dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
semasa aku blajar kat sek menengah dulu, ada seorang daripada guruku yang selalu bercerita. kekadang beliau bercerita lucu sekadar untuk tidak mengantuk di dalam kelas. kekadang beliau bercerita cerita nabi, nasihat dan sejarah untuk amik iktibar dan pengajaran. ada juga cerita beliau yang lucu dan mempunyai unsur kritikan terhadap sesuatu isu. beliau merupakan seorang guru yang berasal dari selatan thailand. banyak memondok di selatan thai dan kelantan sebelum ke mesir. masa dia dok kat mesir, bila jer cuti dia akan mengembara ke tanah arab dan eropah mencari rezeki. kekadang jadi tukang angkat barang di mekah. kekadang jadi tukang masak di scandinavia dan sebagainya. really dia seorang yang banyak belajar dan banyak pengalaman.
beliau pernah mengkritik bangsa dan orang melayu. katanya orang melayu ni penakut dan pemalu. kalau dalam kelas masa kuliah di azhar, bila jer pensyarah tanya ada ker takder soalan, berderu jer budak2 arab, afrika dan lain2 akan bertanyakan soalan. tetapi budak melayu senyap jer, takder soalan. bila jer pensyarah melontarkan sesuatu isu untuk dibahaskan, dikaji dan minta pendapat daripada pelajar2, biasanya student arab, eropah, afrika dan negara2 stan macam pakistan, afghanistan, turkmenistan, kazakstan akan rancak bertanya dan meluahkan pelbnagai pendapat. tapi orang melayu malaysia senyap jer. kalau orang indonesia, thailand, singapura, moro filipina takderla senyap cam kita.
ustaz aku cerita......suatu ketika diadakan pertandingan mencari bangsa yang paling berani. so setiap bangsa diwajibkan menghantar seorang pemuda yang paling berani dan mereka semua dikehendaki berkumpul di tempat lapang yang gelap samar2. masa tu semua jenis bangsa di dunia ada. apabila semua pemuda wakil bangsa berkumpul di tempat lapang tersebut...lalu pihak penganjur menayangkan wajah berbentuk lembaga yang paling menyeramkan diikuti dengan suara yang cukup menakutkan. lalu kesemua pemuda wakil bangsa lari bertempiaran menyelamatkan diri. mereka semuanya ketakutan kecuali ada seorang pemuda yang berdiri tegak, tidak berganjak daripada tempatnya berdiri. seinci pun dia tidak bergerak. lalu kesemua wakil pemuda dariapda tiap bangsa merasa kagum dengan pemuda yang seorang tu. mereka sedar bahawa mereka telah kalah kerana telah melarikan diri. lalu mereka beramai2 berpegangan tangan ingin mendekati pemuda tersebut untuk mengucapkan tahniah. bila mereka dekat barulah mereka sedar pemuda tersebut daripada bangsa melayu. bertambah kagum mereka dengan kehebatan orang melayu. bila semakin dekat, barulah mereka mengetahui keadaan sebenarnya. rupanya pemuda melayu tadi telah mati tegak kerana tidak sempat melarikan diri.
bila jer ustaz citer gituu, kami gelak ketawa sambil tanya macam2. betul ker bangsa melayu ni penakut? takkan takder bangsa lain yang lebih penakut daripada melayu? mana bukti melayu ni penakut? kita ada tok janggut, mat kilau, dato bahaman dan sebagainya. kita juga ada pejuang kemerdekaan haluan kiri dan kanan. ada yang berjuang dengan cara kertas, pensil dan pembesar suara. ada yang berjuang dengan keris dan senjata sehingga mengorbankan nyawa masa lawan britsih, jepun, belanda dan portugis dulu. bohong kalau melayu ni penakut....
ustaz jawab penakut di sini bukanla penakut dari segi diajak bertumbuk, berperang dan sebagainya. tapi penakut di sini ialah penakut bererti malu untuk bertanya, malu untuk berkata TIDAK pada perkara yang sepatutnya kata tidak kerana nak jaga hati orang dan sebagainya. cerita tadi hanyalah sebagai cabaran kepada kami anak2 muridnya supaya bertanya apabila tidak faham. jangan simpan tidak faham tu, nanti sampai bila pun tak faham. tanyalah semasa ustaz masih ada dalam kelas. nanti kalau dengan dia pun kami dah rasa malu nak tanya, bila kami keluar negara lagi la berasa malu nak tanya pensyarah azhar yang sesetengahnya ulama besar. nak bertanya di hadapan ribuan atau ratusan pelajar lain di dalam bahasa arab, nahu saraf entah ke mana, kami akan lebih malu bertanya. katanya lagi biarlah kita diketawakan kerana bertanya dengan lintang pukang (dari segi nahu dan saraf dan sebagainya)daripada kita menyimpan kejahilan yang tak sudah. so rajinlah bertanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan