukuman dan seksaannya buat rakyat berkenaan.
kalaulah dengan raja, raja dah marah bahkan akan menyeksa rakyatnya yang mempersembahkan hamba yang mati dan cacat, apatah lagi dengan Allah SWT yang mana kekuasaanNYA meliputi seluruh langit dan bumi. justeru itu, marilah kita menyemak kembali solat yang kita lakukan. apakah kita telah menunaikan hak2 solat dari segi zahirnya seperti rukuk, sujud, tunduk bangun dan sebagainya. begitu juga dengan keadaan batin solat yang kita lakukan, dari segi khusyuk, hadi hati dan sebagainya apakah kena dengan caranya sebagaimana yang diajar oleh baginda nabi Muhammad SAW. persoalannya bagaimanakah caranya untuk kita meningkatkan mutu amal soleh kita? bagaimanakah caranya untuk kita menjaga rupa zahir dan batin solat kita? cara yang paling mudah, yang terawal ialah dengan belajar. belajarlah sementara masih ada waktu, masih ada umur dan kesempatan. semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu amalannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan