Perihal Meminta Jawatan
Rasulullah SAW bersabda kepada Abdul Rahman bin Samurah ra:
«يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ، لَا تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا»
(Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta jawatan (kepimpinan). Sesungguhnya jika kamu diberikan kepimpinan kerana kamu memintanya, kamu akan diberikan kepadanya (tanpa pertolongan Allah). Tetapi jika kamu diberikan kepimpinan tanpa memintanya, kamu akan dibantu dalam melaksanakannya.- Bukhari & Muslim)
Perawi hadis ni namanya Abdul Rahman Bin Samurah. Beliau berketurunan Bani Abdu Syams dari suku Quraisy. Nama penuhnya ialah Abdul Rahman bin Samurah bin Habib bin Abdu Syams bin Abdu Manaf.
Kunyah beliau ialah Abu Said. Kunyah ni dalam bahasa mudah maybe kita boleh terjemah sebagai gelaran atau panggilan. Biasanya bermula dengan nama Abu (ayah) atau Ibn (anak lelaki) atau Ummu (ibu).
Kunyah ni biasanya digunakan untuk anak yang sulung tapi ia bukanlah suatu kemestian. Ada juga kunyah digunakan kepada bukan nama orang macam Abu Hurairah (bapa kepada kucing), Abu Turab (turab bermaksud tanah, debu). Kunyah ni akan dok kat depan sebelum nama kita tu. Contohnya Abu Muhammad then diikuti nama kita. Then bahagian belakang kadang2 ada penisbahan pada tempat seperti al-Kelantaniy, al-Misriy, al-Dumyati n etc.
Beliau memeluk Islam saat peristiwa Penaklukan Mekkah (Fathu Makkah) dan meninggal di Basrah pada tahun 50H atau 51H. Ada juga pendapat sebut beliau meninggal di Merw. Kalau tak silap Merw sekarang berada di Iran.
Nama asal beliau ialah Abd al-Ka‘bah. Then Rasulullah SAW menamakannya Abdul Rahman selepas beliau memeluk Islam. Beliau terlibat dalam beberapa siri ekspedisi terutama di wilayah belah timur. Beliau juga pernah menjadi gabenor di Sijistan. Ini menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar seorang perawi hadis, tetapi turut mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan kepimpinan.
Hadis di atas mengandungi nasihat yang sangat besar tentang hakikat kepimpinan dalam Islam. Rasulullah SAW mengingatkan kitas emua bahawa jawatan bukanlah sesuatu yang wajar dikejar. Ia bukan sekadar kedudukan, kuasa atau penghormatan bahkan sebaliknya, kepimpinan merupakan amanah yang berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT.
Dalam hadis ini, pada zahirnya menunjukkan larangan meminta jawatan. Larangan ini menunjukkan bahawa seorang Muslim tidak sepatutnya menjadikan jawatan sebagai matlamat peribadi. Seseorang yang terlalu menginginkan kedudukan mungkin terdedah kepada penyakit hati seperti cintakan pangkat, pujian, pengaruh dan kuasa. Sedangkan semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin besar pula tanggungjawab yang akan dipikulnya.
Hadis di atas juga menjelaskan berkenaan akibat meminta-minta jawatan. Jika seseorang itu meminta jawatan, maka akan diberi kepadanya permintaan itu tanpa pertolongan (Allah SWT) dalam menyelesaikan kerja (jawatan) tersebut. Disimpulkan juga bahawa hukum meminta-minta yang berkaitan dengan kekuasaan seperti pemerintahan, penguasaan dan apa yang berkaitan dengannya adalah makruh. (website muftiwp)
Timbul persoalan, dalam AQ ada disebut kisah Nabi Yusuf as meminta dilantik sebagai penguasa kepada khazanah negara (surah yusuf ayat 55) . Tidakkah hadis ni jadi kontra dengan ayat AQ? Sekali tengok hadis melarang meminta jawatan. Baca AQ pula ada kisah nabi Yusuf minta jawatan lak. Macam kontra lak kan.
Sebenarnya takder kontra pun. Ulama menegaskan bahawa bagi individu yang mempunyai kekuatan dan mampu memegang amanah adalah dibenarkan serta layak untuk meminta jawatan. Yang tak boleh ialah kita tak layak, namun minta juga dilantik jawatan tu. Tak kira la samada tak layak tu kerana terlalu lemah disebankan factor penyakit atau usia, atau tak layak kerana tiada ilmu dan Kemahiran ditambah lagi kerana nakkan habuan dunia dan sebagainya. Benda ni dah banyak dibincangkan dalam kitab2 syarah hadis dan fegh dengan panjang lebar
#riyad al-salihin bab meminta jawatan. Biodata perawi dari Dalil Falihin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan