suanat ialah perbuatan yang dituntut melakukannya namun tuntutan tersebut tidak berbentuk kemestian. orang yang buat benda sunat dapat pahala dan orang yang tidak buat tidak berdosa
dalam mazhab lain, biasanya solat dibahagikan kepada 3 bahagian. biasanya disebut rukun atau fardu solat, wajib solat dan sunat solat. wajib solat itulah dalam mazhab kita biasanya disebut sunat ab'ad. sementara sunat hai'ah dalam mazhab kita biasa disebut dalam mazhab lain sebagai sunat solat. so kalau jumpa buku yang membahagikan kepada 3 iaitu rukun solat, fardu solat dan sunat solat, janganlah kita lekas mengatakan bahawa buku ini atau ustaz berkenaan salat, ilmu sesat atau sebagainya. jangan sekali kali mudah mengatakan orang yang berbeza sesetengah perkara dengan kita khasnya dalam solat sebagai sesat. hormatilah semua orang. ilmu Tuhan ni luas.
dalam mazhab kita ada rukun dan sunat solat. sunat pula terbahagi 2 iaitu sunat ab'ad dan sunat hai'ah. sunat ab'ad jika tertinggal perlu diganti dengan sujud sahwi pada akhir solat. sunat hai'ah pula jika tertinggal tidak perlu diganti dengan sujud sahwi.
benda-benda gini hanyalah sunat. so janganlah kita bermasam muka apabila terjumpa saudara kita yang berpegang pendapat yang tidak ngam dengan kita. contohnya bila kita ke mekah, tok imam masjid haram tidak melakukan bacaan qunut semasa subuh. janganlah nanti kita tak nak berjemaah subuh di masjid haram kerana tok imam tak baca qunut, lalu kita berjemaah di masjid kucing ker, di bilik hotel ker. kalau dah sampai mekah, asyik2 dok jemaah di bilik hotel, itu namanya rugi besar. masjid haram ni tak sama dengan masjid lain kat atas muka bumi. pahalanya berkali ganda lebih besar dan lebih banyak daripada masjid lain. janganlah kerana benda2 sunat gini, kita bermasa muka dengan saudara kita yang berpegang dengan mazhab atau pendapat lain. hormatilah semuanya..
sunat ab'ad ada 8 perkara. ada sesetengah kitab 7 perkara. ringkasnya dia hanyalah berkisah kepada tahiyyat awak dan qunut.
1) tasyahhud awal (tahiyat awal)
tasyahhid awal maknanya tasyahhud ketika duduk yang tidak diikuti dengan salam. sunat membaca tasyahhud dalam rakaar kedua zuhur, asar, maghrib dan isyak. subuh takder tasyahud awal. dalilnya ada hadis yang bermaksud...apabila engkau duduk pada pertengahan solat rakaat kedua tetapkanlah kedudukan di atas simpuhan kaki kirimu, kemudian bacalah tasyahhud (abu daud)
hadis yang menunjukkan bahawa tasyahhud awal sunat, bukannya fardu ialah hadis yang bermaksud..Rasulullah SAW terus berdiri ketika solat zohor yang sepatutnya baginda duduk. tatkala menyempurnakan solatnya baginda sujud sebanyak 2 kali. (bukhari dan muslim).
hadis tersebut menyatakan baginda sujud sahwi sebagai ganti kepada tasyahhud awal yang ditinggalkan. jika tasyahhud awal tu wajib, baginda akan mengulanginya semula dan tidak menggantikan dengan sujud sahwi
* sebahgian kuliah maghrib tentang munyatul musolli. artikel banyak dirujuk dan disalinsiar daripada figh manhajiy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan