BINGKISAN SEBELUM TIDUR
Bacaan Apabila Dipuji Orang
1) Adi bin Artaah berkata bahawa para sahabat Nabi SAW apabila dipuji mereka akan mengucapkan
اللهم لا تُؤاخذني بما يقولون
Ya Allah, janganlah Engkau mengambil tindakan kepadaku dengan apa yang mereka sebut tentangku
واغفر لي ما لا يعلمون
Ampunilah aku dalam perkara yang mereka tidak tahu tentang aku
واجعلني خيرًا مما يظنون
Jadikanlah aku lebih baik daripada sangkaan mereka terhadapku
Athar ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya al-adab al-mufrad. Sementara tambahan lafaz pada baris ke3 واجعلني خيرًا مما يظنون . Lafaz ini merupakan tambahan oleh al-Bayhaqiy dalam Shuab al-Iman.
2) Apabila kita dipuji orang, kebiasaannya mereka akan menyebut sifat2 atau sesuatu tentang diri kita seperti kekayaan kita, rajin, pandai, genius, cantik dan sebagainya kerana mereka melihat pada luarannya sahaja. Sedangkan pada hakikatnya kita mungkin tidaklah sebagainana apa yang mereka katakan. Bahkan lebih dari itu, kita mungkin jauh panggang dari api, kerana mereka hanyalah melihat zahir kita. Hanya Allah yg tahu keadaan kita
3) Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Masud pernah berkata kepada murid2nya, kalaulah kamu tahu apa yang berlaku di sebalik pintu rumahku pastinya kamu tidak akan mengikutiku lagi. (kata2 Ibn Masud ini menggambarkan betapa tawadduknya seorang sahabat Nabis SAW.)
4) Guru kami menukilkan perkataan dari ulama silam, bahawa kalaulah dosa ini mengeluarkan bau busuk, pastinya tidak ada orang yang akan mendekati kita. Kemungkinan kita juga malu untuk keluar rumah dan bergaul dengan masyarakat kerana tidak tahan dengan bau busuk hasil daripada dosa kita. Namun Rahmat Allah kurniakan kepada kita, dosa pahala kita semuanya tersembunyi di sisiNYA. Apa yang kelihatan hanyalah perangai dan perbuatan zahir kita. Oleh itu, kemungkinan orang ramai memuji kita hanyalah kerana zahir kita yang kelihatan baik sedangkan hakikat sebenarnya tidak sebegitu. Justeru itu, ucapkanlah bacaan ini sebagai doa memohon keampunan dari Allah kepada mereka yg memuji kita sedangkan mereka tidak mengetahui hakikat sebenar kita.
4) Athar ini juga menunjukkan betapa agungnya akhlak para sahabat ra. Mereka tidak rasa melambung tinggi apabila dipuji, tahu hakikat diri mereka serta mengakui kelemahan mereka. Mereka juga selalu berharap kepada keampunan, Rahmat dari Allah
# ada pelbagai takrifan ttg perkataan athar. Secara mudahnya athar ialah perkara yang disandarkan kepada sahabat atau tabiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan