Isnin, 15 November 2010

harga sebuah kenangan....kita milikNYA


kekadang....bila kita memikirkan semula kenangan lepas, bersama suasana yang kita hargai..sesekali terlintas di dalam hati kita untuk mengulangi semula detik2 manis itu. namun apalah yang ada pada sebuah impian

kekadang..bila kita mengenang semula orang2 yang pernah berada di sekeliilng kita. yang kesetiaannya telah teruji dan terbukti. yang banyak susah dan letih berkorban untuk kita..ingin sekali rasanya mahu mengulangi semula saat2 manis itu. namun apalah yang ada pada sebuah impian....
apalah yang ada pada sebuah keduniaan
apalah yang ada pada sebuah kenangan


back to bangi baru ni mengharukan jiwaku, bila aku lihat ustaz2ku dah berusia. dah nampak garis2 kedut di wajah mereka. sementara yang bersara dah xder di bilik yg dulunya aku dok lepak bersama mereka. aku lihat kawanku2 ada yang dah berPHD. dah siap ada bilik kat UKM. yang lain2 lak dengar khabarnya on de way. aku...entahlaa. aku lihat rumah sewa kenanganku bersama isteri (masa memula kawin) kini dah siap sepenuhnya. tuan rumah yang dulunya bersama kapcai buruknya keliling kampung sambil menghambat kambingnya pulang kandang dah tiada. dah meninggal. rasa terlalu lama teras jernang aku tinggalkan. sempat aku jalan kaki dari taman sentosa ke masjid salihin, bersebelahan hotel bajet bangi lanai. tengok mufah maju dah semakin maju. banyak orang2 tua yang kukenal dulu dah tiada. sementara pembangunan fizikal di BBB khasnya Teras jernang semakin menghambat.namun apalah yang ada pada sebuah kenangan. apa yang mampu kubuat hanyalah berda semoga segala dosaku2 di BBB diampungkanNYA.

teringat apa yang disebut oleh buya hamka, kita(adam) dihantar ke dunia ni tidak keseorangan. adam bersama hawa, itu pasti. namun ada satu lagi makhluk yang terusir dan diusir sama dari syurga iaitu iblis. terusir dan diusir bersama laungan sumpahnya untuk memperdaya anak adam dan seluruh keturunannya sehingga kiamat. adam, hawa dan iblis sama2 terundur dari syurga, terundur dari Tuhan....dan suatu hari akan kembali mengadapNYA. justeru itu, semasa hayat yang masih ada di dunia ini, rebutlah peluang untuk beramal soleh.semoga ianya menjadi bekalan paling ampuh untuk berjumpaNYA(berserta kerahmatan dan kasih sayangNYA kita harapkan)

Tiada ulasan: