Kelebihan berdoa
Orang yang berdoa bersungguh-sungguh
disayangi oleh Allah SWT. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW riwayat Abu Hurairah:
Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah,
Allah murka kepadanya
Abu Hurairah ra juga pernah menyatakan bahawa
sesiapa yang dikurniakan dengan tujuh perkara, tidak akan diharamkan daripada
memperolehi tujuh perkara iaitu:
1) sesiapa yang dikurniakan kesyukuran
dalam menghadapi nikmat, tidak akan diharamkan daripada memperolehi penambahan
nikmat daripada Allah SWT kerana Allah SWT menyatakan dalam Surah Ibrahim ayat 7
(Dan ingatlah ketika tuhan kamu memberitahu
demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada
kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah
keras)
2) sesiapa yang dikurniakan dengan
kesabaran, tidak akan diharamkan dari menikmati ganjaran dan pahala kerana
Allah SWT menyatakan dalam surah zumar ayat 10
(Sesungguhnya orang orang yang bersabarlah
sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira)
3) sesiapa yang dikurniakan dengan taubat,
tidak akan diharamkan daripada memperoleh penerimaan taubat kerana Allah SWT
menyatakan dalam surah assyura ayat 25
(Dan dialah tuhan yang menerima taubat dari
hamba-hambaNYA yang bertaubat serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang mereka
lakukan dan dia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan)
4) sesiapa yang dikurniakan istighfar,
tidak akan diharamkan daripada memperolehi keampunan keran Allah SWT menyatakan
dalam surah nuh ayat 10
(Sehingga aku berkata kepada mereka
pohonkanlah ampun kepada tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun)
5) sesiapa yang dikurniakan daripada
keinginan untuk berdoa, tidak akan diharamkan daripada perkenan dia kerana
Allah SWT menyatakan dalam surah ghafir ayat 60
(Dan tuhan kamu berfirman berdoalah kepadaku
nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
takabbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka Jahannam dalam
keadaan hina)
6) sesiapa yang dikurniakan dengan sifat
pemurah untuk membelanjakan harta kepada yang memerlukan, tidak akan diharakan
daripada memperolehi gantian yang lebih baik. Ini kerana Allah SWT menyatakan
dalam surah saba ayat 39
(Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka
Allah akan menggantikanya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki)
7) sesiapa yang dikurniakan dengan
keseungguhan dalam melakukan sesuatu perkara kebaikan, tidak akan diharamkan
daripada menikmati taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT
menyatakan dalams surah al-ankabut ayat 69
(Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan kami yang menjadikan mereka bergembira serta
memperoleh keredaan. Dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah SWT adalah
berserta orang-orang yang bersusaha membaiki amalannya)
-disalinsiar daripada buku pembersihan jiwa menurut al-quran, sunnah dan amalan salafussalih karya basri ibrahim, safri ali dan tarmizi taha....dipetik daripada tanbihul ghafilin