BINGKISAN SEBELUM TIDUR
Kisah Nabi Musa as dan Malaikat Maut (MM)
(Malaikat Maut telah dihantar kepada Nabi musa. Apabila ia datang berjumpa Nabi Musa, Nabi Musa telah menampar MM. Lantas MM kembali kepada Allah lalu berkata “Engkau utuskan aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati”. Maka Allah mengembalikan mata MM dan berfirman “Kembalilah dan katakan kepadanya supaya dia letakkan tangannya di belakang lembu jantan. Setiap bulu yang dilitupi oleh tanggannya itu adalah tahun (yang akan dia hidup)”. Kemudian Nabi Musa (setelah diberitahu perkara tu) berkata, “Wahai Tuhan, kemudian apa?” Allah menjawab “kematian”. Nabi Musa berkata “Sekaranglah”. Kemudian Baginda memohon kepada Allah agar diletakkan berhampiran dengan tanah Palestin sejauh lontaran batu. Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda “ Jika aku ada di sana akan aku tunjukkan kuburnya yang berhampiran dengan jalan yang berada dengan pasir merah.”- Riwayat al-Bukhari (1339)( 3407),Muslim (6298)
Dalam hadis ni, Nabi SAW memberitahu kita bahawa Malaikat Maut (MM) datang berjumpa Nabi Musa as dalam bentuk seorang lelaki. So MM beritahu baginda bahawa dia datang untuk mengambil nyawanya.
Pada masa tu, Nabi Musa as tidak tahu bahawa yang datang itu ialah MM lalu baginda memukulnya. Macam kita la, jikalau datang seorang lelaki terlihat nak beri ancaman kepaa kita atau keluarga kita pastinya kita akan pertahankan diri dan bertindak. Mungkin kita akan lepaskan hikmat tendangan tanpa bayang wong fei hong ker, atau hikmat kubah berdarah ketua kota khayalan ke, gitu la. So tak pelik la bila Nabi Musa as memukul MM yang datang dalam bentuk seorang lelaki
Betul ke seorang nabi tak kenal orang yang datang itu malaikat? Ya, sebab Nabi tak tahu benda ghaib kecuali apabila Allah beritahu. Dalam AQ pun ada kisah bagaimana para malaikat yang dalam perjalanan ke kampung Nabi Lut, mereka singgah di kg Nabi Ibrahim dulu. Then Nabi Ibrahim sediakan makanan namun para tetamu (malaikat) tak makan dan memperkenalkan diri mereka sebagai malaikat. So Nabi Ibrahim pada mulanya tak kenal bahawa para tetamu yang datang tu malaikat
Then kita kena faham bahawa Nabi Musa ni diutuskan kepada Bani Israel yang dikenali dengan ego, keras kepala, pembunuh para nabi n etc. Justeru itu, sikap Nabi Musa adalah untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada dizalimi (kerana Baginda as tidak mengenali yang datang tu ialah MM)
MM kemudian kembali berjumpa Allah dan memberitahu bahawa dia telah diarahkan kepada seorang lelaki yang tidak mahu mati. Maybe MM berkata demikian kerana MM menyangka bahawa Nabi Musa menamparnya kerana baginda tidak mahu mati.
Para ulama semasa mensyarahkan hadis ini menyebut bahawa MM tidak diutus oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dengan tujuan nak cabut nyawanya ketika itu tetapi sebagai ujian. Kes ni sama la dengan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Allah berhak melakukan apa sahaja pada makhlukNya sesuai dengan apa yang dikehendakiNya. Dia juga berhak menguji sesiapa sahaja yang diinginiNya.
Allah memerintahkan MM kembali berjumpa Nabi Musa as dan memerintahkan baginda supaya meletakkan tangan di atas belakang seekor lembu jantan. apabila tangan tu dah berada di belakang lembu, maka setiap helaian bulu yang terlingkup di bawah tapak tangan tu bersamaan satu tahun baki hayatnya. Contohnya kalau ada seribu helai bulu maknanya akan hidup selama 1000 tahun lagi
Kemudian Nabi Musa bertanya apa yang berlaku selepas hayat tu. MM menjawab bahawa selepas tu ialah kematian. Lalu Nabi Musa as berkata kalau begitu maka sekaranglah (mati sekaranglah)
Nabi Musa berdoa supaya kuburnya berada dekat dengan Baitullah (Bayt Maqdis) dengan jarak selemparan batu. Maksud jarak lemparan batu ni ialah kalau kita berdiri di kubur Nabi musa as, then kita lempar batu, maka jarak lemparan itu akan sampai ke Baitul maqdis. Kiranya tak berjauhan la dengan Bayt Maqdis tu. Allah mengabulkan permohonan baginda as
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu para sahabatnya, seandainya dia berada di sana, Baginda saw akan menunjukkan kepada mereka (para sahabat) lokasi kubur nabi Musa as. yang berada di laluan dekat dengan gunung pasir yang berwarna merah
Masa ambo baca hadis ni, ada ahli jemaah bertanya, Malaikat Maut tu Izrail ker? Orang kita dah biasa dengan sebutan Izrail. Maybe sebab senikata nasyid selimut putih (Bila Izrail datang memanggil…..). Ya, MM tu Izrail. Dalam nas digunakan perkataan Malaikat Maut.
Daripada hadis ni juga kita dapat tahu bahawa Nabi Musa as ni seorang nabi yang fizikalnya kuat. So tak hairanla sampai tumbuk Qibti pun terus mati. Kalau perasan orang tua kita zaman dulu kalau sebut mantera ke jampi serapah ker apa, biasa akan ada lafaz Gagah Ali Gagah Musa. So ada perkataan Musa. Entah dari mana benda tu, maybe kerana kekuatan Nabi Musa ni sampai dijadikan serapah atau jampi mentera. Namun apa yang pasti, Nabi Musa mmg seorang nabi dikurniakan kekuatan yang hebat
(Sahih al-Bukhariy, Kitab al-Janaiz, 1339, Sahih Muslim, Kitab al-Fadhail, 2372)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan