Doa Ketika menaiki kenderaan untuk bermusafir
Ada banyak hadis tentang bacaan doa ketika menaiki haiwan tunggangan (kenderaan) untuk bermusafir. Antaranya ialah seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar ra bahawa Rasulullah SAW apabila telah naik atas belakang unta, baginda SAW akan bertakbir sebanyak 3 kali. Then Baginda SAW akan membaca:
وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا
وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُون
(Maha Suci Allah yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami sebelum ini tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali - al-Zukhruf 13-14)
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah menciptakan dan menyediakan kenderaan tersebut untuk memberikan manfaat kepada manusia. Allah SWT juga telah menjadikan haiwan-haiwan tunggangan itu jinak dan mudah digunakan untuk ditunggangi. Kalau zaman dulu, kita tgk haiwan sepeti gajah yang besar, hebat, nampak gagah namun tetap tunduk kepada arahan tuannya. Kiranya kalau zaman sekarang, Allah SWT mengurniakan akal kepada kita. dengan akal, kita dapat mencipta kenderaan yang merentas lautan dan membelah awan serta angkasa.
Seterusnya ayat 14 menjelaskan bahawa kita tetap akan kembali kepada Allah (kematian). Inilah perjalanan terakhir kita iaitu kembali kepada Allah. Ayat ni sebagai peringatan kepada kita bahawa perjalanan dunia kita, pada akhirnya kita akan kembali kepadaNYA
Kemudian Baginda SAW membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَىٰ
(Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dalam perjalanan kami ini kebaikan dan ketakwaan)
Dalam doa ini kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan taufik dan kemampuan untuk melakukan kebaikan serta ketakwaan. Perkataan al-birr (kebaikan) merangkumi segala bentuk kebaikan, manakala takwa bermaksud takut kepada Allah SWT serta sentiasa memelihara perintahNya dalam setiap amalan.
وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَىٰ
(Dan juga amalan yang Engkau redai)
Kita memohon agar Allah SWT memberikan taufik untuk melakukan amalan yang disukai dan diredaiNya.
اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا
(Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini)
Kita memohon agar perjalanan yang ditempuh menjadi mudah. Tidak menghadapi kesukaran, kepayahan, kesusahan atau keletihan yang berat serta dijauhkan daripada sebarang musibah.
وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ
(Dan dekatkanlah jarak perjalanan itu bagi kami)
Seterusnya kita memohon agar Allah SWT memudahkan perjalanan sehingga jarak yang jauh dapat ditempuh dengan mudah dan lancar. Maksud dekatkanlah jarak perjalanan tu bukanlah jarak 100km tetiba menjadi 50km apabila membaca doa ni, bukan begitu. Dekatkanlah di sini membawa maksud terasa mudah, dekat, lancarr n etc
اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ
(Ya Allah, Engkaulah teman kami ketika bermusafir. Dan Engkaulah penjaga keluarga yang kami tinggalkan)
Kita mohon pada Allah SWT akan pertolongan dan penjagaan dariNYA serta sentiasa menjaga, memelihara dan memberikan perlindungan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan sepanjang kita bermusafir.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَر وَكَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kesukaran dan kepayahan perjalanan. Dan daripada kesedihan ketika kembali)
kita memohon perlindungan Allah SWT daripada segala kesusahan, kesulitan dan kepenatan yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan. kita memohon perlindungan agar tidak pulang dalam keadaan sedih dan dukacita disebabkan musibah yang menimpa sepanjang perjalanan atau kerana tidak tercapai tujuan musafir.
وَسُوءِ الْمَنْظَرِ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِ
(Dan daripada perkara buruk yang menimpa keluarga serta harta benda)
kita memohon agar tidak melihat sesuatu yang menyedihkan apabila pulang daripada perjalanan, seperti ahli keluarga ditimpa penyakit, keluarga tidak terpelihara dengan baik, kehilangan harta benda atau kerosakan terhadap harta yang ditinggalkan.
Apabila Rasulullah SAW pulang daripada perjalanan, Baginda membaca doa yang sama dan menambah lafaz berikut:
آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ
(Kami kembali, kami bertaubat, kami beribadah dan kami memuji Tuhan kami).
Kami kembali daripada perjalanan, bertaubat daripada segala dosa, terus melakukan ibadah dengan ikhlas kepada Allah SWT serta memuji dan menyanjung-Nya.
Demikianlah antara pengajaran dan makna doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ketika bermusafir.
#Riyad al-Salihin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan