guruku pernah bercerita ........
ada suatu kisah bagaimana seorang insan kehilangan barangan miliknya lalu beliau berdoa Ya Allah semoga barang aku yang jatuh (hilang) itu tidak ditemui oleh orang fakir dan orang yang fakih.
fakih maknanya orang yang tahu atau mengerti tentang hukum hakam agama. fakir pula bermaksud orang yang memerlukan, miskin dan seumpamanya.
Doa lelaki berkenaan tentang orang fakir mudah difahami kerana logiknya orang fakir amat berhajat. kalaulah barangannya dijumpai oleh orang fakir secara logiknya barangan tersebut akan diambil oleh si fakir. maka logiklah kalau lelaki tersebut berdoa supaya barangannya yang terjatuh tidak dijumpai oleh si fakir kerana si fakir pasti akan mengambilnya
bagaimana pula dengan fakih? kenapa lelaki tadi berdoa supaya barangannya yang hilang itu tidak ditemui oleh orang fakih.
apabila ditanya, lelaki berkenaan menjawab aku bimbang hartaku akan ditemui oleh si fakih kerana orang fakih akan mempunyai banyak alasan. jika seorang yang mengerti tentang hukum agam namun tiada sifat warak, tiada sifat takutkan Allah pastinya akan mempunyai banyak alasan untuk mengambil harta aku, maka aku berdoa supaya harta aku yang terjatuh itu juga tidak ditemui oelh si fakih.
Moral: orang yang cerdik, pandai, tahu hukum, celik undang-undang namun jahat sebenarnya merupakan bala yang terbesar. mereka dapat menggunakan kelebihan, ilmu, daya fikir dan bakat yang mereka miliki untuk memanipulasi sesuatu fakta, harta dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri. moga kita semua dijauhkan daripada sifat demikian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan