3 Golongan Yang Dimurkai Allah
Nabi SAW telah bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ، وَلَا يُزَكِّيهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: الشَّيْخُ الزَّانِي، وَالْمَلِكُ الْكَذَّابُ، وَالْعَائِلُ الْمُسْتَكْبِرُ
(Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan memandang mereka, tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang miskin yang sombong- Muslim)
Ringkasnya dalam hadis ni Rasulullah SAW yang menyebut tiga golongan yang mendapat ancaman sangat berat di sisi Allah. Baginda SAW bersabda bahawa
1) Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat.
2) tidak akan memandang mereka
3) tidak akan menyucikan mereka. maknanya tidak akan mengampunkan dosa mereka
4) dan bagi mereka azab yang pedih.
Mereka ialah orang tua yang berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang miskin yang sombong. Ancaman ini bukan sekadar azab fizikal, tetapi azab kehinaan dan terputusnya rahmat Allah.
Apabila Allah tidak berbicara dan tidak memandang seseorang pada hari kiamat, itu menandakan kemurkaan yang sangat besar. Pada hari yang semua manusia mengharap belas ihsan dan syafaat, golongan ini diabaikan dan dihina.
Golongan pertama ialah orang tua yang berzina. Zina ni dosa besar tak kira la sapa pun yang buat samada orang muda atau orang tua. so janganlah kita faham hadis ni sebagai pengharaman zina untuk orang tua, namun untuk orang muda takper. Bukan begitu.
Biasanya orang tua ni, dorongan nafsu mereka tidak sekuat dengan orang muda. Mereka juga telah melalui banyak pengalaman hidup, banyak ilmu serta peringatan tentang kematian dan akhirat. Apatah lagi orang tua yang dah pernah kahwin.
So apabila mereka (orang tua) berzina, pada zahirnya zina tu dilakukan tanpa dorongan nafsu yang kuat (jika nak banding dengan orang muda), tetapi mungkin kerana kelalaian, keangkuhan dan keberanian mencabar hukum Allah. Ia mencerminkan hati yang keras dan iman yang rapuh walaupun usia telah lanjut.
Golongan kedua ialah pemimpin yang berdusta. Pemimpin mempunyai amanah yang besar kerana keputusannya memberi kesan kepada rakyat. Apabila seorang pemimpin berdusta, dia bukan sahaja menipu dirinya, tetapi menzalimi rakyat, merosakkan keadilan dan menghancurkan kepercayaan.
Kalau rakyat berdusta bukanlah bererti benda tu bagus. Bukan begitu. Perbuatan dusta, belawok ni berdosa tak kira la sapa pun. Cuma dalam komteks pemimpin, mereka ada kuasa. Ada amanah yang sepatutnya dilaksanakan. Tetiba mereka berdusta. Maka Allah murka kepada golongan ni
Golongan ketiga ialah orang miskin yang sombong. Biasanya orang yang sombong, takabbur, agah ni orang yang Allah kurniakan sesuatu kelebihan. Mungkin seseorang tu Allah rezekikan dengan limpahan harta kekayaan. Maka dengan harta tersebut menjadikan dia seorang yang sombong.
Mungkin juga seseorang tu Allah limpahkan kepadanya kekuatan. Sepak lembu, mampus lembu mengalahkan hikmat tendangan tanpa bayang Wong fee Hong. Tepuk pohon kelapa, lepas 3 hari pokok tu mati dan reput. Maka dengan kekuatan tu seseorang boleh menjadi sombong dan takabbur.
Mungkin juga seseorang tu Allah kurniakan kepadanya kecerdasan akal dan genius. Maybe dapat selesaikan masalah matematik yang dah berpuluh tahun tak selesai. Selalu dapat segala jenis anugerah. Anugerah diRaja, anugerah Dekan n etc.
Maka dengan segala nikmat seperti harta kekayaan, kekuatan fizikal atau kecerdasan ni menjadikannya sombong takabbur.
Secara logiknya orang sebegini kalau sombong pun munasabah la sebab mereka ada sesuatu yang boleh dibanggakan pada mata manusia. Namun apa kehei dengan si miskin yang sombong. Nak kata kaya, roti canai cotek pun orang lain yang tolong bayar. Nak kata pandai, wau buta wau celik pun tertukar. Nak kata ada talipinggang UFC, WWE, MMA pun takder, yang ada hanya pendeng (talipinggang) usang je. Tapi sombongnya melangit
Para ulama menjelaskan bahawa ketiga-tiga golongan ini disebut secara khusus kerana mereka melakukan dosa tanpa sebab kuat yang biasanya mendorong manusia untuk sombong. Orang tua tidak kuat syahwat, orang miskin tidak memiliki kelebihan dunia, dan pemimpin sepatutnya paling takut kepada amanah. Apabila dosa tetap dilakukan, ia menunjukkan kejahatan dalaman yang mendalam.
Sebagai pengajaran, hadis ini menyeru kita supaya sentiasa bermuhasabah. Jangan jadikan usia, kedudukan atau keadaan hidup sebagai alasan untuk merasa selamat daripada kemurkaan Allah. Apa yang ang menyelamatkan manusia bukanlah status atau umur, tetapi hati yang tunduk, takut dan taat kepada Allah. Semoga kita dijauhkan daripada sifat dan perbuatan golongan yang dimurkai ini, serta dikurniakan taubat dan husnul khatimah. Amin.
#sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan Riyad al-salihin bab larangan bersikap sombong dan takabur…
#Ada sahabat yang bergurau sebut kalau fan Barca, Royal, AC Milan, Bayern, Reds sembang besar pasal UCL tu logic la sebab mereka dah ada medal UCL. Ni kelab yang tak pernah menang UCL tetiba sembang besar ni camana ya….. hmmmm ambo no komen ha ha ha