dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
akhir akhir ini ada pelbagai persoalan melibatkan cerai, nikah dan rujuk ditujukan kepada hamba. ada yang bertanya di ruangan komen, ada yang menghantar emel dan ada juga yang bertanya melalui sms dan telefon.hamba bukanlah seorang alim yang mampu menjawab persoalan saudara/ri. apa yang hamba paparlah sebagai panduan ringkas dalam bentuk kertas kerja dan sebagainya. hamba juga tidak mahu jawapan hamba nanti menimbulkan permasalah lain kepada anda kerana isu rumahtangga /munakahat cukup besar.melibatkan anak-anak, zuriat keturunan dan sebagainya. hamba bimbang kalau kalau jawapan hamba tidak tepat.
kebiasaannya apabila sebarang kes rumahtangga dirujuk kepada pejabat agama. pihak pejabat akan memanggil kedua-dua belah pihak samada melibatkan sesi kaunseling mahu pun kes yang dirujuk ke mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan dan perincian. kalau setakat di blog ni, rasanya cukup sukar dan hamba tak berani menjawabnya....justeru itu hamba memohon supaya benda yang real sebegini dirujuk ke tempat sewajarnya. apa yang hamba paparkan adalah himpunan kertas kerja sebagai panduan ringkas sahaja...