Arwah guruku
pernah bercerita tentang seorang lelaki tua yang terbaring kesakitan di dalam
wad. Lelaki berkenaan menderita bermacam macam penyakit. Tidur pun beraduh
kesakitan, jaga pun mengeluh sakit. Masa orang suapkan makanan pun kalau
terkasar dia akan mengerang kesakitan. Tetiba jer dia dengar berita percakapan
orang sebelah katilnya bahawa ada orang di kampong tertentu nak jual tanah,
lantas dia bertanya dengan pertanyaan bagaikan orang yang tidak pernah sakit….
“berapa
harga satu lot tanah tu?”
“dah ada
geran ker belum?”
“ tanah
freehold ker camana tu?”
“luas
berapa kaki persegi?”
Lelaki tua
ini sepanjang hayatnya suka membeli tanah. Pantang ada jer orang nak jual
tanah, dia akan beli(dia seorang yang berada). Ada tanah yang dipegangnya. Ada
yang dijualnya bila bertemu dengan pembeli yang sanggup membeli dengan harga
tertentu
Pengajaran cerita
Aku terkenangkan
surah al-takathur. Surah yang aku kuliahkan di sebuah masjid selepas maghrib. Antara
yang sempat aku ingat ialah hadis yang dinukilkan oleh Prof dr. wahbah
al-Zuhailiy bahawa Nabi SAW pernah bersabda….mafhumnya lebih kurang…
Anak adam
akan semakin tua, namun ada yang kekal muda iaitu angan-angan dan keinginan.
juga hadis Nabi SAW yang bermaksud....kalaulah anak adam ini mempunyai dua lembah emas, pastinya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah emas yang ketiga...
Walaupun kita
terbaring di katil wad kerana sakit, nak makan pun dah tak selera. Nak buat apa
pun sentiasa diganggu kesakitan. Namun nafsu tetap berkeinginan seolah-olah
tidak pernah sakit. Seolah-olah pembaringan di katil hospital itu hanya
sementara. Begitulah nafsu yang tidak pernah kenyang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan