Ahad, 28 November 2010

syarat sah solat (2)....mengadap kiblat

di antara syarat sah solat mengadap kiblat. maksud mengadap kiblat ialah mengadap kaabah. bagi orang yang bersolat di dalam masjid haram atau yang nampak kaabah di depan mata hendaklah memastikan dia bersolat mengadap kaabah dengan yakin. sementara orang yang berada di sebalik bukit atau seperti kita di malaysia yang jauh daripada kiblat bolehlah mengadap dengan ijtihad seperti melihat arah matahari dan sebagainya.

dalilnya (maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-haram(kaabah) dan di mana sahaja kamu berada mak hadapkanlah muka kamu ke arahnya-al-baqarah ayat 50)

dalil daripada hadith riwayat bukhari dan muslim (rasulullah SAW bersabda kepada orang yang diajarnya cara2 untuk bersolat,"apabila engkja hendak bersolat, berwuduklah dengan sempurna, kemudian mengadaplah ke kiblat dan bertakbirlah)

kita tidak bersolat dengan menyembah kaabah. yang kita sembah ialah Allah SWT. kaabah hanyalah menjadi suatu titik persamaan atau titik yang menjadi arah untuk kita bersolat. walau di mana umat islam berada, di kutub utara, kutub selatan, timur dan barat, arah solat mereka ialah kaabah. jikalau runtuh kaabah sekalipun arah kita bersolat tetap mengarah kepada tapak kaabah tersebut.