Khamis, 23 September 2021

Sekilas Bersama Ustaz Hailani Muji Tahir

sekilas bersama Ustaz Hailani Muji Tahir


Pernah arwah prof madya Hailani Muji Tahir (HMT) tanya ambo, pandangan ambo tentang beberapa polisi kerajaan dalam pelaksanaan Islam melibatkan perbankan Islam. Ambo jawab. Dia senyum sambil jawab kamu ni tak boleh nak jadi Pegawai Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Kemudian dia tanya pula soala kepada teman sekuliah kami yang kebetulan bertugas sebagai pegawai JAKIM. Selepas teman sekuliah kami jawab, prof sebut mmg patut kamu berada di JAKIM. 

Memula ambo terfikir juga kenapa ustaz jawab begitu kepada ambo, lama kelamaan ambo perasan. Entah kenapa ambo lebih suka baca sejarah Peter the Great, Aurangzeb Alamghiri, Ghaznawi, Timur (tamerlank) berbanding Stamford raffles, francis light, Lawrence of arabia dan negotiator licik yang lain (walaupun harus diakui negotiator licik inilah yang kadang tu lebih power).

Arwah banyak mengajar ambo adunan antara teori dan praktikal. Kadang tu kita akan jumpa teori yang dilihat bercanggah dengan pelaksanaan. Lantas kita akan keluarkan pendapat kita berdasarkan dalil. teks dan apa yang sepatutnya. Pemikiran sepatutnya begini dan begini kadang tu akan membawa kepada konflik dengan mereka yang telah bersusah payah dan berhempas pulas dalam pelaksanaan semasa. Justeru sabar, teruskan penerangan dan carilah titik persamaan sambil menghargai usaha mereka yang dah mencuba namun masih tak mencapai tahap sepatutnya. Ibarat membaiki rumah yang tak sempurna, ada bocor, cubalah baiki kebocoran tu dan dalam masa yang sama jangan sesekali runtuhkan rumah tu menjadi abu kemudian bina semual. Teringat pula kata2 arwah TGNA kereta yang berhenti di persimpangan kerana lampu merah, enjin tidak dimatikan, hanya sekadar idle sebelum tunggu lampu merah bertukar hijau dan teruskan perjalanan

Moga Allah ampunkan dosa beliau dan kita semua. Moga segala ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan beliau menjadi amal jariah dan diterima di sisi Allah

 

Khamis, 2 September 2021

Pengalaman Hadapi Gempa Bumi

 Aku teringat masa di Kaherah (Abbasiah) dulu, aku sempat merasai detik2 cemas dilanda gempa bumi. Masa tu lebih kurang jam 1030 malam musim panas. Aku dah nak tido. Bilik aku kat tingkat 3 dan bangunan tu semuanya 10 tingkat. Baru jer lelap mata nak tido, tetiba aku rasa katil tu bergoyang. Macam ada orang yang goyangkan katil tu. Aku ingatkan perasaan aku jer dan aku wat tak kisah. Sekejap je rasanya maybe tak sampai 2 saat. Aku terfikir juga kot2 hantu setan ker, ifrit ke yang goyang katil aku. tapi aku still wat tak kisah. Gegaran tu kemudiannya berhenti. Kemudian masa aku nak terlelap sekali lagi aku rasa katil tu bergoyang. Kali ni agak kuat. Masa tu barulah terlintas dalam hati (GEMPA BUMI) dan serta merta aku rasa takut, tak tau nak wat apa. Aku nampak lampu dan gelas beralih tempat. Mujur benda tu tak lama. Sekejap jer. kami terus berlari keluar bilik dan turun ke tingkat bawah. Rupa-rupanyanya dah ramai kekawan2 aku dari tingkat yang lebih tinggi dah berada kat bawah. Mereka yang berada di di tingkat yang lebih tinggi dapat merasa gegaran dengan lebih kuat. tu sebab mereka dah terus lari turun bila bergegar kali pertama lagi. Gegaran tu tak lama. Keesokan harinya akhbar harian melaporkan bahawa gegaran kali pertama berlaku dalam masa 2 atau 3 saat jer. gegaran kali kedua berlaku sekitar 4 atau 5 saat jer. skalanya aku tak ingat tapi takder la sampai ala ala gegaran Krakatoa tu. Kami turun hanya sehelai sepinggang. Tak terfikir nak ambil dompet, passport atau barangan berharga. Kami hanya mampu beristighfar. Yang terbayang hanyalah kematian

 

Ada juga kawan kami yang bercerita (area luar Abbasiah) ada penduduk tempatan yang turun dari pangsapuri dengan berbaju tidur, berseluar pendek dan hanya menutup aib sahaja. Suasana panik dan gawat menyebabkan penghuni hanya berfikir untuk selamat. Mulut semuanya beristighfar memohon keampunan dan rahmat Allah. Yang kami fikir masa tu hanyalah kematian. Tak terfikir lagi nak pusing sana sini nak tengok pameran percuma. Tak terlintas dalam fikiran kami masa tu nak tengok siapa melainkan memohon keampunan dan rahmat Allah

 

Rentetan kejadian tu, rasa susah nak tido malam tu. terasa kalau DIA nak amik nyawa kita cukup mudah. Walaupun kita berada dalam kawalan guard yang berlapis2, dalam kawalan security yang canggih dan moden, namun bila sampai masanya, tetap pergi. Benarlah bahawa mengingati mati itu pemutus kelazatan dunia.

 

Masa kat SEMUARA dulu, ustaz kami pernah bercerita bahawa manusia semuanya akan dikumpulkan dalam keadaan telanjang. Sebelum ustaz menerangkan perkara seterusnya, ada antara kami yang ingin bertanya. Agaknya ustaz dapat mengagak, lalu beliau terus menyambung bahawa di akhirat nanti suasana agak dahsyat, huru-hara tak memungkinkan kita untuk berjalan ke sana ke mari mencari Erra Fazira. Masa tu bukan lagi masa untuk kita berjalan ke sana sini nak tengok orang lain. Kami senyum dan ketawa bersama (1)

 

Ada dalam suatu hadis, secara mafhumnya menyebut bahawa manusia kesemuanya akan dihimpunkan kelak di hari kiamat dalam keadaan bertelanjang, berkaki ayam dan tidak berkhitan. Isteri Nabi, Aisyah ra terus bertanya adakah para lelaki dan perempuan pada masa itu saling melihat antara satu sama lain? Jawab Baginda SAW bahawa keadaan dan huru-hara pada masa itu lebih dahsyat daripada manusia mengambil peluang untuk melihat antara satu sama lain. (2)

 

Catatan

Ustaz kami ialah ustaz Romlee hamat. Sekarang sudah bergelar Dr Romlee. Moga Allah memelihara dan memanjangkan umur beliau dan kita semua dalam kebajikan. Ustaz bercakap tentang huru hara hari kiamat, kejadian rasanya tahun 1993-1994

2)    Hadis muslim, bab fana al-dunya…… ditulis berdasarkan ingatan. Sila rujuk semula untuk perincian