dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
syukur alhamdulillah, saya baru saja selesai melaksanakan tugas menyampaikan kuliah maghrib di sebuah sekolah kebangsaan. walaupun saya pergi dengan serba kekurangan, serba tak kena, namun majlis dapat berjalan lancar. program ini sebenarnya merupakan program asrama sekolah rendah untuk mengisi waktu lapang di antara maghrib dan isyak. kebetulannya kita masih berada dalam bulan yang cukup sinonim dengan peristiwa penting israk mikraj, maka majlis berkenaan dari segi pengisiannya lebih kepada israk mikraj.
pada mulanya saya agak keberatan untuk menghadiri majlis berkenaan disebabkan audiennya merupakan kanak2 berusia di bawah 12 tahun. namun kerana mengenangkan kesungguhan seorang sahabat, saya menerimanya walaupun pada waktu kecederaan.
secara peribadi, cukuplah dengan waktu kerja di sekolah yang memerlukan saya melaksanakan tugas sebagai guru. terlibat dengan kanak2 memang mencabar. bukan sebarangan orang yang dapat bergaul, berkomunikasi dan mendidik anak2 kita. guru sekolah rendah merupakan tugasan yang cukup mencabar. umpama memetik buah kelapa yang tinggi mencecah awan, lalu dihiris dibelah dan dihidangkan kepada anak2 dalam bentuk minuman yang manis lazat sedia diminum. sememangnya proses memanjat, memetik, membelah, menghidangkan minuman kelapa prosesnya cukup panjang dan berliku. daripada buah yang nun tinggi dan sukar dipetik, sekarang dapat diminum enak memang tugas yang mencabar. namun itulah analogi mudah dapat saya gambarkan sebagai tugasan guru sekolah rendah
dalam majlis berkenaan saya tidaklah menyentuh kesemua peristiwa yang berlaku di dalam israk mikraj secara terperinci. sempat saya selitkan secara ringkas peristiwa nabi melihat suatu kaum yang memecahkan kepala mereka sendiri. kemudian mereka akan sembuh dan mengulangi lagi sikap mereka memecahkan kepala masing2. gambaran ini ialah untuk mereka yang malas solat. seterusnya saya menyebut tentang kepentingan dan keutamaan solat di dalam agama.
apa yang penting bukanlah menghafaz peristiwa2 yang berlaku di dalam israk mikraj. apa yang lebih penting ialah pengajaran yang dapat kita ambil daripada peristiwa berkenaan. sekurang2nya israk mikraj menjadi stesen untuk kita menghitung kembali diri kita. juga sebagai momentum untuk kita melihat kembali amal2 soleh yang telah kita lakukan. justeru itu, usaha2 ke arah menambahkan ilmu dan meningkatkan segala amal soleh kita mestilah dilakukan secara berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan