dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
hidup kita tidak lekang daripada duit dan urusan dengan bank. bermula dengan urusan buka akaun, kemaskini akaun, membuat pinjaman, pindah wang dan sebagainya. bahkan bagi golongan pelajar, urusan membeli nombor pin untuk ke universiti pun mesti dilakukan melalui bank. bagi yang berkerja kerajaan, BSN dan biro Angkasa cukup sinonim dengan mereka. satu lagi entiti yang sinonim dengan mereka ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia(bank rakyat).
aku mempunyai kenangan tersendiri bersama bank rakyat. semama aku menyambung pengajianku di peringkat master di UKM dulu, aku terlibat dengan assigmnet di bawah kelolalan prof madya dr hailani muji tahir. tajuknya berkenaan pembiayaan perumahan, kajian operasi melibatkan bank rakyat dan sebuah lagi bank konvensional (pada masa tu, sekarang bank konvensional berkenaan dah ada islamic window).
seinagt aku hari itu hari jumaat. aku dan kawanku (naim) bergegas ke bank rakyat (headquarters) di dekat masjid negara dengan keretanya. kami bersolat jumaat di masjid negara. naim bercerita padaku tentang sebuah anjung di masjid negara yang dinamakan anjung reformasi (semasa zaman reformasi berlaku aku berada di luar negara). selian masjid negara, itulah kali pertama aku melihat bangunan pusat islam, stesen keretapi Kl (lama) dan kawasan sekitarnya setelah hampir 5 tahun aku tinggalkan malaysia.
kami berjumpa dengan seorang pegawai besar di bank rakyat. kebetulannya beliau merupakan sahabat lama naim di kaherah dulu. apabila bekas pelajar azhar kaherah berjumpa, ada saja cerita pasal kenangan di kaherah disebutkan. ringkasnya kami menemubual pegawai berkenaan. bermula dengan sejarah bank rakyat, seterusnya menyelusuri liku2 bank rakyat khasnya semasa menghadapi era kegawatan ekonomi sekitar 1997 dulu, pelaksanaan syariah sepenuhnya di bank, isu-isu yang timbul perihal pelaksanaan syariah semunya dihuraikan dengan panjang lebar. di antara kata2 menarik beliau yang aku ingat hingga ke hari ini ialah " bank rakyat berjaya menghadapi krisis ekonmomi tahun 1997 dulu dengan tenang dan sabar. mungkin inilah keberkatan apabila bank rakyat mengaplikasikan sepenuhnya syariah di dalam semua produknya". ringkasnya temubual kami dengan beliau banyak membetulkan persepsi liarku tentang bank rakyat dan sistem perbankan islam di malaysia.
kisah ini sudah berlalu hampir 8 tahun. aku juga sudah kembali ke kampung. membina kerjayaku dan keluarga sambil menemani ibu setelah kematian ayah. sekali sekala aku sempat meneliti isu2 dan subjek pengkhususanku dulu di dalam ilmu muamalat dan ekonomi islam. kadang2 sempat juga aku menyertai seminar berkenaan muamalat dan perbankan islam yang diadakan di kelantan dan sekitar terengganu. sepanjang pemerhatianku, ada isu2 lama yang masih belum selesai. isu berkenaan riba back door, pembiayaan di islamic bank lebih mahal berbanding dengan bank konvensional, bahkan lebih melucukan apabila ada pegawai kaunter hadapan di islamic bank mengeluarkan kenyataan tidak rasmi bahawa bank konvensional dengan islamic bank sama sahaja( belum lagi dikira kata2 belakang tabir bahawa islamic bank bagaikan drakula, cekik darah)
isu2 ini ada yang melibatkan sistem dan ada yang melibatkan sumber manusia. sistem yang baik (termasuk sistem sokongan) dan orang yang bertakwa merupakan syarat utama untuk menjamin keberhasilan sesuatu perkara. dalam konteks perbankan, sistem ekonomi islam yang telus, adil saksama mestilah diiringkan dengan pelaksana yang baik, cekap, bertakwa dan sebagainya. kalau sistem yang baik namun mempunyai kakitangan, pelaksana, pemikir yang lebih banyak memikirkan matlamat peribadi berbanding tujuan sebenarnya, tidak beradab, tidak mempunyai pengetahuan yang sepatutnya lama kelamaan sistem berkenaan akan rosak dan dilihat tidak berkeupayaan mencapai matlamatnya.
bank rakyat masih tidak terlepas daripada isu ini. walaupun usaha2 pemerkasaan kakitangan mereka tetap dilakukan ditambah dengan pemantauan daripada pihak atasan secara berkala, namun kelemahnanya tetap ada. kakitangan merupakan manusia biasa. ada yang berhijrah ke tempat yang dirasakan lebih selesa. ada yang berhenti kerja dan sebagainya sedangkan kalau hendak dikira, belanja(modal) untuk membina kemahiran mereka bukanlah murah. justeru itu, jangnalah kita selaku pengguna lekas melabelkan bank rakyat dan islamic bank yang lain sebagai drakula hanya kerana perangai atau sikap segelintir kakitangan mereka yang tidak mencerminkan wawasan majikan mereka.
secara peribadi, aku mengharapkan bank rakyat sebagai antara bank terawal yang beroperasi secara syariah (selain bank islam malaysia berhad) dapat mengambil peluang yang ada untuk menunjukkan kepada massa bahawa produk syariah yang mereka tawarkan mampu berdaya saing khasnya dengan bank2 konvensional yang sudah lama bertapak. samada sedar atau tidak, bank rakyat mesti memberi keutamaan kepada barisan hadapan mereka yang berhadapan dengan pelanggan. barisan hadapan mereka bukan hanya mesti dilengkapkan dengan ilmu perbankan dan ekonomi, bukan sekadar ilmu psikologi dan teknik pujuk rayu, yang penting biarlah mereka faham, tahu dan sedar sistem ekonomi islam dan muamalat. jangan apabila pelanggan bertanya dan membuat perbandingan antara bank konvensional dan bank rakyat, nanti ada tentera bawahan mereka yang bercakap "sama sahaja islam dengan konvensional". atau ada yang menjawab "nama jer yang bertukar, caranya tetap sama".
harapan ini aku sandarkan kepada bank rakyat kerana mereka mempunyai 2 ibu bapa iaitu bank negara dan sebuah kementerian yang menjaga hal ehwal koperasi di negara kita. sedikit sebanyak, soal kekangan akta dan hambatan peraturan bank negara yang kadang2 menjadi sempada kebebasan bank2 perdagangan tidaklah begitu ketara di bank rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan