rukun solat yang terakhir ialah tertib iaitu melakukan solat sebagaimana turutan bermula dengan niat, takbiratul ihram, fatihah rukuk dan sebagainya sehingga akhir. justeru itu, jika seseorang bersolat dengan sengaja mendahulukan sesetengah rukun seperti rukuk kemudian berdiri tegak, baca fatihah (tidak sebgaimana turutan) maka solatnya batal. jika perkara demikian berlaku dengan cara tidak sengaja solatnya terbatal bermula daripada awal rukun yang tersilap tersebut, dan wajib kena ulang
dalam figh manhajiy, ditulis jika seseorang masih meneruskan solatnya dengan betul selepas tidak sengaja mengubah urutan yang ditetapkan, hingga sampai ke tempat yang sama seperti rakaat yang sebelumnya maka rakaat yang betul itu mengambil tempat kedudukan rakaat yang rosak sebelumnya. justeru itu dia wajib menambah satu rakaat lagi pada solatnya itu sebagai ganti kepada rakaat yang rosak disebabkan kerosakan tertib antara rukunnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan