4.0TEKNIK-TEKNIK BAGI MODIFIKASI TINGKAH LAKU
·
Positif
dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku
boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi
sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan
negatif.
·
Peneguhan
Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai
ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang.. peneguhan
positif yang dimaksudkan ini adalah keberangkalian yang berulang tingkah laku
operan yang diingini atau tidak ditambah .Peneguhan
positif digunakan
sebagai Ganjaran untuk
mendorong murid-murid memberi tumpuan semasa belajar.seperti memberi pujian,
penghargaan, hadiah dan sebagainya.peneguhan positif ini adalah satu proses
dimana guru akan cuba mengawal tingkah lakumurid dengan memberi motivasi
,hadiah dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat memperbaiki diri
atau mengubah tingkah laku muridnya.
Contoh Kesalahan
tingkah laku ( minor ) : Mona membuat
bising sewaktu Cikgu Netty mengajar.Tindakan guru: Cikgu Netty memberi waktu 5-10 minit aktiviti bebas selepas sessi pengajaran
tamat kepada mona jika dia dapat memberikan tumpuan
sewaktu cikgu Netty mengajar. (Mona
boleh membuat apa sahaja aktiviti yang disuka dan diminati oleh Mona.
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang
tidak diingini berulang lagi supaya
tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. peneguhan negatif ialah kebarangkalian
berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau
menghapuskan stimuli yang mengganggu.Seperti menghalau seorang murid yang
membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran
mereka.
· Denda dan Peneguhan
Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini
berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku
yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang
singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan
atau tingkah laku tersebut.
Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan tingkah laku negative ianya menggunakan
hukuman atau memang ia diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan
memastikan hukuman itu relevan danberpatutan. Guru juga
boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas
waktu belajar. MenurutSkinner denda hanya boleh memberi kesan dalam
tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu
biasanya murid itu akan mengulanginya semula.
· Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan
tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan
beralih kepada tingkah laku positif. Merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan
tingkah laku negatif kepadapositif . Ianya
memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yangberkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan
pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid .
Shaping
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini
melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur. Shaping merupakan
proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang
diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan.
· Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh
simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point
merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah
berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid
. Guru juga boleh
menggunakan sistem tokan untuk mengawal tingkahlakumurid-muridnya supaya
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa apa-apa gangguan.Contoh Kesalahan tingkah laku yang serius ( Kronik) Leni seringkali melakukan kesalahan ponteng
kelas.Tindakan guru : Cikgu Malik akan memberi kad-kad
berwarna :Warna Merah = 10 Markah
(Hadir) & Warna Hijau = 0 Markah(Ponteng) Jika dapat
mengumpul kesemua kad warna merah dalam
sebulan, kad warna hijau tersebut akan diganti kepada barangan bersesuaian dengan
· Kontrak ( Lisan atau Bertulis )
Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis. Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah lakunegatif
kepada tingjak laku positif dengan melafazkan perjanjian lisan mahupun bukan
lisan.membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan
satu cara yang
berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru
besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan
dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan.
Contoh Guru
juga boleh membuat kontrak dengan murid-muridnya supaya merekamenunjukkan
tingkahlaku yang baik dengan membuat satu konrak
lisan atau bertulis yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta
ditandatangani.
Contoh Kesalahan tingkah laku ( kronik ) : Amirah telah menconteng
dinding kelas dimana cikgu telah membuat
surat perjanjian bertulis supaya amirah
tidak mengulanginya untuk menyatakan
Amirah tidak akan mengulangi perbuatan menconteng dinding kelas dan amirah akan menandatangani surat perjanjian tersebut.
·
Tindakan Tanpa Lisan
·
Tindakan guru kepada pelajar tanpa mengeluarkan
kata-kata contoh kesalahan tingkah laku major seperti Nizila menjadi semakin
bising dan mengusik rakan-rakannya.tindakan guru natasya dengan memukul meja dan papan hitam dengan
kuat untuk menarik perhatian murid tadi.pengiktirafan ini serta merta satu
teknik pengurusan yang dapat menarik perhatian murid tadi .Pengiktirafan
serta merta ialah satu teknik pengurusan tingkahlaku bertujuan untuk
menetapkan satu tingkahlaku yang baru dikalangan murid bermasalah. Murid akan mengantikan peranan guru dan secara tidak langsung akan membina
sikap positif dalam diri mereka.ContohKesalahan tingkah laku ( minor ) : Bella tidak
menyalin nota yang diberikan oleh guru.Tindakan
guru : Cikgu Mamat mengarahkan Bella menjadi guru sementara dihadapan menggantikan
beliau menulis nota di papan hitam
·
Hentian
Sejenak
Teknik
lain yang boleh guru gunakan adalah dengan menghentikan pandangan mengajar
sekejap jikalau ada murid yang mempunyai
tingkahlaku yang kurang sopan dan melanggar batas sebagai pelajar.Contoh Kesalahan tingkah laku yang serius an di anggap
kesalahannya yang agak ( kronik) dengan
membaling batu atau kertas di dalam kelas sewaktu guru mengajar.Guru menjeling
kearah murid dengan pandangan yang serius murid tersebut berhenti.
·
Time - out
Murid tidak dapat mengawal atau tidak membuat
kerja rumah akan didenda dengan menggunakan
kaedah ini.contoh adalah keasalahan tingkah laku oleh pelajar yang
bernama anisya tidak meyiapkan kerja sekolah bagi (Subjek PendidikanIslam ) yang diberikan oleh Cikgu Latifah.
Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan seperti berikut :-
a)
Menentukan tingkah laku yang ingin
dimodifikasikan
b)
Mengumpulkan data
c)
Merancang program tindakan
d)
Menilai program
e)
Menamatkan Program
Tiada ulasan:
Catat Ulasan