Ahad, 7 November 2010
back to bangi 5-7/11/2010
masjid al-solihin. tempat aku selalu bersolat. kekadang masa takder air kami mandi, siap bawa motor parking kat tepi tandas besar dia. kali ni aku tengok semuanya dah berubah. really masa aku kat sana, AJKnya sama dengan nazir orang lain. kali ni aku tengok AJK surau teras jernang sebiji beramai-ramai pakat pindah ke masjid lak. he he. berrubah kaler la katakan
sahabatku fakhrudin deraman(qq). lepasan maahad tahfiz syubra, mesir. skang ngajar kat cheras baharu. tq atas pertolongan anda semasa aku beradd di sana. tu makan kat rawsyah, restoran arab di maluri(kalau tak silap). qq ni bank tempat aku berhutang kalau takder duit masa kat bangi dulu.
tuan hasan tuan lah. pakar rujuk fiqh al-fikrah.net. orang kuat TM, lepasan michigan US. kami bersarapan bersama di subang jaya, first time dapat tengok rakan2 tenet. apa pun semoga thtl dikurniakan kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan dakwah islam
prof madya dato dr hailaini muji tahir. guruku di tanah bangi. sempat aku amik gambar. khidmatnya masih diperlukan UKM. semoga segala yang ustaz curahkan pada saya berada dalam pengkalan data malaikat di sebelah kanan kita.
semoga segala dosa yang aku pernah wat semasa berada di sana, semoga segala kesilapan yang aku lakukan di sana, semoga semuanya diampunkanNYA. aku tak nak jadi gagak pulang ke benua, pergi HITAM pulang pun HITAM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan