Jumaat, 11 Oktober 2019

masalah imam menambah rakaat secara tidak sengaja



Gambaran masalah. Imam dan beberapa orang makmum solat isyak secara berjemaah. Apabila sampai di sujud terakhir dirakaat ke4, sepatutnya imam duduk utk bacaan tahiyyat akhir. Namun imam terus bangkit ke rakaat ke5 kerana pada sangkaan imam, itu adalah rakaat ke4.

1) apa yg makmum harus lakukan?

1.1 Jika makmum YAKIN bahawa itu adalah rakaat ke5, makmum sama sekali tidak boleh mengikuti perbuatan imam. Makmum hendaklah menunggu imam dalam kedudukan utk tasyahhud akhir. Baca attahiyyat,then bacalah doa sehingga imam beri salam. Inilah yg afdal.

1.2 Jika makmum YAKIN bahawa itu adalah rakaat ke5, makmum boleh mufarakah  namun pahala jamaah sedikit terjejas. Solat tetap sah.

1.3 Jika makmum YAKIN itu adalah rakaat ke5, namun tetap mengikut imam, batallah solat makmum kerana telah menambah rakaat dengan sengaja.

1.4 Jika makmum tidak YAKIN adakah rakaat ke5 atau ke4, lalu terus berterusan mengikuti imam, solat si makmum tetap sah

2) bagaimana status solat si imam?

2.1 Jika imam bangun utk rakaat ke5, sedangkan pada sangkaannya itu adalah rakaat ke4, kemudian tiada kedengaran ucapan subhanallah (utk memperingat imam), imam lalu meneruskan solat sebagaimana sangkaannya (zannya) maka solatnya sah

Tiada ulasan: