Sabtu, 18 Jun 2011

antara tembok pagar dan buku lama

kadang2 kita gagal meletakkan/melihat keutamaan pada tempat yang sepatutnya. kegagalan ini bukan hanya terjadi kepada mereka yang tiada ilmu atau tidak belajar bahkan mereka yang terpelajar juga seringkali gagal atau tersilap dalam membuat keputusan. aku sendiri secara jujurnya sering tersilap. gagal untuk membezakan di antara keutamaan, keperluan dan kehendak. kalau nak dikira, pelajar jurusan syariah khasnya yang pernah berada dalam kelas siasah syariyyah akan berhadapan dengan subjek yang melibatkan awlawiyyat, muwazanat dan sebagainya. apatah lagi kalau pelajar syariah + ekonomi akan bertemu lagi dengan kaedah2 dan perinsip2 keutamaan, neraca dan pertimbangan semasa melakukan sesuatu atau semasa membuat keputusan.

seingat aku, ada sebuah univ tempatan dulu dikritik hebat oleh pensyarah dan pelajar2nya(melalui persatuan pelajar) kerana masalah pagar. kawasan univ yang seluas beberapa hektar mempunyai pagar chain link di kawasan hadapannya sepanjang beberapa KM. pagar itu masih elok, masih kukuh dan mampu memainkan peranannya sebagai pagar. kalau pagar itu seperti sarang labah2, berlubang di sana sini, runtuh di sesetengah sudut atau bahagian sehingga menafikan peranannya sebagai pagar lain cerita. pastinya ada yang akan meminta tender, mendesak atau meminta secara lembut paling kurang supaya pemandangan di bahagian hadapan univ digantikan dengan pagar baru. namun ribut tidak angin pun tidak pagar chain link yang masih elok itu diruntuhkan dan digantikan dengan pagar jenis tembok berbatu bata merah yang cantik. belanja untuk menyalin pagar sepanjang beberapa KM itu kalau tak silap mencecah rm100k. tindakan pihak pentadbir ini dikritik oleh pensyarah di dalam kuliah mereka. mereka mengkritik bukanlah kerana tidak bersetuju dengan pagar merah berbatu bata yang cantik itu, namun mereka melihat pihak pentadbir gagal dalam menilai keperluan dan keutamaan. bagi mereka, lebih baik duit sebanyak hampir rm100k itu digunakan untuk membaiki buku2 penting yang rosak di perpustakaan. buku2 tersebut kebanyakannya diklasifikasikan sebagai buku merah. buku yang jarang ditemui, nadir dan mempunyai nilai yang cukup tinggi. bajet selebihnya kalau ada bolehlah digunakan untuk membeli buku2 baru atau meningkatkan sistem akses komputer secara digital. selain itu, mereka juga berhujah bahawa setiap univ dikenali kerana kualiti ilmu dan tradisi penyelidikan mereka, bukannya kerana dikelilingi oleh pagar merah yang berharga beratus ribu.

zaman sekarang, kita dapat melihat sesetengah organisasi mmengutamakan visi untuk mencipta imej lebih dariapad tujuan asal mereka. kalau syarikat korporat, imej sememangnya perlu. nama yang baik di dalam perniagaan cukup penting kerana ia melibatkan kepercayaan, ketelusan, melibatkan nilai dan gah mereka. tetapi kalau jabatan2 kerajaan yang core businessnya bukanlah bahagian promosi, perhubungan awam dan sebagainya, lebih baik kembali pada asal. pedang yang tajam gunanya untuk menikam atau menetak musuh. boleh sahaja untuk dilekatkan hulu pedang itu dengan manik2 berkilauan atau mutiara2 bergemerlapan, namun jangan dilupa untuk mengasah dan menajamkan pedang tersebut. ingat...pedang itu bukan untuk perhiasan....

Tiada ulasan: