BINGKISAN SEBELUM TIDUR
Sembang2 Tentang Mimpi
1) Senior ambo kat Kaherah dulu pernah bercerita bahawa datuknya bermimpi melihat dia (senior ambo tu) berada dalam laut (atau kolam, ambo lupa) separas lutut atau betis. Datuknya yg merupakan seorang guru pondok berpendapat kemungkinan suatu hari nanti cucunya ini akan menjadi orang yang terkenal. Senior ambo ni dibesarkan oleh datuknya, sempat bersekolah rendah di Kuala Krai sebelum ke Pasir Mas then Kaherah. Beliau sekarang merupakan seorang pendakwah selebriti
2)
Ada seorang lagi senior ambo bercerita bahawa beliau bermimpi berada dekat
dengan seorang perempuan yang sedang melipat kain. Setelah beliau bertanya
kepada beberapa orang Alim, mereka berpendapat bahawa kemungkinan jodoh beliau
dengan orang dekat. Sementara melipat kain tu pula maybe isterinya seorang yang
mempunyai kepandaian dalam menjahit n etc. Beberapa tahun kemudian, beliau
tamat pengajian. Pulang ke Malaysia dan bertemu jodoh dengan wanita sekampung dengannya. isterinya mempunyai kepandaian dalam jahitan
3) Kejadian yg berlaku pada diri ambo sendiri masa beberapa bulan terakhir di Kaherah. 2 kali ambo bermimpi. Rasanya jarak antara 2 mimpi tu tak sampai sebulan.
Mimpi yg pertama menjadi jawapan kepada mimpi di Tanah Haram 5 tahun sebelumnya. Sementara mimpi yg kedua pula, ambo bermimpi seolah2 bangun daripada tidur dan berada dalam Masjid Arrahman Sg Durian. Nampak jelas bentuk2 tiang dan dinding masjid tu. Dulu ada bahagian dinding masjid tu ada bata2 berlubang, Ada pelajar pondok yg simpan kitab kat lubang Tu.
Masa bangun tu rasa tak sedap hati. Mimpi pertama tu ambo rasa macam susah nak percaya. Apabila bermimpi kali kedua dalam masa yg singkat, ada semacam lintasan dalam hati bahawa dah sampai masanya untuk ambo berundur. Jadi semacam petanda utk ambo tinggalkan Kaherah sedangkan ambo baru sahaja memulakan langkah kedua menongkah arus gelombang Al Azhar tu.
Memula tu ambo buat tak kisah, tapi perasaan dan lintasan tu sering berlaku. Ambo tak beritahu sesiapa, sesekali rasa macam tak percaya tapi kalau dah 2 kali bermimpi dengan petanda hampir sama tu rasa sedikit gelisah. Tak lama kemudian, sampai emel kecemasan meminta ambo pulang segera. Hari ni sampai emel, 72 jam kemudiannya ambo dah berlepas tinggalkan Kaherah
Disclaimer:
1) Mimpi tidak boleh menjadi hujjah Syarak. Tidak sesekali menghalalkan yang haram atau sebaliknya. Juga tidak boleh membina atau menjadi dalil / sandaran hukum. Mimpi hanya sekadar mubasshirat (maybe kita terjemah sebagai berita atau khabar atau petunjuk2 gembira). Ada perbincangan tentang mimpi ni
2) Ada hadis2 nabi berkenaan mimpi. Ada juga ulama yg menulis kitab khas pasal mimpi. Utk rujukan mudah, Imam Nawawiy menulis satu bab dalam kitabnya Riyadussalihin ttg mimpi.
3) Masjid Arrahman Pondok Sg Durian tu dah direnovate, dinding yg ambo sebut tu dah takder